Monday, January 31, 2011

kota yang tinggi,tinggi lagi harapan aku


perasaan aku kini bercampur baur beb,
kenapa aku merasa seperti itu????!!!!!!

walaupun aku da selamat sampai ke rumah aku,
coz UKM bagi cuti seminggu tp aku upkan sikit 11 hari aku cuti...
syyhhh~~~~~~ jgn bagi tahu UKM pulak yer.......
tapi aku tak boleh nak jalan kemana-mana
kehulur ke hilir aku tak boleh nak keluar
aku hanya boleh jalan dalam rumah je...
kehulur kehilir jgk la namanya itu kan..???!!
uhuhu sedapkan hati je tu.....

aku dok diam-diam je dalam rumah
wei niat aku cuti ni nak jumpa sepupu aku..kuar dgn dia...
tapi sebaiklah anak sedare aku de jgk dok sini..boleh layan dorang.......
hilangkan rasa kecewa yang teramat sangat ini

faktor kenapa aku tak boleh kemana-mana
hah jum tengok gambar ini









akhir kata :
kota yang tinggi jangan sangka tak banjir

.....iEiD....

Friday, January 28, 2011

dapat hadiah dari buah hati

28 januari datang lagi.....
hari ini besday aku....
thanks mama lahirkan aku 5 tahun yang lepas
hari ini banyak kejutan yang aku dapat
aku epy sangat-sangat

aku bangun pagi tadi dengan semangat yang tak pernah aku rasa sepanjang aku sekolah ini,
aku tak tahu kenapa, aku bangun dengan mudahnya, selalunya, papa aku kene simbahkan air sebaldi barulah aku sedar, kalau tak, memang payah aku nak bangun pagi....
bukannya apa, stay up beb tiap-tiap malam sampai 2 pagi, stay up main game..hahaha

lepas da siap mandi, adik aku pakaikan aku baju melayu, wah da macam anak raja, tapi aku berkata dalam hati
"ish, dahsyat....., napa adik aku rajin sangat pakaikan aku baju.., ish dahsyat...."

kalau aku la jadi dia..aku tido aje..tak kuasa aku nak bangun pagi-pagi, lagi-lagi time hujan macam ini, gile sejuk beb...!!!

hari ini lebih hairan yang aku rasa, napa aku hairan?????
papa and mama aku yang hantar aku ke sekolah, selalunya papa aku hantar aku pakai moto ex5 je...tapi tadi, papa aku siap hantar aku pakai kete BMW 7 series, entah kete siapa yang di pinjam.

sesudah sampai aku kat sekolah......., aku berasa hairan buat ketiga kalinya, selalunya kawan-kawan aku buat tak nampak aku je kalau aku sampai sekolah.....tapi pas saje aku turun dari kereta, 1 lagi perkara yang lebih hairan aku rasa, iaitu aku disambut baik oleh semua orang, gile hairan..ish dahsyat......!!!! dorang mimpi aku ke malam tadi, sampai peluk aku segala bagai ni...??!!!

kring......!!!!!!!! lonceng berbunyi.....da waktu rehat.....
3 minit kemudian lonceng da berbunyi, bermakna da 3 kali aku tambah mee goreng,
1 minit 1 pinggan mee goreng.....hahaha
tibe-tibe aku dengar suara sumbang menyanyi.....
"hepi besday to u,
hepi besday to u
hepi besday to aku
hepi besday to u.........."

........wah dorang buat kejutan tok aku la.........
.................aku dapat hadiah dari buah hati aku.................

.........aku suka besday aku tahun ini.........

.....iEiD....







Tuesday, January 25, 2011

esok rabu, lusa kamis..balik...!!!!


tiket sudah beli
tak sabar aku nak balik kampung aku belah mentua,
eh buat-buat silap pulak, balik kampung aku,
rase da lama tak balik
aku excited sangat-sangat nak balik
ada banyak sebab kenapa aku jadi macam kaum jakun nak balik kampung

pertamanya..
aku nak jumpa dgn famili aku..rase rindu sangat-sangat kat dorang,
aku nak jumpa anak sedare aku yang baru tu...
target hari sabtu ini dapat pergi jumpa aiyadh.....

keduanya
aku nak kuar jalan-jalan dengan adik aku,
sepupu aku, dan akak aku...gile excited sangat-sangat da ni.....
nak pergi tgk wayang..da tu adik aku nak shopping..aku bukan kaki shopping..
tapi aku suka layan orang yang nak shopping

ketiganya
aku da gian sangat da ni...
nak tengok tb.....da lame tak tgk tb..nak tgk cite-cite cam cecite-cecite
hahahaha saje je merepek......

