Friday, December 31, 2010

Semua Nak Baru

sempena beberapa jam saje lagi nak ke tahun baru 2011
aku nak kecoh kat korang tentang azam baru aku tok kali ini

sebelum itu aku nak bagitahu kat korang
"setiap apa yang kite inginkan didunia ini
tidak semestinya akan ditunaikan"


tetapi dengan syarat....
kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian tersebut

perpatah ada mengatakan
"melentur buluh biarlah dari rebungnya"
kalau da keras buluh itu patahkan saje
kerana perpatah jugak ada mengatakan
"patah tumbuh hilang berganti"

peribahasa di atas tidak ada kene mengena yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia

kite terus sahaja kepada objektif kita
iaitu
.....senarai azam aku tok tahun baru ini....

nama pon tahun baru
Semua Nak Baru

semester baru,tahun baru,harapan baru,azam baru..
cuma sidia saja masih tetap dalam hati aku..tiada yang lama tiada yang baru..
_ _ _ _ _chewah_ _ _ _

azam pertama :
cemerlang dalam pelajaran
sukses adalah sebuah perjalanan, bukan tujuan akhir

azam kedua :
kurangkan bercakap lebihkan bertindak
cara memulakan sesuatu adalah berhenti berbicara dan mulakan bertindak

azam ketiga :
berfikiran lebih matang
fikiran adalah ibarat parasut, hanya berfungsi ketika terbuka

azam keempat :
buat baik pada mereka yang buat jahat pada aku
mereka yang dapat memberi tanpa mengingat, dan menerima tanpa melupakan akan diberkati

azam kelima :
berjaya dalam percintaan
dalam kehidupan ini kita tidak dapat selalu melakukan hal yang besar,
tetapi kita dapat melakukan hal yang kecil dengan cinta yang besar



selamat menyambut tahun baru
semoga kita semua lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan
dan mengambil segala keburukan dan kebaikan yang lepas sebagai satu rujukan dan pembimbing kita untuk lebih maju ke hadapan


"jika anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki,
anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan"
.....iEiD....

Wednesday, December 29, 2010

tips boleh pakai


tips kuruskan badan dengan cepat

ramai da merasai dirinya semakin mengembang dengan bahagianya

itu sebab saje aje nak post TIPS BOLEH PAKAI ni

bukan niat nak mempersendakan siapa-siapa

cuma memerli diriku ini saja

bagi mereka yang mempunyai bentuk ideal macam saya (slim+keremping) ayuh...!!!! kita jangan ikut tips di bawah ini

1.jangan berlapar
2.ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
3.minum air 8 gelas sehari
4.elak minum minuman yang bergas
5.kurangkan pengambilan gula
6.ambil sarapan pagi
7.makanlah dengan perlahan-lahan
8. jika nafsu nak makan snek, beruslah gigi anda atau kunyah gula-gula getah


bagi mereka yang sudah berbadan ideal

mari renung-renungkan boleh pakai tak tips-tips berikut ini:

1.jangan tahan lapar
2. ambil sst yang manis sebelum makan,
sebelum makan itu cari semut dulu sbb perpatah ada mengatakan "dimana ada semut disitu ada gula"

3.masih ingat lagi tips di atas minum air 8 gelas sehari.....???
bagi mereka yang da berbadan ideal
tolong aku kira 8 X 365 hari = ??, setahun dpt minum bape gelas je? kalau time raye kat uma orang tak kan rumah ke sembilan da tak boleh nak minum...??!! kalau tercekik makan kuih tempeyek..tak ke lenyek nanti..???!!!

4. kalau haus sangat... minum air sebelah gas dapor je....

5. lebihkan ambil gula-gula time beli kat kedai tu....ambil senyap-senyap je..tauke kedai tak akan marah coz tengok badan kamu yang ideal tu....malah tauke kedai itu akan galakkan kamu ambil gula dengan lebih....lalu berkata
"kecian.......mak bapak tak bagi kamu makan ke...?"

