Thursday, May 26, 2011

Video Player kepada MP3

aku sekarang tengah geledah internet ini, almaklumlah kalau asik tengok facebook, bosan jugak, nak skype tak sape sudi skype dengan aku..hihihihi

aku ada jumpa satu yang menarik, aku rasa korang semuanya da mahir kot pasal ini, bukan nak buat magic, tapi boleh dikatakan adik-beradik dengan magic jugaklah...

aku kagum sangat aku berjaya melakukannya, hihihihi..nak tahu apa magicnya...??

video player kepada mp3

bak kata pepatah
dari mata turun ke telinga

bahasa yang lebih mudah

daripada menonton


kepada mendengar


nak tahu bagaimana caranya..??
klik disini
selamat mencuba


Tuesday, May 24, 2011

Jenis-jenis cemburu

CEMBURU SELALU
24 jam sentiasa berwasangka memikirkan pergerakan kapel korang. padahal pergerakan kapel korang sentiasa dipantau

CEMBURU BERBULU
yang ini pulak perasaan pantang tengok orang lain lebih sikit, mulalah rasa jaki bercampur dengki marasuk ke dalam jiwa. nak kata sebagai sakit mental pon boleh

CEMBURU MELULU
boleh jugak disamakan dengan cemburu buta, yakni tanpa usul periksa terus pergi belasah kapel yang dirasa telah melakukan onar di belakang korang

CEMBURU DAHULU
perasaan cemburu yang da sejuk, biasanya berlaku kepada kapel yang da berkahwin selama 20 tahun. kes da boringlah tuh

CEMBURU BERLALU

faktor yang menyebabkan hilangnya rasa cemburu 100%...disebabkan kapel korang tu da meninggal dunia.


korang da fahamkan jenis-jenis cemburu...
so cube kategorikan jenis cemburu apa dalam situasi kat atas
selamat meramal, jangan mengamalkan...

"ramalan aku menyatakan bahawa anak dia cemburu..........."

Sukarelawan SUKMA 2011


Pada 21 Mei 2011 berlangsungnya Perhimpunan Sukerelawan SUKMA kali ke-14, bertempat di Bukit Jalil. ramai yang telah memohon untuk menjadi sukarelawan, termasuklah aku...hihihi dan akhirnya aku diterima untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawan SUKMA pada kali ini. Ramai juga kawan-kawan aku menyertai sukarelawan ini. Semua gambar-gambar kat bawah ini semuanya ada muka-muka kawan aku. Gambar-gambar ini aku cilok kat Laman Web Rasmi Majlis Sukan Negara Malaysia.


situasi : semasa pendaftaran
nama kawan : miza (budak SUKSIS)


situasi : sukarelawan berbaris
nama kawan : anis pakai tudung putih (budak SUKSIS juga)


situasi : sukarelawan berikrar,
situasi inilah masuk buletin utama
nama kawan : anis dgn gee, gee belakang anis (budak SUKSIS juga)


situasi : sukarelawan bersemangat
nama kawan : Felly, perempuan freehair (budak SUKSIS)


situasi: ada gambar aku, tapi tak berapa terang sangat,
semangat tak aku..??
nama kawan : pakai tudung pink, (Solehah) bukan selendang pink

kalau korang ada beli paper 22 Mei 2011, Berita Harian, di ruangan Sukan ada jugak gambar sukarelawan. tapi muka aku tak nampak, coz aku terlindung dengan budak depan aku tuh, saja je dia nak berdiri, padahal nampak je muka dia tuh...

akhir sekali
sukarelawan.....!!!!!!
1 Hati 1 Jiwa 1 Malaysia

Monday, May 23, 2011

DSLR aku

cuti yang panjang ini, aku tak tahu nak buat apa, ada pulak mood aku nak buat video, video ini aku da upload kat facebook,
tajuk video itu Filem Pendek | Percutian Famili.