keempatnya
hah???!!! nak jumpe ehem-ehem?
uhuhu si dia bukan orang johor.....
uhuhuhuhu no komen.......
mungkin kami tak akan kuar bersama lagi lepas ni.......
tapi itu bukan alasan tok tak bersama lagi....skype kan boleh, ha3
aku hormat pendirian dia.....
aku tak pernah benci dia.....

kelimanya
rase kurang best duduk kolej buat masa ini
tak best macam sem lepas.....masing-masing da ade life sendiri
so aku tak de hak la nak halang life masing-masing, itu pasal la aku nak balik sangat, saje je beli tiket awal....tak sabar nak balik.........

.....iEiD....



Monday, January 24, 2011

hari paling malang

lepas aku balik sekolah, aku terus bukak kasut, tak bukak stokin pun.....,
aku terus panggil adik aku,
"dik, tolong abang bukakkan stokin abang ni, abang penat pegi sekolah ini..."
adik aku jawap
"adik busy ni, bukaklah sendiri..."
aku tersentap, lalu berkata dalam hati
"ish, budak ini buat apa la tu, sampai busy sangat.."
rupenya busy tengah makan
malang betul nasib aku

aku tak peduli siapa-siapa, aku kuatkan kipas bagi angin kus-kus masuk dalam badan aku, sebab panas giler hari ini, aku terus baring bawah kipas, sambil tu aku bukak citer Ben-10 katun peberet aku, dalam syok-syok aku tengok cite, tibe-tibe datang lembaga hitam datang menghampiri aku, jantung aku mule rase kencang, rupa-rupanya mak sedare aku ler...dia datang nak dengki aku tengok citer la tu...suke sangat tengok amemekak eh silap-silap amerika next top model dia tu...aiseymen kacau la mak cik aku ni, nak tengok Ben-10 pon tak boleh......
malang betul nasib aku

aku terus bukak zip, ish zip beg sekolah aku ler...bukan zip seluar, aku nak cek homework kalau-kalau ada...., sambil aku bukak zip tu, aku berkata dalam hati
"buku dolah tak de keje, buku siah aku da siapkan time rehat tadi,
buku ayu................., hah ade-ade homework"
buku ayu i mean bahasa melayu, buku dollah dgn buku siah korang paham-paham la sendiri...

aiseymen kene buat pembetulan 1000kali cinta..?? eh 1000 kali????!!!!! aduh....,
cikgu bahasa melayu aku ini suka sebut ayat da tu suruh kiteorang eja, maknanya suruh kiteorang tulis kat dalam buku, suruh tulis 10 kali da tu hantar, kacang goreng aje bagi aku.
nak dijadikan cerita, semalam cikgu aku sebut la satu ayat ini, lepas kiteorang siapkan, selalunya kene hantar, tapi cikgu cakap
"saya nak bagi lagi satu ayat, kamu dengarnya, lepas itu kamu tulis, paham murid-murid...?"
aku pon jawap dalam hati
"faham ciku eh, faham cikgu"
aku pon tulis apa yang cikgu cakapkan itu, lepas da siap kitorang boleh balik.
keesokkan harinya maknanya pagi tadi la, cikgu pulangkan buku aku tu, cikgu da siap tanda, cikgu ciap sign ala artis gitu~~dan bagi pesanan kat aku
"sila buat pembetulan 1000X"
mak dato' rahim rajali...banyaknya.....!!!!!
aku jumpa cikgu
"kenapa saya kena buat pembetulan banyak sangat ini cikgu...?"
cikgu pon jawap
kamu ini, lain yang saya sebut, lain yang kamu tulis,
saya suruh kamu tulis
'buaya tidak sama dengan biawak'
yang kamu tulis
'saya nak kahwin dengan awak'


memang mampus aku kena buat pembetulan
malang betul nasib aku
.....iEiD....


khas buat kau yang bernama lawan

aku adalah aku,
aku bukannya ko atau siapa-siapa pon melainkan diri aku,
aku tetap aku,

kadang-kadang aku tak tahu apa diri aku mahukan, dan aku lagi la tak tahu apa yang ko nak dari aku, yang aku tahu aku ikhlas berkawan dengan ko, walaupun istilah ada mengatakan, setiap pertemuan ada perpisahan, walaupun berpisah aku nak sangat kite tetap berkawan macam dulu-dulu

aku tak tahu apa motif ko berkawan dengan aku, yang aku tahu, aku berkawan dengan ko untuk merapatkan siraturrahim, kita sesama islam, satu bangsa lagi, ko nak ke jatuhkan bangsa ko sendiri? orang melayu memang tak akan hilang perasaan hasad dengkinya, dengki mahu jatuhkan bangsanya sendiri. sedangakan orang cina tak nak jatuhkan bangsa dia sendiri walaupun mereka perlu bersaing nak dapatkan pelanggan.

