Friday, February 25, 2011

TBS memang great


tak tahu nak rasa apa semalam
hahahaha
aku memang excited nak balik kampung
selalu balik naik dari seremban,
tapi semalam aku tergerak hati nak naik kat terminal bersepadu selatan *TBS*
TBS terminal baru kat bandar tasek selatan

hahahaha
korang tengok la tiket tu siap ada nama penuh lagi
peh da macam tiket kapal terbang pulak

kat TBS ini sangat-sangat selesa
TBS ini aku tak pasti ada berapa tingkat, tp masuk-masuk je da tingkat 2 kot...
tingkat atas byk jual fast food.......
aku terus ke kaunter, tanya ada tiket balik johor tak?
korang boleh pilih kaunter mana korang suke....coz setiap kaunter tawarkan semua bas yang sama.....cakap je nak pukul berapa....dan boleh pilih nak duduk kat mana, tekan je skrin yang disediakan
korang kene jgk tunjukkan ic....
dia nak pastikan nama penuh korang je...
dia pon ada tanya no.telefon
duit korang pon dia nak jugak.....bukan free je....
hahahahahaha

kat TBS siap ada papan besar kot...uhuhu aku tak tahu pe nama bendaalah tu, ala
yang macam kat airport, waktu tiba, waktu bertolak setiap bas yang memberi perkhidmatan kat TBS..korang dapat agakkan apa tu????

memang da macam kat airport.. kol11.50.tgh hari aku ke balai pelepasan, tiket aku kol 12.05 tgh hari......sebelum nak ke sana kene tempuh polis bantuan dulu, dia cek tiket...
bukan semua org boleh ke balai pelepasan tu...hanya org yang ade tiket je dilepaskan ke balai pelepasan tu

balai pelepasan tu kat tingkat bawah....aku turun je escalator..wow...menakjubkan..sungguh cantik, selesa, luas gile...menarik aku lihat.....kat balai pelepasan tu ade banyak gate..gate aku 13..so aku tunggu kat situ la...bas sampai kol 12tgh hari..betol-betol parking kat gate 13...tiket di cek lagi....lepas siap cek...aku kuar je gate tu terus masuk dalam bas...peh da macam kat air port.....

apa yang beza still kat darat bukan kat udara

.....iEiD....





Wednesday, February 23, 2011

hati busuk punyer orang

ok..aku memang kering, hati pon kering,
kau boleh buat kat aku,
tapi jangan kau buat kat kawan aku sama macam kau buat kat aku,
kau tak kenal dia tu siapa!!!

betul orang cakap
"tak kenal maka tak cinta"
lepas aku kenal ko sedalam-dalamnya baru aku tahu ko ni hati busuk
taik pon tak busuk macam hati ko!!!!
aku sangat-sangat menyesal kenal kau
berok yang gemok pon lagi cun aku tengok berbanding kau perempuan tak sedar diri
konon adeQQQ~~, tak sedar muka da tua...perangai macam budak-budak lagi, suka sangat bohong orang, mengaku je la suare da tak sedap, tak payah tipu kanan, tipu kiri

aku bukan nak sangat kau berbaik pada aku. tapi aku taknak org lain akan rasa apa yang aku rasa sekarang ini tok masa akan datang, ok aku nampak sekarang ini kau wujudkan satu pengaruh, sikit-sikit kau tarik mangsa kau, mangsa kau aku tengok orang yang kaya, orang yang lurus bendul, biar ada kepentingan tok diri kau, orang yang kaya boleh belanje ko makan sekali-sekala, orang yang lurus tu boleh la ko berkuasa, ikot je cakap ko....macam kuli ko la lebih kurang.

aku cakap benda ini atas dasar pengalaman...
aku tak nak pisang berbuah dua kali

khas buat ko
kalau kau taknak ubah perangai kau tu...
aku yakin satu hari nanti semua orang akan boikot ko..
tembelang ko akan terbongkar jugak
"sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ketanah jugak"

.....iEiD....