6. ambil sarapan belah malam pulak

7.jangan makan gelojoh pulak yer..tak sopan tu...tapi makan dengan laju-laju..
ingat!!!!!! masa itu emas...masa tak akan menunggu kita..jangan buang masa...
8.kalau nafsu nak tengak snake jangan lupa berus gigi dulu..takot ular kat malaysia ni semakin pupus dengan pencemaran bau mulut kamu....

segala yang tertulis ada tersiratnya
segala teguran ada betulnya

.....iEiD....

Tuesday, December 28, 2010

pendidikan mencegah dari buat anak

aku ada kelas petang tadi
subjek : demografi dan pembangunan modal insan
cerita pasal pertumbuhan penduduk dunia
aku tertarik dengar lecturer cakap

"PENDIDIKAN ADALAH SATU ALAT PENCEGAHAN KADAR KELAHIRAN "

wah agak tercabar jugak aku mendengar tadi
coz aku nak anak ramai..hihihi
walaupun bekelulusan agak tinggi tapi hati tetap nak cahayamata yang agak ramai jugak
nak tahu berapa..? hahaha rahsia ler..

sumber yang aku dapat dari BERNAMA ehem2....dia menyatakan bahawa
Malaysia menyambut kedatangan 516,645 bayi pada tahun 2009, meningkat 3.9% (20, 231) berbanding 2008.

fuh.....!!! lega cikit lepas baca statistik ini....maknanya meningkat la jugak kan...?


anak sedara aku


dapat dirumuskan bahawa

sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak
sepandai-pandai manusia yang ada kelulusan,
nafsu nak dapat anak ketara jugak..
.


_ _ _ _ _insyallah tahun depan dapat anak sedara yang ke 11_ _ _ _
dapat buktikan peningkatan disitu
.....iEiD....

Monday, December 27, 2010

sebelum,semasa,selepas,sesudah,sekejap


wah cuti-cuti......
kalau kat malaysia ini..tanyala raya apa rakyat Malaysia tak sambut..
semua perayaan kite akan sambut
cuma sambut pelbagai pesen la
ada yang ambil kesempatan tok tido puas-puas kat rumah, ada yang kuar dgn makwe,dgn tunang,dgn isteri,dgn famili

hah semalam
aku,nisa(romate aku),kak tika,ira,anis
pergi mandi-manda kat waterfall kat
SG.GABAI

meh aku cite satu-persatu peristiwa menarik time kitrg mandi-manda

SEBELUM
kitrg grk ke Sg,Gabai kitrg pergi cari kedai makan dulu,
da usha 1 tempat mkn ni, kat restoren Azura, alamak ai..tutup pulak
kitrg teropong ag kedai mana ley kitrong mencekik
hah kompom 1 tempat ni..kitrg pon parking elok-elok..disambut baek punyer oleh tukang pelayan ala-ala pramugara yang tak cukup inci~~~
da selamat order ini...mamak kerja kat tempat tu kejap-kejap datang meja kitorang
1st dia dtg tanya

"bayar sekali ke ni..? "

kami pon mengiyakan ajo la
da tu dia cakap ag

"mee goreng...." sambil tu dy kira la

yang lawaknya pas tulis mee goreng terus mamak tu bla

dalam 5 minit kemudian mamak tu dtg lagi,dia masih menunjukkan kewibawaannya sbg pelayan ala-ala pramugara yang tak cukup inci tu. tanya lagi kat kami. tapi soalannya lain pulak

"bayar asing-asing ke...?"

kami pon mengiyakan ajo la
da tu dy anggukkan kepala dia macam shah rukh khan berlakon kat cite
MY NAME IS KHAN



SEMASA
kami pon sampai di Sg.Gabai...macam biasa la..da sampai mesti la cari parking dulu
kete cantik BMW 7 SERIES mesti cari parking yang cantik jugak...cari punyer cari..dpt usha 1 tempat ni...parking sebelah kete TOYOTA CAMRY..aduh mak..mak lum la...ruang sempit kat situ..kalau ade kosong main tibai je la parking...time nak masukkan kete BMW tu kat tempat parking tu teringat la time belajar kete dulu masukkan bontot kete dulu....da tu pusing stereng kete...da tu apa lagi ntah..lupa da...
agak adventure jugak la time tu....last-last aku kuar balik cari tempat parking yang lain...
akhirnya jumpe...sayang beb lau nak parking kat tempat tadi tu...BMW 7 SERIES lau calar..niaya je nanti..

kitrg mule mandi-manda....seronok gile time tu..cam 24 jam tak jumpa air..kami masing-masing tunjukkkan skill kami...
aku dgn nisa wat berenang berirama
kak tika dgn ira wat aksi papan anjal seirama
anis pulak wat skill berenang kuak kupu-kupu.