masihkah engkau ingat,
pernah suatu masa kite berduka, kite bersuka,
pernah satu masa ko mengatakan kepada aku,
bahawa
"aku da aggap ko macam adik beradik aku sendiri",
tapi kini...? nampak aku pon, buat tak nampak jer..lagilah nak tegur aku,
haram~~~
kalau aku tegur ko sekalipun, ko buat muke tak ikhlas.....hampeh aje aku tgk ko
tobat aku tak kuasa nak tegur ko lagi.

aku tak tahu apa punca hubungan kite renggang, tibe-tibe aje ko wujudkan pergolakan, terus kita tak seperti dulu, aku bukan nak sangat menagih kasih sayang ko seperti dulu, tapi tak usahlah kite menjadi seperti kebudak-budakkan nak tarik muke segala bagai.
masing-masing da besar, tak perlu ko mengajar orang lain menipu segala bagai,
aku tahu ko penuh dengan muslihat, sekarang misi ko nak wujudkan pengaruh yang kuat tok menaikkan nama ko...tak usahlah buat sesuatu perkara tanpa hati yang ikhlas..Allah tak meredhai.

"propa"
istilah yang sering aku dengar dari mulut ko...ko suke menyatakan itu kepada orang lain, tapi kini ko sebenarnya yang propa.

Allah maha adil...
aku yakin Allah maha adil lagi maha mengasihani, Allah selalu ditempat orang yang teraniaya.
ko sendiri dah melihatnya, apa yang berlaku ke atas diri ko.
selagi bumi dipijak selagi itu langit aku junjung
ubahlah perangai ko itu, jangan suka mengatakan orang tapi diri sendiri buat benda yang sama, harap muke je mature tapi kepala otak tak pernah nak mature.
fikirlah la kalau perangai ko tak pernah nak berubah, 2,3 tahun lagi ko da keje, masih perangai macam ini, aku berani jamin, hidup ko tak akan ada kawan yang akan melekat.

.....iEiD....


walau sekejap tapi bahagia berpanjangan

rase da lama da aku tak citer pasal si dia, pernah masa itu aku tak datang, aku saje je tak nak bagitahu kat dia aku tak datang tok minggu itu. sebab aku tak datang time tu aku pergi teman ex-romate aku balik kampung dia, seronok dapat kenal famili dia, coz tak pernah jumpa dgn famili dia time aku se-romate dgn dia, ish-ish, aku nak citer pasal si dia, aku punyer tunggu, punyer tunggu mesej dari dia satu hari time aku tak datang itu, last-last pukul 5.28 ptg ade bunyi ringtone "kau jiwa ku...kau cintaku...kau ku rindu...kau...." hihi ini lagu kalau cinta aku cut bagi dengar itu aje kalau si dia bagi mesej...
dia tanya
"pegi mana rini xdtg latihan?",
aku jawap
"hm xsihat..hm da lek latihan ke tu?"
dia jawap
"dah, Oo. Yeke. dari td intai2. xde. demam ke?"

part yang intai-intai itu yang paling aku suke...bahagia sangat-sangat

kami hanya mampu intai-intai dan menjeling-jeling aje la seminggu sekali


_ _ _ _ _ walau sekejap tapi bahagia berpanjangan_ _ _ _
aku ade ternak kura-kura kat bawah itu..
jom la sekali sekala bagi makan kat iE dan iD,
terima kasih semunya

Sunday, January 23, 2011

ragam manusia

Biar keji

biar celaka

biar apa

aku mahu berpijak dibumi yang nyata

aku akan pasti mendongak merenung realiti

banyak orang banyak ragamnya
istilah ini sering kita dengar di corong-corong radio keretapi,
dan jugak di cerun bukit merah

rambut sama hitam, tapi hati lain-lain,
istilah ini aku pernah dengar tapi lupa kat mana

kadang-kadang kita merasai dunia ini zalim sangat
mana taknya
ada orang buat baik sebab ada udang disebalik batu,
ada orang buat baik tapi dibalas jahat,

dunia ini penuh dengan pentas opera.
hati manusia siapa yang tahu
niat baik buruk mereka?

