Thursday, April 28, 2011

KLCC dgn sawah padi boleh bersatu..???

selagi belum hari jumaat selagi itu hati aku tak rase hepi...fikiran melayang fikir bende lain...
korang nak tahu apa yang aku fikirkan...????

aku fikir bila nak abis exam ni...???

so aku amek tindakan tak nak fikir bende tu lagi......aku tengok la cite cun, aku dapat dari member aku...hihihi perrhh.... syok jugak tgk citer cun ni....berbaloi la tak tgk kat wayang...hihihi.....
bukan aku nak perli...tapi kalau tgk kat wayang citer cun ini dgn org tersayang baru syok beb.....,
itu yang aku maksudkan....kalau tgk dgn member cam tak feel sangat....hahahahaha

dan bukan bermakna aku tgk citer cun ni dgn orang tersayang.....
aku tengok sorang-sorang je kat lap top....
so sambil tgk...sambil online....aku sempat jugak update status pasal citer cun ni kat facebook....da terlintas dlm fikiran.....aku update je la.....tak kene report poliskan...??? hahahaha

aku citer cikit pasal cite cun ni....cerita cun ni banyak pasal kasih sayang...sayang dgn famili...sayang dgn buah hati......da cukup setakat itu saje...hihihi
kalau nak tahu best ke tak best citer cun ni...korang kene tgk.....dgn syarat..korang kene feel baek punyer.....


ayat paling best dalam cerita cun

"siapa kata KLCC dan sawah padi tak boleh bersatu"








Wednesday, April 27, 2011

setiap saat pasti akan berlaku perubahan

semua orang tahu...29 hb 2011 jatuhnya hari jumaat
rasa tak sabar nak tunggu hari tu

sebabnye......hari tu aku da abis exam...
yahoo...!!!!!!!

betapa diri ini begitu seronok
mesti masa tu aku da sibuk-sibuk nak balik umah
mesti saat itu air mata keluar..yela...sedih kot nak berpisah dgn member-member...
4 bulan tu tak jumpa....cuti panjang katekan....

mesti kat rumah aku akan rindu saat buat esaimen...saat bangun lambat...coz bersengkak mata nak siapkan esaimen.....saat tunggu bas..nak pergi kelas....saat tunggu train nak jalan-jalan ke KL....ish mesti sedih nanti...

kalau da last year lagi la perasaan akan bercampur aduk...
rase hepi ade.....rase sedih pon ade...
kita tunggu saat itu tahun hadapan
apa yang akan terjadi......

apa-apa pon hidup mesti diteruskan...
setiap saat pasti akan berlaku perubahan




Sunday, April 24, 2011

Karnival Jom ke Felda





Bertempat di dataran Felda Air Tawar 5 berlangsungnya Karnival Jom ke Felda anjuran PUGFM bersama Astro. Karnival ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 22 April 2011 hingga 24 April 2011. Banyak aktiviti yang telah diadakan bertujuan untuk menaikkan semangat kerjasama dan mengeratkan lagi siraturrahim sesama islam. Pelbagai acara telah di susun oleh pihak PUGFM. Pada pagi sabtu telah berlangsungnya pertandingan mewarna pelbagai peringkat umur kanak-kanak. Pelajar dari sekolah Tadika Kemas turut menghantar pelajar-pelajarnya ke pertandingan tersebut. Manakala pada sabtu petang berlangsungnya sukaneka yang disertai oleh pelbagai peringkat umur dari umur kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa. Pertandingan yang diadakan seperti rebut kerusi, tiup belon, isi air ke dalam botol dan bawa bola pingpong telah memeriahkan lagi suasana pada petang tersebut. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan siraturrahim dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan kanak-kanak mahupun dalam kalangan orang dewasa. Berikut disertakan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa pertandingan diadakan.






Tuesday, April 19, 2011

fenomena di masjid

aku bukan nak cakap aku rajin pergi ke masjid
aku bukan jugak nak kutuk aku malas ke masjid
tapi aku nak cerita ini.....
semalam sambil aku menghafal point-point untuk exam aku tu..
mata mesti la pandang ruang hijau di sekitar masjid tu...
sebab apa aku ada kat masjid....??? hihihi saje nak dapat keberkatan, biar dapat jawap dengan cemerlang....

ok...aku sambung cerita..
sambil-sambil aku pandang orang lalu...aku nampak sorang lelaki ini....tibe-tibe hati aku berdebar....dalam hati aku cakap....

