Monday, November 29, 2010

jejaka idaman




Oh sayang
engkaulah jejaka idaman
akulah yang menanti
menyayangi

semua orang ada citarasa nak memiliki jejaka idaman yang tersendiri....
tak tahu lah sama ada impian itu tercapai atau tidak

katakan tidak pada rokok...
katakan lah.....!!!!!!


iklan ini memang sesuai tok diketengahkan dalam tajuk ini
kerana

ciri jejaka idaman aku

1. tak merokok


jom kita cuci mata tengok ciri-ciri personaliti yang aku idam-idamkan

contoh pertama

ciri yang aku minati : tinggi daripada aku


contoh kedua

ciri yang aku minati : baby face


contoh ketiga

ciri yang aku minati : selalu smart


contoh keempat

ciri yang aku minati : badan tough


contoh kelima

ciri yang aku minati : senyuman yang manis


Oh sayang...
Engkaulah jejaka idaman

Akulah yang paling menanti

Ku pasti...


saya telah temuinya
anda bagaimana....???


_ _ _ _ aku tetap sayang kamu _ _ _ _ _
.....iEiD....

Sunday, November 28, 2010

Tamparan wanita ke lelaki lagi hebat...??



Apa reaksi lelaki kalau kena tamparan wanita....???


*pow!*

adoiii!!

*debik*

ufff..!!

*piangg!!*

urkssss!!


Aku bukannya selemah yang kau sangka
Aku tak rela diseksa, haa!
Beranikah lagi bersemuka
Rasakan kuasa, tamparan wanita



BAYANGKAN pulak apa reaksi wanita kalau kena tamparan lelaki...??


tampar pipi kiri, pipi kanan pun aku nak tampar jugak...!!! Boleh, sayang...???


agaknya terus berikrar


saya janji tak akan buat lagi


Setiap kali kau marahi diriku ini
Tergugur jantungku tergaman membisu
Setiap kali kau kasariku tak mengerti
Kau berjanji tidak kau ulangi lagi


BAYANGKAN kalau ada orang jadi batu api...macam mana pulak??


jangan percaya pada dia....!!!!
dia suka cakap tak serupa bikin


BAYANGKAN kalau lah dia merayu


tolonglah percaya pada saya..saya janji tak akan buat lagi...


agaknya orang lelaki terus percaya

bak kata orang : lelaki mudah cair dengan pujuk rayu perempuan


baiklah..., saya hormat awak....tangan saya tak jadi nak tampar awak...tapi
saya bagi tabik spring...!!!


perempuan itu agaknya terus berubah wajah....dan terus cakap


ok, la tu....!!! dengan hati yang gembira.
saya tak akan buat lagi tok hari ini,
esok lom tahu lagi...


Aku perlu berdiri tanpamu
Berani berdiri kerana benar



tak baik tampar lelaki
tak baik jugak lelaki tampar wanita

.....iEiD....

Saturday, November 27, 2010

Kahwin Muda




KALAU sudah jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti boleh berlaku.
Begitu juga dengan soal perkahwinan. Pasti agak ‘tidak pelik’ di zaman moden ini bila menyaksikan pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda remaja.

_ _ _ _ _sejarah mungkin akan berulang lagi _ _ _ _

ZAMAN dulu, sekitar 50-an dan 60-an, berkahwin pada usia muda bukan satu keganjilan. Ramai berkahwin muda, malah ada sesetengahnya, terutama anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia masih terlalu mentah…15, 16 tahun...

Banyak alasannya mengapa mereka berkahwin muda.

antaranya

  • desakan ibu bapa

Lambat kahwin, takut anak gadis dikatakan tidak laku. Bimbang juga anak gadis terlalu bebas sehingga melakukan perbuatan yang tidak wajar.

  • peluang pelajaran tidak meluas bagi anak gadis di zaman dulu

Buat apa belajar tinggi-tinggi, itu pendapat orang tua dulu-dulu..ke ceruk dapur juga akhirnya dan ada juga yang mengatakan kerana `orang dulu’ cepat matang. Pendek kata, kalau anak gadis tu, sudah pandai masak, pandai jaga adik-adik – senang cerita, pandai menguruskan rumah tangga, ah..dah sampailah masanya.