sebelum aku pulas lebih dalam lagi pasal topik ini
hayatilah ayat yang aku reka khas ini
mesti korang tak pernah dengar punyer
"jangan sangka air yang tenang itu tak ada buaya"

jom aku tunjukkan ragam-ragam manusia yang aku maksudkan itu

contoh pertama

ragam manusia yang inginkan kasih sayang
manusia ini tidak pernah merasai kasih sayang semasa dia tidur.
walaupun dari batinya kite lihat dia tidak ada adab dan kurang sopan yang dia tunjukkan itu, namum dari segi zahirnya dia inginkan kasih sayang daripada seorang ayah.

contoh kedua

manusia yang tidak kenal penat dan jemu

walaupun dari batinya kite lihat 2 orang budak ini akan menganggu proses timbal balik
iaitu orang yang mahu keluar masuk train ini, tetapi dari segi zahirnya ragam mereka ini dapat menjadikan contoh dan tauladan yang baik kepada generasi yang akan datang, selaras dengan istilah
"masa itu emas"

contoh ketiga

cuba kita tengok pula ragam orang yang putus cinta
bunuh diri?????
bukan lah..
manusia ini nak tidur dengan sepuas-puasnya coz tak tahan nak dengar leteran isteri dia tiap-tiap hari....,
sebelum keretapi lalu manusia ini sempat berkata
"aku nak tidur senyenyak-nyenyaknya sebelum aku kene lanyak"

zaman sekarang ini kalau orang putus cinta dorang akan tulis ayat-ayat kecewa
atau ayat-ayat jiwang

kat wall facebook,
dari segi zahirnya dapat kita lihat manusia sekarang sudah pandai menggunakan teknologi.

oleh sebab itu
air yang tenang.....buaya pon tak sangka dia ada kat situ

.....iEiD....

Nama aku dalam bahasa bunian


hahahaha
hari ini hari ahad
ada pulak mood aku nak buat esaiman
tengah aku syok sangat buat esaiman
aku pergila bukak facebook
tengok-tengok ada orang buat pasal
nama kita dalam dunia bunian

aku pon torailahkan
saja je nak amek tahu pasal
nama aku dalam penggunaan bahasa harian orang-orang bunian ini
nama aku dalam facebook
PID NUR FAZ
lepas aku buat benda alah ini
hasil yang aku dapat adalah

cili kering

patot la badan aku agak kering

sebut pasal kering-kering ini kan
aku teringat time sekolah dulu...
time tu aku belajar subjek Pengajian Am form 6
cikgu suruh cari nilai harga setiap item yang ada kt dalam petikan
cikgu panggil sapa yang dia paling sayang untuk bagitahu berapa harga item-item tersebut
orang yang last dia panggil adalah aku..nampak sangat cikgu syg gile kat aku....
hahahahaha

lepas saje cikgu sebut nama aku
semua budak kelas ketawekan aku
kenapa dorang semua ketawe....??

hah ini yang aku nak citekan ni
dalam petikan itu adalah senarai item-item yang kiteorang perlu cari berapa nilai harga setiap item itu..aku tak ingat sangat pasal item-itemnya itu.....
tapi aku ade ingat sikit-sikitla pasal item-itemnya itu....
salah satunya adalah berapa harga untuk papan lapis

sebelum cikgu panggil nama aku tu, tergerak dlm hati aku mengatakan janganlah cikgu panggil nama aku.....tapi cikgu panggil jugak..gile syg dia kat aku.....hahahaha

semua item da disebut berapa harganya
turn tok item papan lapis pulak.....
tibe-tibe aku terdengar

"faridah papan lapis...??"

satu kelas semua ketawe...
sampai muke cikgu aku pon merah padam ketawa time tu

kenangan yang tak akan aku lupakan


Friday, January 21, 2011

Kisah Suami Isteri

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS
. tambah "s" je, kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...


.....iEiD....

Thursday, January 20, 2011

perigi cari timba

kata orang kalau da berkenan apa tunggu lagi masuk la meminang..


bak kata ana rafali

"KALAU DA BERKENAN JUMPALAH AYAH DAN MAMA

HANTARKAN ROMBONGAN MEMINANG DENGAN SEGERA

KALAU TERLAMBAT KEKASIHMU DISAMBAR BUAYA"

Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?

Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

adakah aku akan lakukan seperti di atas...?

hah yang itu aku tak tahu.....

.....iEiD....