"ish dia ker tu....?"

aku tengok gaya dia....mmg sebijik dia tau..bentuk tubuh badan dia....,gaya dia berjalan....
ish, hati makin berdebar, memang sejibik.......dia nak menghala pergi amek wuduk time tu...so aku tunggu sampai dia selesai solat...aku nak pastikan dengan betul...adakah itu dia....hari tu aku mmg tahu dia ada paper...., aku bayangkan da masa tu...dapat borak dgn dia....korang bayangkan la....masa tu aku sambil hafal....sambil berangan....mananya dapat masuk......ish...bapak rindu nak borak dgn dia.....hanya tuhan saja yang tahu.....

last-last..aku tengok itu bukan dia.....gaya pakaian dia amek exam bukan macam tu...dia simple punyer orang....orang yang aku nampak tu siap berkemeja pulak...

hmm tak tahu la nasib badan.....aku redha dengan ketentuan Nya
andai tiada jodoh kita bersama

Friday, April 15, 2011

mimpi 2 hari berturut-turut

sebelum aku sambung study ini, aku nak post sesuatu. aku tak tahu nak kongsi kekeliruan ini kat siapa lagi...aku nak tanya kat korang ini, betul ker kalau kita mimpi seseorang itu, orang itu rindu kat kita?

hmm masuk hari ini, aku da mimpi dia 2 hari berturut-turut....uhuh kami kurang contact sekarang ini, coz kami sibuk dengan exam...nak berjumpa lagi la haram.....hmm tapi lepas paper 1st aku haritu..aku nampak dia...hihihi dia tegur aku...uhuh betapa gumbira sanubari aku ni....tapi rasa da lama tak contatct..rasa janggal nak berborak...aku mampu tersenyum saja kat dia...lepas tu..... aduh..!!! teramat menyesal tak borak dgn dia...uhuhu.......aku hanya mampu doakan dia cemerlang dalam exam kali ini...dapat tebus kekecewaan dia sem lepas.....
good luck iE.

...hilang dimata dihati jangan....

......iEiD....

Thursday, April 14, 2011

pesen bila bulan exam

.....teknik jangan meniru....

seperti yang diura-urakan, UKM sekarang dilanda demam peperiksaan, genap 3 minggu peperikasaan diadakan, dari 11/4 sehingga 29/4, semester ini aku amek 5 paper...setakat ini alhamdulilah aku berjaya menempuh 2 paper, soal betul atau tak aku jawap itu tak penting, yang penting aku dapat jawap, itu pun dengan berkat doa ibu bapa, famili, kawan-kawan dan juga pertolongan dari anem, mira dan kak dayah study sama-sama.....thanks u all~~~

entry aku kali ini, aku nak dedahkan cara atau teknik orang semasa menempuh peperiksaan ini,

bak kata orang, lain orang lain caranya,

1. tadi semasa aku menaiki bas nak balik ke kolej kediaman, masa tu waktu petang...aku ada nampak 2 orang perempuan tengah pegang nota sambil jogging, earpon lekat kat telinga...wow macam 3 in 1 je...sambil joging, sambil baca nota da tu dengar lagu...tapi kene fikir positif..mungkin dia bukan dengar lagu, tp dengar lecturer dia bercakap melaui tape rekoder..mana tahukan?? orang sekarang suka benda-benda yang lama....

2. hafal nota macam nak pecah bangunan yang aku duduk dengan selesa tanpa gangguan bekalan air dan wifi (sebenarnya berlaku disebaliknya)....kuat sangat suaranya...bukan tu je...penuh dengan aksi yang bergaya nak hafal punyer pasal.....da lepas setel jawap exam..memang kompom taubat tak nak ingat balik apa yang da dihafal tu..coz dah dimuntahkan time kat dewan exam tadi......taubat tak nak dengar lagi suaranya....

3.ada orang suka study sorang-sorang...dulu bukan main elok dok bersuka ria bersama..last-last nak hujung sem...putus kawan..bermusuh....alasan nak fokus pada study..

apa-apa pon...lain orang lain caranya...jangan sampai melayu sendiri jatuhkan orang melayu..sampai bila melayu nak maju kalau ada hasad dengki mahu jatuhkan kaum sendiri....????

.....iEiD....