Kahwin muda

bermaksud berkahwin pada usia yang muda.

Berapa lingkungan umur yang kita boleh katakan sebagai muda?

Iyalah, takkan 50 tahun pun kita masih katakan muda melainkan berkahwin dengan isteri muda. Itupun isteri dia yang muda, dia tetap jugak dah berumur. Namun, ada yang berkata, “ape ade pada umur?”. Muda itu subjektif. Kalau dah diri rasa muda walaupun kulit dah berkedut sejuta, muda tetap muda sebab ianya lahir dari dalam diri yang sentiasa terasa muda. Betul ke.....?

kalau perempuan dapat jodoh lebih muda setahun dari dia, macam mana pulak ek..??
hihi mungkin agak sensitif tok dibicarakan...(terasa nih)


Apa kebaikan kahwin muda..???

membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW
Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti


Elak mendekati zina
ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?

Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial
yela, sape nak marah kalau kite ‘berkepit-mepit’ ngn isteri sendiri, suke hati kami la..lalalalala

Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima
iyela, dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer..

Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’
tak perlu lagi risau awek akan dikebas orang..hikss

Apa pulak keburukan kahwin muda?

Rumahtangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan
lagi teruk kalau kes kahwin "terpakse" adoi...

Rasa diri masih bujang
ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..


kesimpulan
tak salah berumahtangga diawal usia
jika ongkos da penuh dipoket
jika ilmu zahir dan batin penuh didada

usah berlengah lagi..ayuh pergi kursus kahwin dulu yerk..
baru boleh booking Tok Kadi
...!!!!!

bagi mereka yang belum bertemu jodoh
jom amalkan doa ini


Ya...Allah..jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

.....iEiD....

Pergi takkan kembali


bila nanti aku pergi jangan panggil aku lagi
bila nanti aku pergi tak akan ada cerita kita lagi

setiap insan pasti merasa
saat perpisahan yang terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa


sekujur badan berselimut putih rebah bersemadi sendiri

selamat tinggal pada semua berpisah kita selamanya

pergi tak akan kembali
tataplah buat terakhir kali

masa pergi tak akan kembali
bila terlepas amat dikesali


mengharap kasih anak dan isteri apa mungkin pahala yang dikirim


YA ALLAH SUDAHKANLAH HIDUP KAMI DENGAN HUSNUL KHATIMAH, KAMI MOHON KEREDHAANMU, TERIMALAH AMAL IBADAT KAMI. HANYA PADAMU KAMI MOHON. AMIN

perginya tak kembali
patah yang tak pernah tumbuh
hilangya berganti tapi tak serupa yang asali

tanggal 26 November 2010 bersamaan 19 Zulhijjah 1431H
telah perginya En Khamis bin Mohamad
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dalam golongan orang-orang yang beriman



rebutlah peluang sebelum mati
sementara hidup kita berbudi

berpandukan Al-Quran iman sejati

dunia akhirat bahagia pasti

.....iEiD....

Thursday, November 25, 2010

Perlukah Kita Kecewa...???



KECEWA

setiap orang berpeluang merasai kebahagian..bahagia apabila dicintai oleh seseorang dan bahagia bersama orang yang mencintai kita

bagaimana pulak dengan orang yang tengah merasai kekecewaan???
adakah mereka kecewa dengan orang yang mencintainya??

tidak semestinya....!!!!!

banyak faktor kita merasai KEKECEWAAN

antaranya

kecewa dalam hidup

kecewa tak dapat jawap time exam

kecewa tak lulus test JPJ

kecewa bangun lewat nak pergi sekolah/kerja

kecewa terlepas bas nak pergi sekolah,
kecewa ke? mungkin tak..coz ada alasan dengan mak tak payah pergi sekolah coz terlepas bas...



gaya orang yang tengah kecewa tak dapat jawap time exam...