SELEPAS
jam sudah menunjukkan kol 3 ptg...kami pon gerak dr situ...seronok-seronok jugak, tp kami tetap ingat pada ALLAH, kami solat dulu..baru kami gerak balik. Lepas mandi..mesti perot rasa lapar...peh penat tu kami tunjukkan skill kami tadi.....kami bincang dalam kete BMW tu, bincang nak makan mana...bincang punyer bincang da sampai kajang da....apa lagi makan je la kat kajang...., da usha 1 tempat makan ni.....elok-elok parking...tauke kedai ckp
"maaf yer dek kedai belum bukak lagi.."

aduh..terpakse cari kedai lain...perot gile lapar...dgn hati yang duka kami cari lagi kedai makan...time cari tu sesat seh..sampai 4 kali masuk kuar tol...melayang duit kami......
akhirnya dapat jugak makan kat
RESTORAN CILANTRO MALAYSIA

SESUDAH
lepas makan..kami grk pulang...
lepas maghrib baru kami pulangkan BMW tu...janji dgn tauke tu kol 9...ok kami tepati pada janji
da pai tempat yang dijanjikan tu...adus....tak dok orang nak angkut ktrg balik ke kolej....
badan sudah letih ni....bincang punyer bincang..
kami bawa balik kete BMW 7 SERIES tu ke kolej kami
penuh terharu parking kete tu kat depan kolej kami...

SEKEJAP
badan sudah letih..lepas isya' memang niat nak terus tido
dapat mesej dari membe....

"pid jum tengok bola"

aku terus call membe tu..

"kat mana tu..?"

membe jawap

"malaysia da gol 1.."

aku apa lagi..dgn badan yang penat tadi terus semangat pergi depan tb.. OTW nak ke sana da bunyi jeritan....riuh gile time tu...rupeyer gol lagi..hebat la SKUAD HARIMAU
time dok-dok kat depan tb tu..tak lama pas tu..gol lagi..uhuhu tak sia-sia aku pergi tengok..hilang penat aku time tu...


SAAT PALING MANIS SEMALAM
kerana

1st time aku drive kat area sini
1st time aku drive kat highway
1st time aku drive malam
tp da banyak kali aku drive kete BMW 7 SERIES
time driving school (KANCIL)


.....iEiD....





Saturday, December 25, 2010

weekend yang membosankan



WEEKEND yang membosankan........!!!!!!!

itu bagi mereka yang tak rancang apa-apa
tapi bagi aku...
memang rancang nak pergi tempat macam beach la
sampai tak tahu nak pilih beach mana yang paling best

awal-awal sem orang kata "durian runtuh, orang kaya baru......."
dorang yang cakap la.....
itu yang saja je rancang jauh-jauh
macam kat BALI

......korang boleh pilihkan tak beach mana paling best....


beach PERTAMA

OASIS BEACH RESORT
-Tanjung Benoa-

beach KEDUA

WESTIN HOTEL & RESORT
-Nusa Dua-

beach KETIGA

THE LAGUNA
-Nusa Dua-

beach KEEMPAT

ASTON BALI RESORT
-Tanjung Benoa-

beach KELIMA
NOVOTEL
-Nusa Dua-

.....iEiD....

Wednesday, December 22, 2010

patot aku buat apa tadi ek...?

korang boleh tolong aku pilih karakter yang mana
PATOT AKU BUAT TADI EK...???

sebelum tu korang selami jiwa, rawat rohani, perkasa peribadi...
tagline program (SELAMI JIWA DR FADHILAH KAMSAH)

hahahaha
sebelum itu korang selami dulu situasi yang aku alami tadi

1.sudah lama tak jumpa
2.pernah rapat dulu-dulu
3.sekaum,sebangsa,seagama,sejenis,spesies
hah amek ko...