Wednesday, January 19, 2011

Rahsia Bulan Kelahiran


saje je nak update blog hari ini
tapi tak ade idea nak tulis apa

aku ngadap buku tadi
"facebook"
jumpe la benda alah kat bawah ni
aku suke sangat bace benda alah ini berulang-ulang kali
tapi aku lagi suka kalau korang pon bace berulang-ulang kali

_ _ _ _ _TENTANG_ _ _ _ _


kalau nak try
klik
rahsiabulanlahir
.....iEiD....

Tuesday, January 18, 2011

malam tadi aku mimpi dia



masuk kali ini, sudah tiga kali si dia masuk dalam mimpi aku
bukan bermaksud 3 kali berturut-turut aku mimpikan si dia..
tapi..hah korang da pahamkan? malas nak terangkan panjang lebar....
aku nak terangkan scr pendek sempit tak nak la panjang lebar

ok...serius aku memang tak jangka aku boleh mimpikan si dia..
kata orang kalau kite mimpikan orang itu, orang itu kangen band eh silap-silap
tengah kangen bangat sama kite
dalam bahasa ibunda : rindu sangat

tapi terus terang aku cakap
aku memang rindu sangat kat dia......
hihihihi

banyak tafsiran yang menyatakan mimpi ini mainan tidur
tapi kadang-kadang mimpi kita itu membawa petunjuk

contohnya la
kalau korang buat solat istikharah nak dapatkan petunjukklah senang cakap,
dengan izin Allah..lepas korang solat mesti dpt petunjuk melalui mimpi korang
adakah mimpi mainan tidur....???

aku ada la buat penyelidikan pasal mimpi ini
kalau la kita mimpikan kekasih hati kite
nak tahu apa tandanya?
adakah si dia akan melamar korang?

hah.... yang itu bukan

jika korang mimpi menemui kekasih hati anda
menandakan anda akan dikurniakan pekerjaan yang mulia dan tinggi

adakah itu betul atau benar?
sama-samalah kita nantikan

nak info yang lebih jelas
klik
tafsiran mimpi

.....iEiD....
_ _ _ _malam ni aku berusaha nak mimpikan dia lagi_ _ _ _ _





Monday, January 17, 2011

saya masyarakat yang kuat

ptg tadi aku ada kelas
BUDAYA POLITIK DAN PEMBANGUNAN
ini wajib major aku kat UKM


iklan kejap: bersenamlah dari kecil lagi....
...:::senaman dapat menjamin kesihatan anda:::...

aku belajar pasal GOOD GOVERNANCE
lebih kurang pasal urus tadbir la
byk jugak la yang menarik nak dikongsikan bersama dgn korang

paling menarik adalah

prinsip Good Governance iaitu yang memiliki masyarakat yang kuat


saya adalah masyarakat yang kuat

kuat apa....? hah yang itu aku nak bagi tahu


adakah kuat makan? kuat tido? kuat menipu?
hah kuat tido dgn makan tu aku la...
tipu pulak? ish tipu itu dosa masuk api neraka


lepas korang baca entri ini sampai habis
mesti korang pon nak ngaku yang korang ini adalah
masyarakat yang kuat jugak...
tak percaya...?
ok kite teruskan saje la

kata orang kalau nak kuatkan tenaga batin kene minum cam air kat bawah ni

tol ke tak..? hah itu aku malas nak komen

kalau kita hidup dgn orang yang kuat berleter...
memang tak akan tahan nak dengar dia membebel



walaupun kadang-kadang leteran dia tu betol....tapi
memang semua orang tak akan tahan kalau hari-hari kene berleter..
naik nanah telinga nanti beb...

sekarang aku nak huraikan apa yang dimaksudkan dengan
masyarakat yang kuat

Good Governance tak akan berlaku sehinggalah
segala keperluan asas penduduk seperti
tempat tinggal, makanan, pendidikan, kesihatan, keselamatan dapat diberikan selaras dengan apa yang terkandung dalam hak asasi manusi

maknanya kat sini prinsip Good Governance mahu memiliki masyarakat yang kuat....
hah adakah anda merupakan masyarakat yang kuat?

renung-renungkan dan selamat membuat ramalan

"aku ramalkan aku ni kuat ke tak...?"
.....iEiD....