......banyak jugak komen dan respon kat situ....

aku rakam setiap pergerakan dengan menggunakan camera DSLR D3100. ini kali pertama aku rakam video menggunakan DSLR..selalunya aku guna handycam...susah juga aku nak edit...coz ini kali pertama katakan.....rasanya aku da lama tak edit video....agaknya itu salah satu sebab aku susah nak edit video...hampir setengah hari juga aku habiskan masa menghasilkan video itu.

nak tahu dari mana aku dapat idea nak hasilkan video tuh..??

pertama
aku suka tengok video yang telah dihasilkan oleh CST Production

kedua
aku suka tengok diari akademi fantasia 9

coz team produksi dari CST dan diari AF9 tuh menggunakan DSLR, tapi lagi canggih lah berbanding dengan DSLR aku tuh....apa-apa pon aku memang teringin sangat nak hasilkan video semacam CST buat tuh...hihihi...

kalau korang nak tengok hasil video aku tuh singgah la ke facebook aku tuh....
kalau ada masa..komenlah video tuh

.....saya budak baru belajar....




pengaruh televisyen

teringat masa aku kecil-kecil dulu, rancangan televisyen tak banyak yang ada...tak macam sekarang, rancangan realiti tv da berlambak...macam cendawan tumbuh....drama TV jangan cerita lah...., setiap masa ada je drama melayu...da nama melayu...layu je tengok...tapi filem melayu kita sekarang da semakin maju....sampai ke ITALY dah........entah betul entah tidak....betul kot...."tengok muka dah tahu..tak mungkir janji punyer orang~~~~"

sekarang ini budak-budak U tengah bercuti....oleh demikian, aku kat rumah mengisi masa yang lapang dengan menonton TV..hihihi drama melayu ada jugak yang aku layan....bosan jugak duduk rumah ini, sampai ada satu masa tuh aku on TV...tak ada cerita.....aku layan jugak UPIN-IPIN...hihihi...

nasib baik sekarang ini musim MAHARAJA LAWAK...tak la bosan sangat kat rumah ini...so setiap malam sabtu....a.k.a jumaat punyer malam tuh.....aku excited sangat nak tengok TV....masa untuk berkumpul 1 famili duduk depan TV...baru la wujudnya 1 hati, 1 jiwa...1 malaysia....MAHARAJA LAWAK ini ada dekat chanel 132 a.k.a ASTRO WARNA...chanel ini merupakan pakej MUSTIKA....

pakej MUSTIKA ini ada banyak lagi chanel...ada 1 chanel ini dia suka tayang cerita melayu yang lama-lama...tak la lama sangat...dalam era 90-an dulu.......cerita ini aku suka sangat tengok...kerana aku dulu membesar dengan cerita yang macam gitu la...contoh ceritanya bertajuk "tak kisahlah beb" cerita ini dibarisi dengan pelakon-pelakon yang pernah popular suatu ketika dahulu, macam Rosyam Nor, Faizal Husein, Melissa Saila....
kat mana aku tengok..?? dulu abang aku...suka rakam cerita-cerita yang best....salah satunya cerita "tak kisahlah beb" rakam pakai tape...dulu mana ada CD lagi...banyak lagi cerita yang aku suka tengok...macam cerita omputeh aku tak ingat tajuknya...tapi kat cerita tuh ada bear comel....banyak sangat bearnya....tuh yang aku dengan adik aku tengah berusaha cari kat internet cerita tuh....kalau aku ingat tajuknya...insyallah aku dapat tengok balik....harap-harap aku dapat cari.....


sekarang aku tengah layan drama melayu...tajuknya NORA ELENA...seronok ceritanya...ada jalan cerita yang menarik untuk ditonton...hihihih ok...nak sambung tonton......hihihihihihihi

orang perempuan ini kena kahwin
dengan orang yang sayangkan kita
,

bukan kita yang sayang dia lebih
daripada kita sayang dia






Tuesday, May 17, 2011

andai itu takdirnya

setelah sekian lamanya..tak berapa lama sangat la....saya kini "keseorangan"....tidak dapat dinafikan dia merupakan insan yang telah membuka pintu hati ini untuk kembali "berduaan"
jika inilah jalan yang terbaik..saya redha dengan ketentuanNya.....