Tuesday, February 22, 2011

kerana cinta


kerana cinta sanggup mengorbankan masa
kerana cinta sanggup mengorbankan tenaga
kerana cinta sanggup mengorbankan wang

pernah tak korang jumpa
seorang perempuan sanggup mengorbankan apa sahaja
demi cintanya pada seorang lelaki
.........................????????????

sebelum korang jawap
aku nak cerita satu kisah benar yang aku nak sangat kongsi dengan korang semua
ce bace ce bace

ada sorang minah ini, mak bapak dia pensyarah kat ipta kot ke ipts..ntah la..itu tak pentg la....dia sgt syg kat boy dia..., dia sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagian boy dia..., dia sanggup ikat perot demi menyara boy dia.....aku bold kasi mata korang terbeliak cikit...dia ini sanggup makan maggi tiap-tiap hari, siap da ada 6 bungkus pek yang besar tu kat dalam bilik....buat stok tok sebulan agaknya.....semua perisa ada...nak maggi kari berapi, ayam laksa, mee sedap i like it pon ada yang keluaran baru tu....ok fine kalau makan sebulan sekali maggi itu tak apa jugak....tp dia ni sanggup tak makan nasi tapi makan maggi 2 bungkus setiap hari....

minah ini ade jugak buat bisnes...jual topup, biase la dia masih belajar lagi, dia tak buat pinjaman ptptn tu...tp dapat sumber kewangan dari ma pa dia je.....so, nak cari duit lebih buat la bisnes cikit...., ok part itu aku setuju....hidup berdikari la katekan...tp part yang aku tak setuju tu..semua hasil keuntungan/jualan dia bagi kat boy dia....ok korang sentap tak?????, korang bygkan...dia sanggup makan maggi, boy dia senang-senang dpt duit....hidup mewah..makan pe je yang dia nak....pernah satu masa kawan kepada boy dia ni beli la top up dari minah ini....boy dia stdy kat kolej swasta kt KL....minah ini kat ipta kt area selangor...so duit tu boy dia yang amek....alasan jauh nak bank in...wei....minah tu sanggup pergi KL sentral tok bank in duit bagi kat boy dia...

ok kalau dating pulak.....semua perbelanjaan minah tu yang tanggung....wei..da la hasil jualan laki tu da kebas...time dating pon perempuan tu yang support....wei..aku betol-betol tak boleh terima ada jugak perempuan macam tu zaman sekarang ini...wei dia anak lecturer kot...tak akan tak boleh nak tahu yang mana permata yang mana kaca.....tak akan demi cinta ko sanggup korbankan wang ko tok sara laki yang belum tentu jadi suami ko...wei terang-terang dia saje nak main-mainkan ko....time kawan da buat perangai..bayangkan la nanti da kahwin...ko ke yang tanggung laki ko??laki ko senang je goyang kaki kat rumah....ko tunggang langgang pegi cari rezeki....anak-anak belum tentu laki ko nak jage..tahu buat anak je....

moral cerita ini:
bercinta biarlah berpada-pada..cintalah pada yang maha Esa...insyallah akan bahagia dunia dan di akhirat..nak sayang sesama insan tak salah tapi biarlah kita nilai dulu orang itu,
kalau mahu orang sayang kita..sayangilah diri kita dulu

.....iEiD....

Monday, February 21, 2011

hanya untukmu ibu

61 tahun yang lalu
21 Feb 1950

dan

hari ini
21 Feb 2011

merupakan hari ulang tahun ibunda aku yang tercinta dan aku rindui

mak merupakan orang yang aku sayangi, macam korang jugakkan??
siapa yang tak sayang mak oi,,,,,

setiap masa dan ketika segala perbuatan kita mesti kita sebut perkataan "mak"

tak caya???
meh aku buktikan

kalau korang melatah, korang sebut apa ek???
"o mak kau..."
betul tak???
macam kawan aku lagi teruk
kalau dia melatah mesti cakap
"mak aku sayang kau"

akhir kata
selamat hari ulang tahun mak
semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur
tiada apa dapat kuberikan hanya sebuah video
tatapan untukmu diwaktu lapang
sayang mak sangat-sangat

_ _ _ _ _selamat menonton_ _ _ _

.....iEiD....


Sunday, February 20, 2011

25 belon udara panas beraksi di Putrajaya







korang tak rasa hairan ke
kenapa aku upload gambar-gambar kat atas tu???!!!!
tajuk entry pasal belon tapi tengok gambar tak ada pon belon
segala jenis belon pon tak ada melekat kat dalam gambar
apa kaitannya???

aku saja je nak promosi
pada 17 hingga 20 mac 2011
di putrajaya diadakan pertunjukkan belon udara panas antarabangsa
seluruh dunia mengambil bahagian dalam petunjukkan tersebut

ayuh semua rakyat malaysia
kita datang sebulan awal ke putrajaya
tanda kita teruja sangat-sangat menyokong pertunjukkan ini
sambil-sambil tu boleh jugak kita semua main belon aca beramai-ramai
secara tidak langsung kita dapat tunjukkan permainan tradisional pada omputih,omgelap,
sedara mara park ji sung,
tak lupa jugak pada warga susilo bambang yudhoyono

untuk maklumat lanjut
klik
balloon fiesta 2011

!!!....jumpa disana....!!!
.....iEiD....