Sunday, January 16, 2011

gaya aku sambut besday


hepi besday to u~~~
hepi besday to you~~
hepi besday to _ _ _~~~
hepi besday to ~~~~ you~~~

kali ini aku nak kongsi cerita pasal..aku nak cari pasal dgn seseorang...
hahahaha bukan-bukan aku nak cite pasal sambutan besday aku sepanjang 21 tahun ini
gambar kek kat atas itu ori tw..
aku tak edit pape.......
kek tahun lepas punyer.....
da selamat dimakan....
sedap beb

saban tahun umur semakin meningkat
kata orang...
makin tua makin banyak pengalaman
coz dia makan garam dulu daripada kita
apa kene mengenanye ek?
biarkan~~~~~

pengalaman mengajar kita erti kehidupan
segala kesilapan yang pernah kite buat menjadikan kita lebih berhati-hati agar tidak mengulanginya lagi dan secara tidak langsung kita menjadi lebih matang dalam membuat sesuatu tindakan terutama sekali yang melibatkan kehidupan seharian kita



mase kecik-kecik dulu mestilah sambut besday dgn famili,
last aku sambut besday dgn famili time aku form 3
abg aku belikan kek....time tu dia baru keje...belikan kek tok aku...
seronok sambut besday aku dgn famili aku yg tersyg...




umur aku kian meningkat....
kata orang jiwa remaja tu da mengalir dalam badan...
kawan makin ramai..makin rapat
so pape mesti dgn membe-membe
sambut besday pon dgn membe-membe...
memang best sambut besday dgn membe ni...
siap ade game lagi time tu
last year aku sambut besdy dgn kawan-kawan aku kat U ni..
best jugak la....terharu gitu~~~


setiap orang pasti ada keinginan..tak byk sikit la berangan nak hadiah yang best-best dr org yang tersyg....kalau dapat dipenuhi hajat tu memang syukur sgt-sgt.....


taruk kek tengah-tengah
dikelilingi 22 batang lilin wah romantiknya...:p


tapi tahun ini..aku tak tahu la sambut besday dengan siapa
agak-agaknya sorang diri je kot.......

iklan sekejap
kepada yang lahir hari ini
selamat hari lahir


Wednesday, January 12, 2011

jiwa kacau


sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit,
tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah
dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah


sejak 2 menjak ini..hati aku mula rase tidak tenang dan tidak happy mula-mula aku tak tahu kenapa aku boleh jadi macam ini awal-awal sem memang excited aku nak balik ke UKM mungkin disebabkan sidia..aku gile-gile rindu kat dia.. memang nak sgt jumpe sidia... agak da lama tak jumpe dia..... stat aku cuti sem lepas..sampai sekarang aku tak jumpa lagi dgn dia.. cuba korang bayangkan...lama siot.... tapi apa kan daya..memang tak de rezeki aku nak jumpa dgn dia.. dia pon aku tgk cam tak nak je nak jumpe aku so.........
aku malas la nak ajak dia lebih-lebih..sekali cukup..dia taknak..itu dia punyer pasal....
dia diam..aku pon diam.... so cam gantung tak bertali


wajah yang ceria tentu menyimpan sesuatu yang sukar untuk digambarkan

sem dulu
kalau petang-petang kalau dia free la.... selalu temankan aku
hilang cikit rase bosan itu...
tapi sekarang ini?? bukan setakat ptg..mlm pon..jgn harap nak temankan aku.... tiap-tiap masa bz memanjang.....


sayang seorang kekasih pada buah hatinya bukanlah melalui hantaran wang ringgit,
tetapi sayang seorang kekasih pada buah hatinya ialah dengan perhatiannya supaya buah hatinya dapat melepaskan rindunya kpd kekasihnya

p/s: cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata
sesiapa yang nak percaya lantak koranglah.......

Tuesday, January 11, 2011

Perempuan/Lelaki suka menipu?

aku terbace kat metro tadi...

LONDON: Satu kaji selidik mendedahkan bahawa perempuan kini lebih suka berbohong daripada lelaki.

Seorang daripada lima peserta kaji selidik berkata, dia pasti akan menjalin hubungan dengan lelaki lain jika jatuh cinta dengannya.


Secara perbandingan hanya sembilan peratus yakin mereka akan berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.

Kaji selidik yang dilakukan ke atas 3,000 orang itu buat kali pertama mendedahkan perempuan bukan kekasih yang setia. Kaji selidik itu juga mendapati perempuan berusia 35 hingga 40 yang lebih banyak menipu. Kebanyakan mereka tidak mempunyai anak dan akan berlaku curang semata-mata untuk hamil.


Bagaimanapun, hanya 15 peratus lelaki akan memaafkan isteri ataupun teman wanita yang menipu berbanding dengan 12 peratus saja wanita yang akan menerima kembali pasangan yang curang. Hampir suku daripada perempuan bujang berkata, mereka akan menimbangkan untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang berkahwin atau sudah mempunyai hubungan istimewa.

