Showing posts with label buang masa. Show all posts
Showing posts with label buang masa. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Kalau Ada Rezeki Tak Kemana


Pejam celik, pejam celik rupenya aku da habis belajar, 
3 tahun aku jadi mahasiswa,
 tidak dinafikan banyak kenangan manis juga pahit sepanjang aku hidup di dunia kampus...

 Sebenarnya.........
aku tak sangka aku ade rezeki untuk menjadi seorang mahasiswa...Syukur alhamdulilah lah....
sebab kenapa aku cakap mcm tuh?
masa aku masih sekolah menengah aku tak tahu pun hala tuju aku lepas habis tingkatan 5
yang aku tahu, datang sekolah tiap-tiap hari, jumpa kawan-kawan, borak-borak, 
balik dari sekolah, aku buat jugak kerja sekolah, mane yang aku tahu je, kerja sekolah yang tak tahu nak buat, aku tinggalkan...esok pagi kelam kabut tiru kawan.

lepas dapat keputusan SPM, mmg sangat mengecewakan lah...terutama mak abah...adik beradik aku jgk la...UHUH, mase tu aku sangat takot, tak tahu nak buat apa...nak sambung belajar..... semua dapat tawaran dari Kolej, tawaran sambung Sijil, semua tawaran itu aku tak pandang...sebab aku fikir kalau sambung belajar kt Kolej mmg byk pakai duit, kalau sambung sijil..hmm ntah tak tergerak hati nak sambung Sijil

sampai la dapat tawaran sambung belajar Tingkatan 6, mmg aku janji dengan mak, Adah akan belajar sungguh-sungguh sampai dapat masuk U, dan akhirnya berkat doa mak abah, adik beradik, aku berjaya masuk U...Syukur Alhamdulilah..

.................................................................................................................................
         akan bersambung


Saturday, January 7, 2012

sepanjang tahun 2012

baru masuk seminggu untuk tahun baru...da nak kena rancang betul-betul jadual harian kita..kalau dulu-dulu tak perlu ambil tahu hal ini, ikut je jadual kelas...sekarang ini da lain...maklumlah umur makin meningkat...insyallah tahun ni aku mula menjadi seorang pekerja...setelah 17 tahun begelar pelajar....doakan aku dapat kerja...hihi....insyallah....

berikut adalah jadual kerja aku untuk tahun 2012,
"Ya ALLAH semoga apa yang dirancang mudah dilaksanakan..amin...."

JANUARI : bulan exam + cuti semester + siapkan 3 bab TESIS
FEBRUARI : camping + naik semester + fokus belajar + TESIS
MAC : fokus belajar + TESIS
APRIL : 5 hari masuk bulan April besday aku...hahaha...take note nyer....
MEI : bulan terdesak...18 MEI 2012 kene hantar draf TESIS
JUN : bulan exam + VIVA (viva ni bukan nama kereta tuh...ni untuk pembentangan hasil penyelidikan aku (TESIS) kalau tak siap tak boleh grade....
"Ya ALLAH semoga hambamu ini dapat menyiapkan TESIS dengan cemerlang...amin....."
JULAI : bulan yang ditunggu-tunggu (tamat latihan sebagai SUKSIS) saya tauliah insyallah kat Sarawak....+ praktikal
OGOS : praktikal
SEPTEMBER : KONVO...!!!!!!

yang pahit akan jadi manis, yang cuka akan jadi gula
jika rajin melebihi malas......

Thursday, January 5, 2012

Krisis AIR..perlu ambil tindakan

Krisis air semakin menjadi-jadi bukan sahaja di Kolej kediaman aku..iaitu Kolej Keris Mas, malah diseluruh kolej kediaman di kampus induk UKM iaitu bangi. Semua penghuni kolej ini menunjukkan belangnya yang selami ini tidak pernah mereka tunjukkan. Antaranya 

1. MANDI KAMBING, maklumlah...sorang mampu angkat sebaldi je...sebaldi tu la sumber nak mandi...nak taknak mandi kambing je la...yang penting rambut basah..dapat yakinkan org kalau selisih..mesti org tu cakap.."owh da mandi budak ni.."

2.PENTINGKAN DIRI, susah payah beratur nak dapatkan sebaldi air...senang-senang nak ambil air aku....ini kes darurat..ko nak air..pegi cari sendiri...