KARAKTER PERTAMA

dialognya:
bajet ko hot......!!!!

KARAKTER KEDUA

dialognya:
bikin gua panas jer tengok sikap ko.....

KARAKTER KETIGA

dialog:
bapak hipokrit ko.......

KARAKTER KEEMPAT

dialognya:
senyum itu sedekah.......

faktor korang kena pilih coz
dia lupa bagi salam kat aku tadi
.....iEiD....

Tuesday, December 21, 2010

Dalam air terbayang wajah


aduh...!!! rindu bertandang lagi...
Ya Allah kirimkanlah rasa rindu ini pada mereka yang merindui diriku ini

_ _ _ _khas untuk sidia_ _ _ _ _
dalam usia remajaku pernah kurasai kepahitan
pada suatu kehilangan kasih dan cinta..
sehingga hatiku menemui kasihmu, cinta ku kembali berbunga

kasihku....
moga dianugerahkan pada kita suatu harapan yang pasti....
seketika itu....limpahkan kasihmu padaku, curahkan sayangmu dijiwaku....

jom karok lagu ini

DALAM AIR TERBAYANG WAJAH



.....MP3....

Monday, December 20, 2010

Air dicincang putus atau tak...?



Air yang dicincang tak akan putus
tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri


fuh..!! kalau hidup kat dunia ini tak ada kawan
memang akan jd cam orang kat bawah ni kot...

kawan dengan beruang...

tapi kalau kawan-kawan tak nak berkawan dengan kita nak buat macam mana
rindu tetap ada dalam hati ini
korang tahu tak.....????


tapi kalau diberi peluang tok berjumpa dengan semua kawan-kawan aku,
agaknya macam ini kot rupa aku....
da tua baru dapat jumpa kawan-kawan lama.......
itupun kalau ada rezeki nak jumpa

pepehal pun...bersyukur sangat-sangat dapat jumpa dgn semua kawan-kawan aku pada hari ini......

cuma dengan sidia je lum berpeluang jumpa lagi....hihihi
_ _ _ _miss u_ _ _ _ _

.....iEiD....

Monday, December 13, 2010

Anda Ada 60 Saat



untuk renungkan sejenak setiap kata-kata dibawah
sama ada BENAR atau TIDAK

......................................................................................................................

anda lebih ingat buah hati anda
daripada mengingat pencipta anda

BENAR / TIDAK

anda lebih memuja artis pujaan
daripada memuji Rasullah

BENAR / TIDAK

anda lebih suka menyambut anniversary
daripada menyambut kelahiran Rasullah

BENAR / TIDAK

anda lebih gemar mengumpat,mengkeji
daripada berzikir memuji nama Allah

BENAR / TIDAK

anda lebih senang pergi ke pesta-pesta
daripada pergi ke majlis-majlis ilmu

BENAR / TIDAK

..........................................................................................................................


BENAR / TIDAK itu tak penting

_ _ _ _ _ yang penting _ _ _ _
marilah sama-sama kita mengubah cara hidup kita
yang selama ini sama seperti situasi di atas

.....janganlah kita berkira pada Allah....
sesungguhnya Allah tidak pernah berkira pada hambanya.


.....iEiD....

kau kawan sahabat teman

kata orang
berkawan biar beribu bercinta biar satu

dua hati kini menjadi satu
setialah pada yang satu


berdua lebih baik
kerana ada orang ketiga

.....:::itu sebab ramai anak dilahirkan tanpa bapak:::....