Bagaimana dengan lelaki yang suka menipu pulak...? yang mana terase itu....paham-paham je la..mana ada orang yang suka ditipu......orang yang menipu memang suka tipu orang

terus terang aje la...senang citer.....

mood

keliru....hairan....kdg-kdg fed up jugak tgk perangai dia...dah malas nak taip panjang-panjang



Saturday, January 8, 2011

rindu pada kamu


aku cube tok mengawal perasaan itu, namun
aku tidak boleh menipu diri aku sendiri
perasaan aku kini semakin rindu pada kamu.....

lepas je aku dapat berita akak ipar aku da selamat bersalin...
perasaan rindu aku pada anak-anak sedare aku semakin menebal beb...

so entri ini khas tok kamu yang ku rindui...


....:::hai nama saya DAFI:::...
DAFI paling aku rindu sekali...dari dia baby sampai dia da besar aku jage dia...
tak la besar sgt pon..itu pon lepas aku form 6..sambil tunggu panggilan U..aku dok uma jadi babysitter..jage si dafi dgn abg dia..(IMAN)
PERKEMBANGAN DIA : da mula pandai bercakap...
aku suka layankan dia bercakap...suka ajar bende yang bukan-bukan..
nanti dia mesti akan ikot pe aku cakap...da itu aku gelak sakan...

kalau nampak aku makan nasi kat dapor..dia mesti mintak
"nak can sik...." mean nak makan nasi
da tu suruh aku cuapkan...
kalau dia nampak atok dia beli maggi...dia mesti mintak aku buatkan kan
"mak adah nak mee edap"
sampai merayu-rayu kat aku suruh buatkan
sambil aku masakkan mee sedap tu..aku nyanyi la lagu mee sedap cam kat iklan tu depan dafi...
dafi boleh ikot pe aku nyanyi...sambil geleng-gelengkan kepala dia...

aku nyanyi "mee sedap i like it, mee sedap we love it...."
dia pergi sambung " mee edap ~~~~~"
aku sambung lak "semua suke.......... jelas terase puasnya...."
hihi tol beb aku rindu gile dgn dia....


...:::hai nama saya IMAN:::...
IMAN ni abg pada si DAFI,
aku pon rindu pada dia...time dia sedang membesar aku berada disisi dia....
so aku rapat dgn dia...da dok 1 rumah, mesti la rapat.....tiap masa dia akan tonton kartun....
time dia kecik-kecik area umor 2 tahun..kartun peberet dia BARNEY.....dia akan tunggu part barney n the friend nyanyi lagu ~~~I LOVE U..U LOVE ME..WE ARE BEST FRIEND...~~~
PERKEMBANGAN DIA : dia da stat sekolah tadika tahun ini....aku nak tgk sgt gelagat dia pergi sekolah, balik sekolah, buat homework......hihihi....


...:::hai nama saya AIZAM:::...
ISH..budak ini time kecik-kecik tak nak dgn orang...sampai satu masa ibu dia mintak tolong kat aku..tolong tgk-tgkkan si Aizam ni..coz dia da tak larat sgt time tu..nak tido jap...aku pon pergi la tolong.....da aku bgtw tadi kan...aizam ni tak nak dgn org...dgn ayah dia n ibu dia je dia nak...lau dgn org lain dia akan nanges......aku nak tackle budak senang je.....aku tahu Aizam suka main air time kecik-kecik...hmm da besar pon dia suka main air.....aku pe lagi....amek mangkuk isi air....dokong dia bw pergi luar uma(kat anjung umah) main buai...sambil main buai tu...aku bg la dia rendam tgn dia dlm mangkuk tu...terus senyum dia....suke je time tu..pastu tu terus dia nak dgn aku jer.........


...:::hai saya AIMAN:::...
masa aku form2 ibu pada Aiman ni diamanahkan oleh abah and mak aku tok jage aku dan adik aku.....coz mereka ni pergi menunaikan rukun islam yang ke-5...so, kak ipar aku yang jage aku time tu....time tu Aiman ni kecik lagi.....so, lau bosan-bosan mmg aku layan si Aiman je la....itu yang rapat time dia kecik-kecik.....dia adalah anak sedare aku setelah 6 tahun ahli keluarga kami tidak mendapat orang baru....so, mmg excited sgt time tu dpt anak sedare......
skrg dia da besar..so dia da segan da....nak manje-manje dgn aku....


...:::hai nama saya Aisy:::...