3. JADI PEREMBAT , "baldi aku kecil je...tak boleh jadi nih..rempat baldi orang la jawapnya..." sambil rembat baldi orang sambil berkata dgn baldi tuh "pinjam dulunya...nanti saya pulang balik..."


hahaha....akhir kata dari saya..
tak akan lari gunung air dikejar...
sebabnya...
pucuk dicita, ulam mendatang
 air paip dicita, air anggur yang datang...

dari mana air ni datang..????

Monday, January 2, 2012

final exam for semester 5

simple je entry kali ni...sebab nak cepat..hahaha...banyak lagi fakta-fakta penting belum hafal lagi...macam biasa lah aku ni belajar untuk lulus dgn cemerlang dalam exam je...itu pasal menghafal je dari tadi...dok pahe pong....hihi...

entry kali ini khas buat kawan-kawan yang paling rapat di UKM ini...saya nak wish good luck kat korang....hope korang dapat mengharungi bulan peperiksaan ini dengan cekal dan tabah.... dapat result yang terbaik...lulus dgn cemerlang semua subjek....

nak tahu siapa kawan-kawan aku tuh...???

shahanim..
 org pertama yang aku kenal masa mula-mula sampai kat UKM 2 tahun lalu

amira
 cikgu aku kalau time exam...hihi...terbaik la dia ni...
(lain macam je tgk gmbr ni)
 
saja nak letak gambar ni....hihihi...
padahal de sorang lagi...kak dayah nama dia..cume takde gmbr dgn dia tahun ni...

DAN.....!!!!!!
kepada kawan-kawan suksis ku....

 the first...romate aku..hanisah, anis, ira, kak tika dan jie
gud luck korang....

tak lupa juga pada cosmate pid...all the best korang aku sayang korang....
hidup SAINS PEMBANGUNAN ingat janji kita...!!!!!!!

Saturday, June 18, 2011

Manisnya Kurma Ini VS Semanis Kurma

habis madu sepah tak habis-habis....!!!! paling berkesan lawak sepah malam tadi...hampir nak putus urat pankreas aku ketawe coz tengok gelagat sepah lagi-lagi Jeff....haaaaaaaa tanjat boboy...!!!

sebelum aku tido malam tadi aku online kejap...pastu aku bukak facebook, pegi kat page Guatv Dot Com, tengok-tengok je kat wall tu da de link tok persembahan sepah malam tadi tuh...aku tengok la lagi..terus dapat idea nak buat sesuatu....last-last aku berjaya hasilkan....

inilah hasilnya....


lepas tu aku post kat facebook......niat nak terus post kat blog...tapi da lewat sangat...tak larat nak susun ayat.....tapi aku terharu hasil kerja aku dihargai....
kalau nak baca komen-komen yang aku dapat, rajin-rajin la jengah kat wall facebook aku


kalau tak puas nak tengok gambar-gambar tu ni dia gambarnya.....
sejibik tak..????

ustaz : ling...
ustazah : iyer....????
ustaz : lupa ker nama program kita...???
ustazah : owh program kita....1....2....3...
MANISNYA KURMA INI...


papepon puas hati dengan sambutan orang johor yang begitu supporting malam tadi...semua orang johor memang gempak beb...rugi kalau tak melamar orang johor....hihihihi
untuk pengetahuan umum, Semanis Kurma merupakan program peberet aku
itu saje nak bagitahu...

see ya....!!!!


Tuesday, June 7, 2011

Perubahan Sedikit

selepas 7 hari menjadi sukarelawan, hari ini dalam sejarah baru pertama kali aku tengok perlawanan sukan malaysia, agak kesian bagi aku, selama ini rutin harian aku sama jer...

apa,bila,bagaimana aku dapat saksikan sukan tersebut..???? ini yang nak bagitahu ini

1. sukan apa aku tengok..??
answer : polo air


2.bila aku tengook..?
answer : lepas perot aku kenyang

3.bagaimana aku boleh tengok..?
answer : aku ikot kawan aku pergi tengok....naik kereta SUKMA

seronok aku pergi tengok dorang main polo air, polo air ini macam bola tampar jugak la tapi bezanya cuma dalam air je la...time aku tengok tu, Melaka VS Perak, dan Melaka menang besar time tu, game ini ade 4 period, setiap period ada 8 minit, so tok game ini Perak makin tertekan, coz da tertinggal jauh sangat, mula la dorang main kasar, sampai team Melaka pon main kasar...hihihi aku memang kagum tengok team Melaka main, memang best....

aku jage game mendayung, stat 9 jun sampai 11 jun, so nak tahu best ke tak sukan tuh....nantikan cerita aku selanjutnya....

akhir sekali untuk part ini, aku berjaya mengubah rutin harian aku yang selama ini makan tidur, makan tidur sahaja....