.............................................................................................................................

kepada kau sahabat teman
dengarlah bisikan aku pada



kau kawan sahabat teman.
aku tak boleh hidup tanpa kamu semua.

mana mungkin aku hidup seorang diri tanpa ada yang menghiraukan aku.
mana mungkin aku bergelak ketawa seorang diri.
oh nanti akan ada yang menggelarkan aku perempuan gila.


kau kawan sahabat teman.
tahukah aku di sini sedang merindui kamu semua?
tahukah aku sangat menghargai kehadiran kamu semua di dalam hidupku?
tahukah aku teringin sangat berjumpa kamu semua?
tahukah aku tidak mahu kehilangan walau seorang pun dari kamu
semua?


kau kawan sahabat teman.
terima kasih kerana menjadi kawan, sahabat, rakan dan teman aku.
terima kasih kerana menerima segala keburukan dan kelemahan aku.
terima kasih kerana berada di sisi ketika aku susah.
terima kasih kepada kau

qiah,aza,alyn,
eja,pika,nab,fara
anem,mira,k.dayah,haizum,ina,wani
nisa,ira,k.tika
zol,jamil,hata,alim,ejem


kaulah
kawan, sahabat teman.

SAHABAT
yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa kite mengingati pada Allah,
mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu kita yang selalu jahil disisiNya.



Saidina Ali berkata
selemah-lemah manusia ialah manusia yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.


Adakalanya kita juga saling terluka
namun di akhirnya kita tetap bersama

.....iEiD....

Monday, December 6, 2010

Seribu Kali Cahaya -Slot a.k.a iEiD-



Dimana ada cinta disitulah derita, pengorbanan,
cemburu
dan air mata.
Begitulah ungkapan cinta yang sering dilafazkan.


SERIBU KALI CAHAYA mengisahkan percintaan dua hati kini menjadi satu. Seribu merupakan hero dalam cerita ini manakala Cahaya pula heroinnya.


Kisah ini bermula apabila satu pertemuan yang dirancang dalam suatu kursus selama 2 minggu. Pasangan ini sering bekerjasama antara satu sama lain.


Walau bagaimanapun, pada ketika itu, mereka tidak meluahkan isi hati masing-masing, tetapi mampu memendam perasaan. Sehinggalah dalam tempoh 3 bulan berikutnya Cahaya meluahkan isi hatinya kepada Seribu. Nampak unikkan heroin yang masuk line dulu.


Cahaya menganggapkan luahan hatinya merupakan perkara yang tak pernah dia rancang selama ini. Cahaya tidak kisah kalau cintanya itu ditolak, asalkan dia telah meluahkan isi hatinya kepada Seribu. Tetapi cintanya itu seolah-olah diterima oleh Seribu. Hati Cahaya sangat bersyukur dengan penerimaan cintanya itu dan bertambah terharu kerana Seribu mengatakan bahawa dia sebenarnya menyukai Cahaya sejak kali pertama mereka bertemu, Seribu ingin meluahkan isi hatinya itu, tetapi dia beranggapan bahawa Cahaya telah mempunyai kebahagian sendiri. Kenapa Seribu berfikir sedemikian..??? haa..yang itu kita tak tahu....


Sejak dari hari itu, Seribu dan Cahaya mula berkawan dan merapatkan hubungan sebagai saudara Islam. Tetapi kalau duduk sama-sama..., duduk rapat-rapat ke tak...???" haa..yang itu kita tak tahu....
cuma merapatkan hubungan sahaja...

".....Duduk renggang-renggang
bertambah sayang..

biar malu-malu...
biar segan-segan...."

Saja nak kaitkan dengan lagu yang semakin kerap diputarkan dicorong-corong radio. (kalau berpacaran)



Semakin hari perasaan sayang semakin menyerlah kerana sifat kepercayaan semakin menebal dalam hati masing-masing. Hadirnya Seribu selepas Cahaya memohon kepada Allah agar kurniakan seorang insan yang dapat menjaganya di dunia dan di akhirat. Itu sebabnya Cahaya amat-amat mensyukuri kurniaan yang telah diberikan oleh Allah. Sebelum ini Cahaya menderita dengan cintanya tetapi kini.....?? haa yang ini kita tak tahu....


tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum berjumpa dan bercinta dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

.....iEiD....




