Sunday, November 14, 2010

Seribu Bulan + Cahaya Tunggal = ???

Isi Tersirat :

Ajal maut jodoh pertemuan di tangan tuhan,

Allah menjadikan makhluk dimuka bumi ini berpasangan

Sama macam adanya sinonim adanya antonim

Adanya persamaan ada jugak perbezaan

cth yang mudah:
  • adanya lelaki adanya perempuan
  • adanya bulan adanya cahaya
  • adanya seribu adanya tunggal
Isi Tersurat :

Seribu Bulan kalau digandingkan bersama Cahaya Tunggal akan melengkapi antara satu sama lain.

3 May 10 Bermula segalanya pertemuan yang telah ditentukan olehNya...sepanjang 2 minggu bersamanya mempunyai semangat sepasukan memberi kerjasama dan komitmen yang padu menjayakan kursus itu...

15 May 10 Berpisah tanpa memberi sepatah kata kerna hati hanya memendam rasa..tanpa meluahkan kata hati...

16 May 10 Menghantar kenangan yang abadi kepadanya berkongsi segala yang suka kepadanya melalui laman sosial yang popular...

14 Aug 10 Memberi respon mengucapkan terima kasih atas pemberian tersebut. Bermulalah detik persahabatan yang terjalin yang tak pernah dirancang dan dijangka dek akal fikiran....

28 Aug 10 Memberi lagi kenangan abadi bersamanya...semakin hari semakin gembira berkongsi saat suka duka bersamanya......mula dgn pertanya "esok tak nak jalan-jalan? "... memberi respon yang positif dengan menerima lamaran itu....saat itu mula berhubung antara1 sama lain....

29 Aug 10 keluar berjalan-jalan....tidak pernah menjangka warna pilihan adalah sama ketika itu....bagai sudah 10 tahun berkenalan..tidak sunyi sepi berkongsi segala cerita dan pengalaman bersama-sama.....

10 Sept 10 Terjalin satu ikatan yang murni lagi suci....satu perasaan yang semakin menebal dlm hati masing-masing menyakinkan satu sama lain menjalinkan ikatan ini....

10 Oct 10 Merakamkan segalanya yang terbuku didalam hati....mencipta satu kenangan yang paling indah bersamanya....konsep yang diambil ala-ala sama pada waktu itu...

2 Nov 10 Makan bersama-sama ala2 bekpes gitu..konsep yang sama juga diambil....perjumpaan ini diminta untuk meluahkan rasa yang tersirat sakit hatinya kpd ssorg....mendengar segala nasihat dan teguranya....berkongsi sgl yang ada....chewah~~~rase lega selepas bertemunya....

4 Nov 10 Mencipta satu lagi kenangan abadi bersamanya...masing-masing menantikan saat ini...keluar bersama-sama untuk pertama kalinya....konsep yang diambil adalah hitam putih..suasana romantik yang tak pernah dirasai mula diwujudkan...tak pernah menjangka saat itu..berkongsi pengalaman dan penceritaan sambil merakamkan kenangan abadi bersamanya....

12 Nov 10 Sebelum pulang ingin bertemunya...tetapi tak lama...kerna ada urusan yang lain..walaupun seketika namun hati tetap bersyukur dapat bertemunya....
Seribu Bulan dengarlah Cahaya Tunggal ingin berpesan
"hilang dimata dihati jangan"

Semoga hubungan ini dirahmati olehNya...miss u so much...


iEiD.........

Saturday, September 18, 2010

HARI RAYA SEMUA ORANG GEMBIRA

Seminggu sebelom hari raya semua orang sibuk nak balik kampung..niat nak beraye bersama-sama mak abah, adik beradik di kampung.

macam keluarga saya juga....alhamdulilah raya tahun ni meriah sgt2...semua adik beradik dpt berkumpul bersama-sama beraye di kampung..., anak sedare pon semuanya makin membesar...byk telatah mereka yg tak kering gusi tgk gelagat masing2...

selalunya sesi bersalam-salaman memohon ampun dan maaf dilakukan selepas solat sunat aildilfitri....try la tgk kat bwh tu gmbar yg disnap menerusi video yg dirakam oleh saya...