kalau menangis keluar air mata darah sekalipun tak dapat nak mengubati kekecewaan yang dialami

langkah yang terbaik
  • latih minda melupakan kenangan pahit
tekad untuk melupakan segala kekecewaan dan bulatkan azam untuk meneruskan kehidupan demi masa depan
  • buang sikap risau
ada 2 kesan daripada sikap risau
1 menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa korang minta
2 kesihatan akan terjejas dari segi mental dan fizikal
  • belajar rajin bersyukur
ucap syukur pada Allah atas segala yang telah dipinjamkan kepada kita diatas muka bumi ini..dimulakan dengan BISMILLAH, diakhiri dengan ALHAMDULILAH
  • belajar menjadi pemaaf
sikap pemaaf dapat membersihkan hati dan perasaan negatif serta emosi-emosi negatif (takot, sedih, kecewa)
  • ketawa, ketawa dan terus ketawa
ketawa bukanlah dibuat-buat, tetapi biar ketawa yang benar-benar membuatkan anda girang, menonton filem jenaka macam ADNAN SEMPIT...
  • ubah fikiran
kita tak boleh mengubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung, tapi kita boleh mengubah fikiran kita agar mempositifkan sesuatu perkara yang telah berlaku terhadap kita
  • hati mesti "keras"
maksud kekerasan hati adalah kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati yang terbuka.



izinkan daku bertanya kenapa kau perlu kecewa
dalam dunia luas terbuka pasti masih ada cinta yang membawa bahagia

.....iEiD....

Kemaafan yang dipinta




i'm sorry..saya janji tak akan buat lagi...
aku mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki....
ko maafkan aku tak??



ayat-ayat kat atas sering kita dengar kalau ada org buat salah kat kita...

tapi senang tak kita nak maafkan org lagi-lagi org yang pernah kita sanjung, hormat kat dia selama ini??

pernah tak korang alami saat penderitaan punca daripada org lain yang sanggup memburuk-burukkan nama korang kat depan kawan-kawan korang?

sebagai contoh
bercinta bukan main lama..pastu bertunang..da nak kawin last-last bagitahu
"saya rasa kita tak boleh teruskan..
awak terlalu baik untuk saya.."

rupa-rupanya ada yang lain dalam diam

sanggup tak korang memaafkan orang yang pernah buat taik kat korang?

selalunya forgive but cannot forget

macam lukalah, senang sembuh tapi parutnya sampai bila-bila pun ada


dalam ISLAM...mengharuskan mereka untuk memaafkan orang yang pernah melakukan kesilapan kepada kita...

nampak kan hukumnya HARUS, tak wajib..!!!



menurut kajian
manusia yang sukar memaafkan kesilapan orang lain adalah mereka yang mempunyai sikap ego yang agak sukar untuk ditundukkan dan pada masa yang sama di dalam diam mereka sebenarnya seorang yang perasan yang konon-kononnya diri mereka adalah seorang yang PERFECT...

ada orang berpendapat
mereka yang susah nak maafkan orang lain adalah mereka yang kurang iman dan hanya mementingkan diri sendiri..

apa taknyer..besar sangat ker martabat korang kat atas muka bumi ini sampai tak nak maafkan orang...apa korang tak pernah buat silap ker....??

apa salahnya kalau kesilapan itu kita maafkan..tidakkah kite terfikir yang kita sebenarnya menyeksa batin orang?? (sekiranya orang yang buat salah kat kita itu dah ada dalam kubur) hanya kerana kita tidak maafkan dia...


aiseyyyman...korang fikir dia itu jahat sebab buat silap kat korang...tapi hakikatnya korang lagi jahat sebab seksa batin orang.....

da la tu.....lepaskan la dia...jangan ikat-ikat kesalahan dia lagi..apa salahnya kalau korang maafkan saja kesalahan orang yang buat silap kat korang tu..lepas pada itu kalau korang tak nak kawan dengan dia lagi lantak korang la...!!!


dendam usah disimpan
maaf tak semestinya diucapkan
larilah dari kejahatan
dekatkan diri dari kebaikan


.....iEiD....