Monday, June 6, 2011

1,2,3,4 dan 5 perkara best hari ini



5 perkara yang best hari ini

1.dapat join perbarisan bagi kontijen Sukarelawan Sukan Malaysia 2011

2.dapat tengok Datuk Lee Chong Wei lebih dekat, semasa beliau berlari 1 stadium untuk upacara larian obor

3.dapat tengok bunga api tadi, dapat jugak beramah mesra dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan

4.dapat bergambar dengan maskot Sukan Malaysia 2011

5.paling gembira dapat keluar dari UKM....hihihihi
perasmian buat kat Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur

tak tahu apakah perkara yang akan aku buat pada keesokan hari...adakah sama dengan rutin harian aku sepanjang menjadi Sukarelawan SUKMA 2011..??
sama-sama tunggu dan lihat

Sunday, June 5, 2011

Rutin Harian bergelar Sukarelawan SUKMA 2011


.5 perkara yang wajib aku laksanakan sepanjang minggu ini.
minggu depan insyallah akan berubah, aku akan pastikan...!!!!

1. bangun pagi, gosok gigi, cuci muka..mandi sekali

2. siap-siap pakai baju free, pakai tag yang dibagi, turun cafe makan free

3.lepas makan free, goyang kaki, agak bosan tengok tv, borak sekali

4.perot kenyang suka hati, balik bilik tidur lagi sekali

5.petang sikit turun cafe makan lagi sekali

agak-agak korang aku sekarang ini tengah seronok ke tak...???

Tuesday, May 24, 2011

Sukarelawan SUKMA 2011


Pada 21 Mei 2011 berlangsungnya Perhimpunan Sukerelawan SUKMA kali ke-14, bertempat di Bukit Jalil. ramai yang telah memohon untuk menjadi sukarelawan, termasuklah aku...hihihi dan akhirnya aku diterima untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawan SUKMA pada kali ini. Ramai juga kawan-kawan aku menyertai sukarelawan ini. Semua gambar-gambar kat bawah ini semuanya ada muka-muka kawan aku. Gambar-gambar ini aku cilok kat Laman Web Rasmi Majlis Sukan Negara Malaysia.


situasi : semasa pendaftaran
nama kawan : miza (budak SUKSIS)


situasi : sukarelawan berbaris
nama kawan : anis pakai tudung putih (budak SUKSIS juga)


situasi : sukarelawan berikrar,
situasi inilah masuk buletin utama
nama kawan : anis dgn gee, gee belakang anis (budak SUKSIS juga)


situasi : sukarelawan bersemangat
nama kawan : Felly, perempuan freehair (budak SUKSIS)


situasi: ada gambar aku, tapi tak berapa terang sangat,
semangat tak aku..??
nama kawan : pakai tudung pink, (Solehah) bukan selendang pink

kalau korang ada beli paper 22 Mei 2011, Berita Harian, di ruangan Sukan ada jugak gambar sukarelawan. tapi muka aku tak nampak, coz aku terlindung dengan budak depan aku tuh, saja je dia nak berdiri, padahal nampak je muka dia tuh...

akhir sekali
sukarelawan.....!!!!!!
1 Hati 1 Jiwa 1 Malaysia

Monday, May 23, 2011

DSLR aku

cuti yang panjang ini, aku tak tahu nak buat apa, ada pulak mood aku nak buat video, video ini aku da upload kat facebook,
tajuk video itu Filem Pendek | Percutian Famili.


......banyak jugak komen dan respon kat situ....

aku rakam setiap pergerakan dengan menggunakan camera DSLR D3100. ini kali pertama aku rakam video menggunakan DSLR..selalunya aku guna handycam...susah juga aku nak edit...coz ini kali pertama katakan.....rasanya aku da lama tak edit video....agaknya itu salah satu sebab aku susah nak edit video...hampir setengah hari juga aku habiskan masa menghasilkan video itu.

nak tahu dari mana aku dapat idea nak hasilkan video tuh..??

pertama
aku suka tengok video yang telah dihasilkan oleh CST Production

kedua
aku suka tengok diari akademi fantasia 9

coz team produksi dari CST dan diari AF9 tuh menggunakan DSLR, tapi lagi canggih lah berbanding dengan DSLR aku tuh....apa-apa pon aku memang teringin sangat nak hasilkan video semacam CST buat tuh...hihihi...

kalau korang nak tengok hasil video aku tuh singgah la ke facebook aku tuh....
kalau ada masa..komenlah video tuh

.....saya budak baru belajar....