Selepas sesi bermaafan kami sempat merakamkan saat paling bermakna, bergambar 1 family
tinggal 3 org lagi yg belum bekeluarga...ini pon da nmpk ramaikan?? uhuhu alhamdulilah syukur padaNya...

Dikesempatan ini saya admin blog ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua,,,,,,,

Wednesday, September 1, 2010

Merdekakah kamu...????

Tanggal 3 puloh satu, bulan 8 lima puluh 7..merdeka, merdeka...tetaplah merdeka..ia pasti menjadi sejarah......
  • setuju x anda ramai rakyat malaysia tidak tahu apa itu erti kemerdekaan yang sebenar..tanggal 31 ogos mereka tahu menyanyi, sambut merdeka dengan bercuti atau berehat saje di rumah mereka, krn hari itu public holiday....
  • setiap kawasan menyambut hari kemerdekaan ini tanda memperingati pejuang2 yang telah berbakti mempertahankan tanah melayu yang kini dikenali sebagai negara Malaysia. Segala yang terjadi telah diukir terlebih dahulu.. setiap yang berlaku pasti terpahat didalam hati...
p/s: Jangan merdeka hanya pada nama...minda dan mentaliti masih dijajah oleh negara asing.......

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53.....1 malaysia menjana transformasi...,
rakyat malaysia mahukan perubahan ke arah kecemerlangan~~~

Saturday, August 28, 2010

Muzium Bukit Aman


Pada 28 ogos 2010 3 hari sebelum merdeka...skuad 2 dan skuad 3 KoR SUKARELAWAN POLIS UKM (SUKSIS) telah melawat Muzium Polis Bukit Aman. Kami menaiki 3 bas khas dari UKM....banyak info yang telah kami dapat melalui lawatan kami di sana...semangat juang pahlawan-pahlawan kita dapat kami rasai bersama di sana..wah ayat poyo disitu~~~~

jom tengok koleksi gambo yang sempat disnap~~

Fenomena di luar Muzium



Koleksi di dalam Muzium

Basikal yang digunakan oleh Tentera Jepun

Motosikal Polis yang terdapat di Muzium tersebut

Jeep Anggota Polis dulu

Kenangan manis bergambar bersama SKUAD 2 (2010/2011) di depan pintu masuk Muzium Polis Bukit Aman



Monday, August 2, 2010

Kami Prihatin

24 Julai 2010 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM berlangsungnya konsert Kami Prihatin anjuran bersama Utusan Malaysia, Astro dan Karyawan. Ramai artis yang telah menjayakan konsert pada malam itu. Antara barisan artis yang datang membuat persembahan pada malam tersebut adalah Dayang Nurfaizah, Radhi OAG, Mambai, Farhan AF4 dan ramai lagi. Manakala orang yang memainkan peranan sebagai juruacara pada malam tersebut adalah Reza Mohamad dan Adi Fashla. Meraka semakin matang menghandlekan konsert yang berlangsung. Mari saksikan sedutan semasa konsert itu berlangsung

Persembahan yang agak sempoi dari Radhi OAG...hanya menggunakan gitar saja untuk menghiburkan penonton pada malam itu.


Beberapa kelebihan melakukan konsert ini adalah
1. Memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang wujudnya isu buang anak
2.Menambahkan lagi keprihatinan masyarakat tentang isu buang anak
3.Menyedarkan masyarakat tentang isu buang anak ini tidak seharusnya berlaku dalam era globalisasi masa ini.

Terdapat kekurangan semasa konsert ini berlangsung
1.Konsert ini berunsurkan kepada hiburan dan tidak banyak memberi nasihat dan peringatan kepada para penonton tentang isu buang anak.

Akhir kata, melalui hiburan sedikit sebanyak dapat menarik masyarakat untuk sama-sama menjayakan pelbagai program yang dijalankan. Hiburan juga merupakan satu aset untuk mendapatkan sokongan daripada semua lapisan masyarakat dalam apa jua program yang hendak dijalankan.