Wednesday, November 24, 2010

Romantiknya Aiskrim



terpegunku melihat kamu bergetar hatiku memandangmu dan terus datang mencuba adakah khayalku menjadi nyata
w



Dalam iklan suruh tunjukkan cinta kamu dengan orang yang kamu sayang dengan cara memberi aiskrim CORNETTO

tapi cinta aku dan dia lain cikit
kami menunjukkan cinta dengan aiskrim jugak
bukan aiskrim CORNETTO
_ _ _ _ _ tapi _ _ _ _

CHOCOTOP

4 Nov 10
_ _ _ _ _ bagi CHOCOTOP kepada _ _ _ _

kami makan sama-sama

mungkin inikah yang dinamakan cinta hati gembira rasa bila kau kata cinta
siang yang suram kini menjadi ceria hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

rasa bahagia bila kau menerimaku indah semuanya hilang semua resahku
kita berdua kini menjalin cinta inilah cinta kita akhirnya kini menjadi bahagia


HIDUP UMPAMA AISKRIM NIKMATINYA SEBELUM CAIR
.....iEiD....

Tuesday, November 23, 2010

chrysanthemum



Teh bunga adalah berasaskan tisane Huang Shan (Yellow Mountain) berasal dari Bunga bunga dari spesies morifolium Krisan atau indicum Krisan, yang paling popular di Asia Timur
pertama kali di jumpai di Negeri Anhui

Bunga Krisantimum atau Ju Hua dikelaskan sebagai tajam, herba sejuk yang baik di katakan mempunyai vitamin A, B1



Untuk menyediakan teh, Bunga Krisantimum yang kering yang direndam dalam air panas (biasanya 90-95 darjah Celcius selepas pendinginan dari mendidih)




Aku mula meminati air teh Krisantimum ini adalah pada 4 Nov 2010, berikut adalah sebab kenapa aku meminati air teh Krisantimum

Teh Krisantimum dikatakan boleh merawat influenza, jerawat dan sebagai "pendingin" herba Menurut perubatan China tradisional teh Krisantimum boleh membantu mencegah sakit tekak dan mengurangkan demam, membersihkan hati dan mata

Di barat, teh Krisantimum diminum dan digunakan sebagai kompres untuk mengubati gangguan peredaran darah seperti varises dan aterosklerosis

Aku amat tertarik dengan khasiat teh Krisantimum ini yang boleh membersihkan
hati
dan mata


....Kerana.....

Hati aku sentiasa rasa resah..."owh resah hati gelisah..ku takut tak diterima..."
Mata aku pulak rabun..." hati kalau terlalu bersih pandanganya akan menembusi hijab.."

....terima kasih sayangku kerana menghadiahkan bunga Krisantimum kepadaku.....

4 nov 10

4 nov10

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki

hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
utamakanlah pandangan Allah
daripada pandangan manusia


....iEiD.....

Saturday, November 20, 2010

Malam dan sianG

pernah tak dengar.............???

katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
menanti esok tiba untuk berjumpa
katakan kenapa kau buat
siangku asyik mengelamun kepingan untuk bersama denganmu katakan kanapa?

kalau orang yang dilamun cinta mesti menyatakan

tak mungkin lagi tidurku diulik mimpi derita
siangku terbayang, malamku merindu

hanyalah engkau sayan
g bertakhta dihatiku

kalau orang yang sedang mengelamun..akan cakap macam ini

andai kau datang malam ini tuk menemaniku disini
berkongsi cerita datanglah segera
buatku gembira
kita akan ketawa bersama hingga pagi tiba....

kalau orang yang sedang menanti cintanya

pagi siang malam waktupun terus berlalu
rindunya hatiku harapkan kehadiranmu untuk temaniku
yang sedang menunggumu



kalau orang yang tengah bahagia sangat-sangat akan menyatakan

pagi siang malam hadir temani hariku
senangnya hatiku bila bisa bersama
denganmu selalu disetiap waktuku


kegembiraan akan dirasai apabila
dia berkata


aku tahu siang ini tiada bintang
aku tahu siang ini tiada pelangi
tapi aku tahu siang ini ada gadis manis
yang tersenyum baca sms dari aku




