Friday, September 28, 2012

Ada Pahit Ada Manis

sudah bersambung....

28 Jun 2009 secara rasminya aku bergelar Mahasiswa, tidak dinafikan memang aku blur sangat-sangat, so aku ikut sahaja arahan dari akak-akak dan abang-abang PC (Pemudah Cara) kat kolej kediaman aku iaitu Kolej Burhanuddin Helmi. Seronok sangat masa MMP (Minggu Mesra Pelajar).... selama seminggu kitorang berorientasi, paling best masa Perang Dectar. Perang Dectar ini aku nak cerita sikitlah, ia adalah perang antara kolej-kolej kediaman yang terdapat di UKM ini. Berlawan cheer senang cite..sampai sakit tekak kitorang menjerit biar kolej-kolej lain gerun dengan kitorang. Paling aku tak boleh lupa...seumur hidup aku, aku tak pernah tidur kat atas kerusi..tetapi semasa Perang DECTAR itu lah pertama kali aku boleh tidur kat atas kerusi.


dari sehari ke sehari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan aku mengajar erti sebuah kehidupan di dunia kampus, ada yang seronok, ada yang duka, banyak cabaran banyak juga dugaan aku terpaksa tempuh, dari segi pendidikan alhamdulilah aku boleh menempuhnya, aku mampu menjalankan tanggungjawab aku sebagai pelajar, dan niat aku datang ke UKM memang nak belajar, nak dapatkan IJAZAH. dan aku dapat kawan-kawan yang memang nak belajar.


kenangan yang paling manis aku dapat kat UKM adalah memperolehi Anugerah Dekan, syukur alhamdulilah, memang aku nak sangat merasa mendapat anugerah itu, tetapi aku tak mengharap, cuma terdetik dalam hati "Ya Allah aku nak sangat merasa dapat Anugerah Dekan", dan syukur sangat-sangat ini semua berkat doa Mak Abah, Ahli keluarga, Kawan-kawan, Cikgu-cikgu, Jurulatih Kor Suksis dan ramai lagi. 


kenangan yang paling pahit aku terpaksa tempuh adalah berlaku konflik antara aku dengan beberapa kawan cosmate aku, sebenarnya perkara ini tak harap pun akan berlaku, aku bukan jenis suka bermusuhan, bermasam muka, tapi benda ini berlaku juga, dan aku jadikan ia sebagai sempadan. perkara ini berlaku mesti pada bulan peperiksaan, dari tahun 1 sem 2 salah faham dengan seorang cosmate aku, tahun 2 sem 1 bawa ke sem 2 juga salah faham dengan seorang lagi cosmate. memang saat itu, aku redha dan kuatkan juga hati ini nak ulangkaji pelajaran supaya dapat aku jawab dengan cemerlang dan nasib baik aku ada kawan-kawan yang lain untuk menguatkan semangat aku..aku terhutang budi dengan meraka.


naik je Tahun 3 sem 1, aku da sibuk dengan Tesis aku, tak sibuk mane lah...kalau ada mood je aku usik, sampai segan nak jumpe dengan penyelia aku sebab tak de progress nak ditunjukkan kat dia...masa sem 1 tu banyak pulak fieldwork, kalau ada fieldwork kenalah buat report, itu pasal lah Tesis aku tak berusik. Lepas habis paper untuk Tahun 3 sem 1 niat dihati nak la buat siapkan Tesis, maklumlah masa itu cuti semester..tetapi nak dijadikan cerita ada pulak program SUKSIS yang patot dan wajib aku sertai, da alang-alang tahun akhir ini nak juga tunjukkan keaktifan aku dalam Suksis kat budak-budak Junior..so aku terpaksa tinggalkan Tesis aku itu, naik je sem 2 aku berhempas pulas siapkan tesis, memang tak fikir apa la...hari-hari berdoa biar Tuhan permudahkan aku siapakan Tesis aku dengan cemerlang.


Syukur sangat-sangat aku dikurniakan sahabat karib...dia banyak mendorong aku untuk menyiapkan Tesis aku itu, sampaikan hampir 1 sem dia stay bilik aku, yang itu aku tak kisah, yang aku kisahnya kitorang buat sama-sama, stay up sama-sama kadang-kadang aku tertido, kadang-kadang dia yang tertido. sampaikan jiran-jiran aku tegur, Amboi payah da nak nampak PID..sibuk sangat ke...?? hahaha aku tak pernah nak kecil hati dengan kata-kata mereka itu, apa yang aku fikirkan, Tesis aku mesti siap.....

bersambung lagi......




Wednesday, September 26, 2012

Kalau Ada Rezeki Tak Kemana


Pejam celik, pejam celik rupenya aku da habis belajar, 
3 tahun aku jadi mahasiswa,
 tidak dinafikan banyak kenangan manis juga pahit sepanjang aku hidup di dunia kampus...

 Sebenarnya.........
aku tak sangka aku ade rezeki untuk menjadi seorang mahasiswa...Syukur alhamdulilah lah....
sebab kenapa aku cakap mcm tuh?
masa aku masih sekolah menengah aku tak tahu pun hala tuju aku lepas habis tingkatan 5
yang aku tahu, datang sekolah tiap-tiap hari, jumpa kawan-kawan, borak-borak, 
balik dari sekolah, aku buat jugak kerja sekolah, mane yang aku tahu je, kerja sekolah yang tak tahu nak buat, aku tinggalkan...esok pagi kelam kabut tiru kawan.

lepas dapat keputusan SPM, mmg sangat mengecewakan lah...terutama mak abah...adik beradik aku jgk la...UHUH, mase tu aku sangat takot, tak tahu nak buat apa...nak sambung belajar..... semua dapat tawaran dari Kolej, tawaran sambung Sijil, semua tawaran itu aku tak pandang...sebab aku fikir kalau sambung belajar kt Kolej mmg byk pakai duit, kalau sambung sijil..hmm ntah tak tergerak hati nak sambung Sijil

sampai la dapat tawaran sambung belajar Tingkatan 6, mmg aku janji dengan mak, Adah akan belajar sungguh-sungguh sampai dapat masuk U, dan akhirnya berkat doa mak abah, adik beradik, aku berjaya masuk U...Syukur Alhamdulilah..

.................................................................................................................................
         akan bersambung