segala apa yang berlaku....kehidupan harus diteruskan
dan saya mengaggapnya sebagai kawan sahaja selepas ini

saya tidak pernah menyalahi dirinya segala apa yang berlaku..mungkin diri ini membuatkan dirinya bosan kot...disebabkan itu dia mendapatkan hiburan dengan kawan-kawannya sahaja....

saya mendoakan dirinya mendapat kebahagiaan dan kejayaan untuk masanya akan datang

di samping itu, saya suka "berduaan" dengannya...dan sempat juga berkenalan dengan familinya yang sangat supporting, pernah suat ketika dulu hati ini amat merindui mak kandungnya a.k.a mak mentuaku...hihihi...dan ingin berjumpa dengan famili dia....pernah juga adiknya menjemput saya ke rumahnya..memang hati ini nak sangat ke sana...tapi apa kan daya.....

tidak terlintas dalam hati ini akan bermusuhan dengan mereka
....saya sayang mereka....

tetapi Allah maha mengetahui..setiap apa yang berlaku saya yakin ada hikmah disebaliknya..

.....setiap perancangan dari Allah insyallah yang terbaik untuk kita....



PID

Wednesday, May 11, 2011

full stop

kita merancang dan Allah juga merancang..sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik...

~amat tersurat maksudnya disitu~

kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok

~amat mendalam maksudnya disitu~

tidak mengharap tapi berserah

~kekusutan disitu~

segala apa yang berlaku aku redha...tiada kata harus ku ucapkan..kerana kau pergi tanpa meninggalkan pesanan....tanpa memikirkan perasaan orang lain....
aku harap kau bahagia dengan kehidupan kau di sana


Sunday, May 8, 2011

panasnya..sejuknya...

cuaca sekarang ini betul-betul mencabar sistem imun aku...maksud aku...iman aku....hahaha
panasnya bukan panas yang selalu aku rasa...panasnya membuatkan liang-liang dalam badan aku membuka dengan seluasnya ibarat luasnya PULAU PANGKOR....hahaha
peluh yang keluar kalau ditadah kalah air laut kat PULAU PANGKOR tu....
betul-betul rimas sekarang ini...kipas angin tak pernahnya off....bukak jo sotiap maso....

_______________________________________________________________

itulah orang kita..kalau musim hujan...mesti cakap

"amboi sojukyo..., mengigil rasanya ini...tak payah la mandi hari ini....tak berpeluh.."
kalau musim panas pulak

"eee...rimasnya....panasnya...., da mandi berkali-kali pon masih peluh lagi.....tak payah la keluar dari bilik air.."
_______________________________________________________________

hahaha itu hanya mukadimah je...aku nak cerita pengalaman aku masa cuti kat cameron highlands, nak sampai ke sana tu..kene daki gunung...jalannya bengkang-bengkok, hampir nak termuntah aku.....sampai je kat sana...keluar aje dari kereta fuh...terasa dingin je...walaupun cuaca panas terik...tapi sejuk je rasenya.....kalau malam jangan cerita la...memang sejuk.....sampai aku demam kat sana.....2 suiter aku pakai....tapi masih sejuk lagi...stokin kene tetap pakai....mozek dia sejuk sangat...air paip macam air batu....memang sejuk.....