cita-citaku


setiap yang diimpikan..... segalanya akan tercapai

sekiranya


1. berusaha
2.berkorban
3. berdoa
4. tawakal



setiap kali kita menyambut tahun baru
pasti semua orang akan menanam cita-cita dan impian masing-masing

dapat semangat barulah katakan

nak tahu tak apa cita-cita aku...??

hahaha
meh aku bagitahu...
_ _ _ _ _ korang baca aje tw_ _ _ _

cita-cita yang utama

mendirikan masjid dengan si dia

cita-cita pertama

menjadi wanita yang bekerjaya

cita-cita kedua

surirumah yang terbaik buat familyku
...::: situasi:lepas balik kerja :::...

cita-cita ketiga
dapat anak-anak yang cute macam papa dia

cita-cita keempat

berjaya dalam bidang pekerjaan

cita-cita kelima

anak-anak berderet....uhuhuhuhu
...:::family yang bahagia dunia dan akhirat:::...


selamat menyambut Maal Hijrah 1432H

Abu Hurairah r.a berkata
"Setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekatnya ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku, semakin dekatnya hari penghitunganku..."

kita pula bagaimana.....???

.....iEiD....

Monday, November 29, 2010

jejaka idaman




Oh sayang
engkaulah jejaka idaman
akulah yang menanti
menyayangi

semua orang ada citarasa nak memiliki jejaka idaman yang tersendiri....
tak tahu lah sama ada impian itu tercapai atau tidak

katakan tidak pada rokok...
katakan lah.....!!!!!!


iklan ini memang sesuai tok diketengahkan dalam tajuk ini
kerana

ciri jejaka idaman aku

1. tak merokok


jom kita cuci mata tengok ciri-ciri personaliti yang aku idam-idamkan

contoh pertama

ciri yang aku minati : tinggi daripada aku


contoh kedua

ciri yang aku minati : baby face


contoh ketiga

ciri yang aku minati : selalu smart


contoh keempat

ciri yang aku minati : badan tough


contoh kelima

ciri yang aku minati : senyuman yang manis


Oh sayang...
Engkaulah jejaka idaman

Akulah yang paling menanti

Ku pasti...


saya telah temuinya
anda bagaimana....???


_ _ _ _ aku tetap sayang kamu _ _ _ _ _
.....iEiD....

Sunday, November 28, 2010

Tamparan wanita ke lelaki lagi hebat...??



Apa reaksi lelaki kalau kena tamparan wanita....???


*pow!*

adoiii!!

*debik*

ufff..!!

*piangg!!*

urkssss!!


Aku bukannya selemah yang kau sangka
Aku tak rela diseksa, haa!
Beranikah lagi bersemuka
Rasakan kuasa, tamparan wanita



BAYANGKAN pulak apa reaksi wanita kalau kena tamparan lelaki...??


tampar pipi kiri, pipi kanan pun aku nak tampar jugak...!!! Boleh, sayang...???


agaknya terus berikrar


saya janji tak akan buat lagi


Setiap kali kau marahi diriku ini
Tergugur jantungku tergaman membisu
Setiap kali kau kasariku tak mengerti
Kau berjanji tidak kau ulangi lagi


BAYANGKAN kalau ada orang jadi batu api...macam mana pulak??


jangan percaya pada dia....!!!!
dia suka cakap tak serupa bikin


BAYANGKAN kalau lah dia merayu


tolonglah percaya pada saya..saya janji tak akan buat lagi...


agaknya orang lelaki terus percaya

bak kata orang : lelaki mudah cair dengan pujuk rayu perempuan


baiklah..., saya hormat awak....tangan saya tak jadi nak tampar awak...tapi
saya bagi tabik spring...!!!


perempuan itu agaknya terus berubah wajah....dan terus cakap


ok, la tu....!!! dengan hati yang gembira.
saya tak akan buat lagi tok hari ini,
esok lom tahu lagi...


Aku perlu berdiri tanpamu
Berani berdiri kerana benar



tak baik tampar lelaki
tak baik jugak lelaki tampar wanita

.....iEiD....

Saturday, November 27, 2010

Kahwin Muda




KALAU sudah jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti boleh berlaku.
Begitu juga dengan soal perkahwinan. Pasti agak ‘tidak pelik’ di zaman moden ini bila menyaksikan pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda remaja.

