24 Julai 2010 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM berlangsungnya konsert Kami Prihatin anjuran bersama Utusan Malaysia, Astro dan Karyawan. Ramai artis yang telah menjayakan konsert pada malam itu. Antara barisan artis yang datang membuat persembahan pada malam tersebut adalah Dayang Nurfaizah, Radhi OAG, Mambai, Farhan AF4 dan ramai lagi. Manakala orang yang memainkan peranan sebagai juruacara pada malam tersebut adalah Reza Mohamad dan Adi Fashla. Meraka semakin matang menghandlekan konsert yang berlangsung. Mari saksikan sedutan semasa konsert itu berlangsung
Persembahan yang agak sempoi dari Radhi OAG...hanya menggunakan gitar saja untuk menghiburkan penonton pada malam itu.
Beberapa kelebihan melakukan konsert ini adalah
1. Memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang wujudnya isu buang anak
2.Menambahkan lagi keprihatinan masyarakat tentang isu buang anak
3.Menyedarkan masyarakat tentang isu buang anak ini tidak seharusnya berlaku dalam era globalisasi masa ini.
Terdapat kekurangan semasa konsert ini berlangsung
1.Konsert ini berunsurkan kepada hiburan dan tidak banyak memberi nasihat dan peringatan kepada para penonton tentang isu buang anak.
Akhir kata, melalui hiburan sedikit sebanyak dapat menarik masyarakat untuk sama-sama menjayakan pelbagai program yang dijalankan. Hiburan juga merupakan satu aset untuk mendapatkan sokongan daripada semua lapisan masyarakat dalam apa jua program yang hendak dijalankan.
No comments:
Post a Comment