_ _ _ _ khas buatMu _ _ _ _ _

malam siangku, ku harapkan perhatianmu
malam siangku, ku harapkan kasih sayangmu

malam siangku, ku harapkan kita sentiasa bersama

untu
k mengubati kerinduaanku padamu


.........iEiD

Suratan atau kebetulaN



Nombor di atas bukan sebarang nombor tau...
Nombor di atas merupakan nombor paling aku minat..my peberet lebih kurang...
banyak faktor nape aku minat giler dgn nombor

antaranya
  • tarikh lahir aku...5 hb 4
.......sampai berangan ni nk beli kete pakai no flat 54......


dalam budaya cina, nombor-nombor tertentu dipercayai membawa tuah atau malang, bergantung pada bahasa cina yang serupa bunyinya dengan nama nombor itu.


menurut budaya cina


membawa maksud
diri, saya, tiada


membawa maksud
kematian
tetapi 4 dianggap bertuah dikawasan tertentu di kawasan China



nak dikaitkan dgn tajuk kali ini....
Suratan atau KebetulaN

nama panggilan aku dan dia dalam keluarga,
kalau dihitung memang sama dengan nombor peberet aku tw....

tak tahu la ini suratan ke atau kebetulan
dia _ _ _ _ _ 5
aku _ _ _ _ 4


apa-apa pun aku selesa dia panggil aku sama macam family aku panggil nama aku
~~chewah~~~


cinta bukanlah matematik yang boleh dihitung
cinta bukanlah ekonomi yang kadang-kadang untung rugi
tanpa cinta kita tak akan menjadi seperti ini


...........iEiD








Thursday, November 18, 2010

Cuti-cuti Cinta



  • Semua orang berpeluang untuk pergi bercuti
  • Semua orang berpeluang untuk bercinta
  • Semua orang berhak pergi bercuti
  • Semua orang berhak untuk dicintai
Apa itu cuti-cuti? Apa itu Cinta?

CUTI-CUTI
Satu proses yang meliputi gabungan semua bentuk fenomena dan hubungannya yang bermula daripada seseorang pelancong meninggalkan kediamanya sehinggalah kembali semula ke kediamanya.

CINTA
Cinta membuatkan kita merasa bahagia dan selesa bila bersamanya dan kita boleh menjadi diri kita sendiri, tak perlu make up,tidak perlu pakaian mewah semasa deng
annya dan dia sentiasa merasakan kita adalah satu satunya insan yang dia sayangi.

Kaitan antara CUTI-CUTI & CINTA

CUTI-CUTI
pergerakan dalam satu bulatan atau pusingan

CINTA
pengorbanan, kesetiaan, persefahaman,kepercayaan, kejujuran

Huraian
Bak kata artis, dunia seni ini kecil je...lari mana-mana pon still akan jumpa jugak
Betol jugak tu..coz bumi ini berbentuk sfera..bak kata orang hidup ini bagaikan roda
jap kite kat atas..jap kite kat bawah...

Cuti-cuti pon membawa maksud satu pergerakan dalam satu bulatan...kemana mereka pergi sekalipun, mereka akan pulang kembali kepada kehidupan normalnya...
mana yang kerja, pergi kerja..mana yang masih sekolah..pergi sekolah

Jika dimasukkan dengan CINTA maka CUTI-CUTI itu akan berpusing dengan lebih baik
Buktinya dalam cinta adanya KORBAN,SETIA,PERCAYA, JUJUR

Korban = sanggup berkorban apa sahaja demi pasangan agar bahagia bersama
Setia = setia pada yang satu
"tiada yang lain selain dirimu kekal tinggi dihatiku"
Percaya = jangan cemburu buta
"Oh Adinda... tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta"
Jujur = jangan disimpan segala rahsia yang dianggap sesuai dikongsikan bersama

Jika ke 4-empat ini diadunkan bersama akan membawa kebahagian dan dapat melakukan pusingan yang baik dan bergerak dengan lancar bagaikan mengguna minyak pelincir petronas


Kesimpulan


Cinta itu anugerah yang telah diberi olehNya...
Cuti-Cuti itu peluang yang telah diberi olehNya...

Maka segalanya yang telah dikurniakan olehNya kite perlu lakukan yang terbaik sebagai
tanda kita bersyukur atas kurniaanya

inilahcintakuinilahsayangkuinilahcinta

...............iEiD