Monday, July 11, 2011

bakar PULAMAR terjun Polis Marin

Pengalaman yang aku yakin tidak semua boleh merasainya. wah saja je mengunakan tatabahasa yang agak berlagak..hihihi bergurau je. Aku nak kongsi kegembiraan aku bersama dengan kawan-kawan aku menjalani latihan di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Marin a.k.a PULAMAR kat Tampoi Johor Bahru. Untuk pengetahuan umum, masa dalam latihan itu, aku tak amek gambo pon...just interframe je kat camera kawan-kawan aku....

Banyak yang kami perolehi semasa kami jalani latihan tersebut...eh silap...latihan kami ini lebih kepada lawatan sambil belajar....so, tak semua yang kami dapat belajar....sikit-sikit pon kami rasa bersyukur....
.
Antara latihan yang kami belajar macam latihan kebakaran...hanya beberapa orang sahaja yang berpeluang untuk memakai baju macam kat atas ini...setelah itu, kami dibawa masuk ke dalam rumah asap yang dipenuhi dengan asap....rumah itu seolah-olah sebuah kapal dagang....ibarat macam kapal yang mengalami kebakaran....


latihan seterusnya....terjun....!!!! pengalaman ini paling aku suka...pada mulanya takot..tapi aku kuatkan juga semangat...baca apa yang patot...dan akhirnya aku berjaya juga terjun macam dalam gambar ini.....agak-agak korang tinggi tak...????


lepas selesai terjun sorang demi sorang..kami di kumpulkan untuk membuat satu bulatan...kerjasama amat diperlukan dalam latihan ini,


seterusnya, kami berenang bersama-sama....macam bersiar-siar di lautan yang agak luas.....hihihi..memang seronok aktiviti ini....arahan yang dilakukan oleh ketua amat diperlukan...kalau silap memang akan tersasar hala yang ingin dituju......


Lepas kami puas bersiar-siar, kami naik ke dalam boat macam kat atas ini...uhuh aku tak pasti dipanggil boat atau tak...aku tak tahu...hihihi benda alah itu mampu memuatkan seramai 8 orang....benda alah ini kalau nak jumpa kat dalam kapal....kalau ada kecemasan, memang boat ini yang akan digunakan macam tempat berteduh sebelum bantuan sampai....

selama 4 hari kami menjalani latihan di PULAMAR memang banyak benda yang menarik kami dapat....lepas kami setel menjalani latihan disana kami juga berpeluang untuk menyaksikan Majlis Pertauliahan Inspektor Suksis 2011....di UTM Skudai Johor. Sangat berbangga aku melihat senior aku da berjaya menjadi Inspektor...dan Insyallah aku pula akan ditauliahkan pada tahun depan...tahun ini kat Johor...tahun depan kat Sarawak....yahoooo...dapat juga naik flight....!!! hihihihi

2 comments:

  1. mcm biase je kem ni....huh!!!

    ReplyDelete
  2. mengeluh nampak..?? hihihi not bad la aktivitinya...nama pon melawat sambil belajar...

    ReplyDelete