_ _ _ _ _sejarah mungkin akan berulang lagi _ _ _ _

ZAMAN dulu, sekitar 50-an dan 60-an, berkahwin pada usia muda bukan satu keganjilan. Ramai berkahwin muda, malah ada sesetengahnya, terutama anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia masih terlalu mentah…15, 16 tahun...

Banyak alasannya mengapa mereka berkahwin muda.

antaranya

  • desakan ibu bapa

Lambat kahwin, takut anak gadis dikatakan tidak laku. Bimbang juga anak gadis terlalu bebas sehingga melakukan perbuatan yang tidak wajar.

  • peluang pelajaran tidak meluas bagi anak gadis di zaman dulu

Buat apa belajar tinggi-tinggi, itu pendapat orang tua dulu-dulu..ke ceruk dapur juga akhirnya dan ada juga yang mengatakan kerana `orang dulu’ cepat matang. Pendek kata, kalau anak gadis tu, sudah pandai masak, pandai jaga adik-adik – senang cerita, pandai menguruskan rumah tangga, ah..dah sampailah masanya.

Kahwin muda

bermaksud berkahwin pada usia yang muda.

Berapa lingkungan umur yang kita boleh katakan sebagai muda?

Iyalah, takkan 50 tahun pun kita masih katakan muda melainkan berkahwin dengan isteri muda. Itupun isteri dia yang muda, dia tetap jugak dah berumur. Namun, ada yang berkata, “ape ade pada umur?”. Muda itu subjektif. Kalau dah diri rasa muda walaupun kulit dah berkedut sejuta, muda tetap muda sebab ianya lahir dari dalam diri yang sentiasa terasa muda. Betul ke.....?

kalau perempuan dapat jodoh lebih muda setahun dari dia, macam mana pulak ek..??
hihi mungkin agak sensitif tok dibicarakan...(terasa nih)


Apa kebaikan kahwin muda..???

membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW
Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti


Elak mendekati zina
ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?

Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial
yela, sape nak marah kalau kite ‘berkepit-mepit’ ngn isteri sendiri, suke hati kami la..lalalalala

Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima
iyela, dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer..

Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’
tak perlu lagi risau awek akan dikebas orang..hikss

Apa pulak keburukan kahwin muda?

Rumahtangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan
lagi teruk kalau kes kahwin "terpakse" adoi...

Rasa diri masih bujang
ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..


kesimpulan
tak salah berumahtangga diawal usia
jika ongkos da penuh dipoket
jika ilmu zahir dan batin penuh didada

usah berlengah lagi..ayuh pergi kursus kahwin dulu yerk..
baru boleh booking Tok Kadi
...!!!!!

bagi mereka yang belum bertemu jodoh
jom amalkan doa ini


Ya...Allah..jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

.....iEiD....

Pergi takkan kembali


bila nanti aku pergi jangan panggil aku lagi
bila nanti aku pergi tak akan ada cerita kita lagi

setiap insan pasti merasa
saat perpisahan yang terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa


sekujur badan berselimut putih rebah bersemadi sendiri

selamat tinggal pada semua berpisah kita selamanya

pergi tak akan kembali
tataplah buat terakhir kali

masa pergi tak akan kembali
bila terlepas amat dikesali


mengharap kasih anak dan isteri apa mungkin pahala yang dikirim


YA ALLAH SUDAHKANLAH HIDUP KAMI DENGAN HUSNUL KHATIMAH, KAMI MOHON KEREDHAANMU, TERIMALAH AMAL IBADAT KAMI. HANYA PADAMU KAMI MOHON. AMIN

perginya tak kembali
patah yang tak pernah tumbuh
hilangya berganti tapi tak serupa yang asali

tanggal 26 November 2010 bersamaan 19 Zulhijjah 1431H
telah perginya En Khamis bin Mohamad
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dalam golongan orang-orang yang beriman



rebutlah peluang sebelum mati
sementara hidup kita berbudi

berpandukan Al-Quran iman sejati

dunia akhirat bahagia pasti

.....iEiD....