...:::hai saya pulak Asri:::...

mereka berdua ni sebaye je dgn si Dafi....
aku pon rindu sgt kat dorang....comel sangat tgk dorangkan..??

asri time dia kecik-kecik agak segan dgn aku..tp pas da bape bulan dok uma Wan dia..adik aku layan kan dia...stat tu dia pon tak segan dgn aku..dia rapat dgn Mak Ana dia(adik aku)...sampaikan dia panggil aku pon Mak Ana...pdhl Mak Adah....asri suke jugak ajuk-ajuk pe aku buat....
kalau mrk yang rapat dgn aku...tahu la kan cmne kalau aku ketawe....hah cmtu la si Asri buat...ajuk aku time ketawe.....adoi~~~itu trademark dia...

Aisy pulak...? pon sama time kecik-kecik segan dgn aku...kalau lek rumah mak aku...tak ley lepas dr pandangan ayah and mama dia....lau tgk je org lain...dia akan nanges.....sama cam Aizam time kecik-kecik...., tp da besar ni..lau nampak aku dudok bersila...tibe-tibe dtg kat aku...duduk kat aku....hihihi....suare dia lembut je...suke dgr....ish rindu dgn lesung pipit dia.....
Aisy pulak panggil aku "mak dhar"
.......macam-macam la korang semua ni......

kamu semua membuat hati aku selalu gembira walaupun
hati aku sedang berduka

mak adah rindu kamu

.....iEiD....

Wednesday, January 5, 2011

orang baru

Hari ini hari paling besejarah buat diri aku, aku selamat dilahirkan

pada tanggal 5 januari 2011.

Aku berada didalam perot ibu aku selama 9bulan 12 hari…..terlebih 2 hari….

sebenarnya due date 3 januari..tapi aku saje je nak kuar 5 januari…..ada aku kisah…??

Masa aku dalam perot ibu aku…..aku dengarkan je lah telatah ibu aku, dia suka sgt bercakap and berbual dengan semua org, termasuklah berbual dgn aku…..peh, suare dia lantang beb.. tgh sedap-sedap tido ni…sampai aku tersentak dgr suare dia…air liur sampai masuk balik dlm mulut coz terkejut gile time tu…..itu yang aku suka tendang ibu aku itu....saje bg warning…..

“oi..diam sikit boleh tak….?”

tapi yang aku hairan itu, makin aku tendang ibu aku makin dia suka pulak aku tendang dia…

“bagus anak ibu ni…..tendang la lagi…”

dia selalu tanya kabar aku dalam perot…..pagi-pagi suke gosok-gosok perot dia……

Tanya kat aku….

“apa khabar baby hari ini…? sihat tak….? Baby tengah buat apa itu…?”

Kalau ikutkan hati aku..nak je aku jawap..

"tengah main game bola ni… Malaysia lawan Indonesia, baby mainkan tok team garuda……,"

Aku ada 3 orang abang…..time aku dalam perot ibu aku…wawah..bukan main nakal Abang Ngah aku tu…manje bukan main lagi….kalah adik dia (abg atas aku)…….suke sangat buat hal..suka sangat buat ibu marah-marah….. kalau ibu marah mestilah tengking-tengking……so…kecian kat aku….nak tidur dgn aman dalam perot ibu aku pon tak boleh…..kacau daun tol la Abg Ngah aku tu….

tapi org tua-tua cakap…kalau ibu dia tengah kandungkan anak itu..dan anak yang da sedia ada buat hal/nakal sangat…nanti anak yang baru lahir itu akan kamcing dgn anak yang suke wat hal itu/nakal…wah lum lahir lagi da de partner……kamcing lagi tu.....

time aku dalam perot ibu aku lagi, aku da perhatikan da semua abg-abg aku…


abg long : abg teh : abg ngah

abg 1st aku tu :

budak yang rajin, suka tolong ibu kalau mood dia baik je la….

Abg 2nd aku tu :

nsem beb…..suka makan jajan…kalau nak makan nasi, ikot mood dia…

Abg 3rd aku tu :

cute sgt2…..manje dgn ibu aku…maklumlah masih kecil lagi…., so dia ini pesaing terdekat aku tok dptkan susu terbaik drpd ibu aku….

5 januari 2011

Pid dapat anak saudara baru….lelaki lagi…..ini bermakna masih mengekalkan tradisi cucu lelaki, setakat ini cucu A.ZABIL BIN ZAINAL dan HADIJAH MOHD NOH mempunyai 11 orang cucu tetapi hanya seorang saje cucu perempuan.....

siapakah yang mampu memecahkan tradisi dengan menyumbangkan cucu perempuan…??

Hah sama-sama kita nantikan…

.....iEiD....