1 hari 1 malam aku kat cameron terus gerak ke PULAU PANGKOR pulak,
nama pon pulau kan...??? cuaca kat sana ok je...tak panas tak sejuk....seronok dapat mandi kat sana lagi-lagi dengan famili....terlintas dalam hati, nak ajak suami bercuti kat pulau-pulau la....hihi seronok dapat mandi pantai dengan suami tersayang.....hahahaha

isu yang aku ketangahkan ini adalah cuaca.....cuaca panas dan cuaca sejuk
aku dapat bandingkan cuaca di cameron sejuk dan cuaca di pangkor panas

jadi

kita sebagai manusia kenalah bersyukur kerana negara kita merupakan negara yang beriklim khatulistiwa...bermakna lembap sepanjang tahun...ada musim panas...ada musim tengkujuh.....

kalau iman tak kuat dengan cuaca yang panas....meh ajak famili pindah kat cameron highlands....

.....iEiD....

Friday, May 6, 2011

Dugaan bukan penghalang kecapi kebahagian

tarikh 29 hb april 2011

gham-gham lepas aku habis exam...aku terus gerak balik johor..., nasib baik paper aku pagi, pukul 10.30 pagi da merdeka.....lepas salam dgn member-member aku terus gerak balik kolej, kemas-kemas brg letak kat stor..lepas tu aku cau terus...kenapa aku macam bergegas nak balik johor..?? hihi aku ade famili day dgn famili aku...hihihihi tapi banyak dugaan aku nak balik johor masa tu.

korang ada rasa nak tahu tak apa dugaan yang aku terpaksa hadapi dalam masa 1 hari je...
nah korang baca ini....

1. aku tunggu train mmg lama...hampir 1 jam jugak, selalunya paling lama pon setengah jam je..., sempat jugak la aku buat hipotesis masa tu, "makin lama aku tunggu, makin ramai orang kat situ" lama kelamaan train pon sampai...peh...!!! aku tgk orang dalam tu..macam sardin..aku pon rempuh je...dgn bawa beg baju yang besar tu....beg lap top lagi....beg sandang belakang...uhuh hanya tuhan saje yang tahu betapa susahnya aku masa tu...

2. da sampai kat station yang aku nak turun tu...korang cuba bayangkan nak masuk train punyer la susah...nak keluar lagi la susah....sbb aku berada kat tengah-tengah coach..nak keluar.... pintu ada kat tepi...nak keluar aku kena rempuh orang kat dalam train tu dulu......nak rempuh orang kat luar tu lagi...uhuhuh...lepas aku berjaya rempuh pintu keluar tu...fuh..aku terduduk sbb nak hilangkan rasa kepenatan dulu.....lepas tu aku ingatkan da kat TERMINAL BERSEPADU SELATAN tak de la dugaan lagi...uhuh tengok je kat kuanter tiket tu....peh...!!! ramai orang beratur nak beli tiket, tak pe la...aku beratur la jugak...da smpai turn aku nak beli tiket tu...boleh pulak org jual tiket tu cakap.."akak boleh ke kaunter sebelah tak..??" fuh..da la dia panggil aku akak...lepas tu suruh aku ke kaunter sebelah pulak...bayangkan da 15 minit aku beratur kat situ.....dgn berdirinya sambil sandang beg belakang....nasib baik dia mintak maaf...sedap sikit hati aku ini....aku tengok ade bas pukul 1.50 ptg ke johor...try usha...fuh penuh pulak...so pukul 2 ptg baru ade...

3. da naik bas tu pulak...da sampai sedenak jugak kot, da hampir sampai ke johor bahru...hujan lebat sangat...sampai tempias air dalam bas tu...so tempat duduk aku tu basah..uhuh mmg dugaan tol masa tu.....

apa-apa pon aku cakap dalam hati...aku redha dgn ujianmu Ya Allah...
aku tahu lepas aku berjaya harungi dugaan ini aku dapat kebahagiaan....
insyallah
nak tahu aku ada kat mana masa 30hb april 2011...????
jap-jap....aku bagi klu....di luar negeri Johor.....hihihi....,
di situlah aku mendapat kebahagiannya...
kalau nak tahu lebih lanjut...tunggu....
.....iEiD....