Tuesday, April 12, 2011

kunci kira-kira dalam tempoh sebulan ini


Ya ALLAH...rezekikanlah aku dgn kecemerlangan dan harta, sesungguhnya tiada sempurna kecemerlangan kecuali dgn harta dan tiada sempurna harta kecuali dgn memelihara kecemerlangan.

lepas da ditolak, ditambah dgn komponen-komponen yg penting dan yg kurang penting

pid merumuskan bahawa

aktiviti pid untuk bulan april ini

adalah

pada

11/4
exam


13/4
exam


18/4
exam


20/4
exam


29/4
exam
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

dan

bermula
pada

30/4
bercuti....!!!!


tak sabar nak cuti panjang......
.....iEiD....

Wednesday, April 6, 2011

tips hadapi exam...


ok....entry kedua untuk bulan peberet aku
iaitu bulan april
kali ini aku nak labelkan entry ni sebagai entry akademik

untuk pengetahuan korang, bulan ini aku exam...
lepas exam..aku pergi bercuti dengan famili....
insyallah.....

berbalik pada motif utama
tajuk pon korang da bacekan?
so aku nak kongsi dgn korang tentang tips hadapi exam...
untuk rujukan aku dan untuk tatapan ramai...
kalau nak ikot, atau tidak terserah kepada kalian...

aku ada 3 tips je untuk menghadapi peperiksaan
senang dan mudah bagi aku...
aku da lama amalkan....
dan alhamdulilah....aku tenang dan mudah menjawab semasa di dalam dewan peperiksaan
result tak penting..yg penting aku tenang menghadapi peperiksaan

pertama sekali korang jangan panik

kedua pula...korang jangan panik

dan ketiga...korang jangan panik

dengar macam sama je kan dari tips pertama hingga ketiga
tips ini kene dilakukan dari satu tahap ketahap yang lain
korang belum paham lagikan pe yang aku nak sampaikan?
ok aku huraikan dgn sepanjang depe je

aku yang panik nak exam sebenarnya...
uhuhu banyak lagi tak baca ini...
isnin ini da stat exam
apa yang boleh aku bagitahu

sebaik saja langkah masuk ke dewan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa sebanyak 50% apa yang sudah kita dipelajari selama ini.
tanamkan kenyakinan dalam diri anda..anda boleh menjawabnya
korang-korang....aku harapkan korang boleh
wish gud luck untuk aku
terima kasih semua ^_^


kejayaan bukan satu destinasi
ia adalah satu perjalanan, semakin jauh anda berjalan,
semakin bagus anda akan jadi, ianya tiada penghujung.
.....iEiD....







Tuesday, April 5, 2011

hepi besday to me

entry pertama untuk bulan baru
da masuk bulan ke 4 bagi tahun 2011
kejap je masa berlalu
bulan april, bulan paling aku nantikan....
sebab ape? sbb bulan aku dilahirkan
hihihi
terima kasih pada mereka yang mengwishkan hepi besday tok aku
terharu bangat deh~~
terutama sekali pada sidia....tq syg....
_____________________________________________________

bagi mereka yang tak tahu, tahun ini aku da berumur 22 tahun
hahaha ingat lagi masa umur aku 12 tahun,masa tu darjah 6...
" ish tak sabar la nak abis sekolah, tak sabar nak kawen,
apa agaknya aku jadi lepas 10 tahun akan dtg..."

dan alhamdulilah aku kini berada di menara gading, sambung belajar kat UKM
syukur pada ALLAH...

dan kini aku tgh fikir apa aku akan jadi lepas 10 tahun akan dtg....

1. mestilah masa tu aku da berumur 32 tahun....wah tuanya...
2.mesti aku da bahagia bersama dgn si dia.....hihi harap² la kan...
3.mesti masa tu aku da ade 4 org anak...hahaha tak cukup lagi tu...wah tamaknya...
4.mesti masa tu muke aku masih tegang lagi...tak nak la kerepot awal sangat...hihihi


setiap yang diangankan..insyallah menjadi kenyataan
semoga umur yang meningkat menjadi aku semakin matang dalam buat sebarang tindakan

________________________________________________________

korang..korang...aku nak tunjukkan video kamal adli dgn tasha menyanyikan lagu hepi besday tok aku, adik aku punyer keje sebenarnya...dia chat dgn dorang kat gua dot com...
selamat menonton....!!!!
.....iEiD....