Firman Allah Ta’ala bermaksud:
‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah” (Al-Kautsar: 2)
Sejarah Korban anak-anak Nabi Adam a.s - Habil dan Qabil
Firman Allah Ta’ala bermaksud:
Bacakanlah (Yaa Muhammad) kepada mereka akan cerita yang
sebenarnya tentang dua orang anak Nabi Adam (yang bernama Habil
dan Qabil) iaitu ketika keduanya mempersembahkan korban (kepada
Allah0, maka yang seorang dari keduanya (Habil) diterima korbannya
sedang yang lain (Qabil) tidak diterima korbannya - sebab itulah Qabil
marah kepada Habil seraya berkata: “Nescaya kubunuh engkau!”
Sejarah Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s
Firman Allah Ta’ala bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku (anak) daripada golongan
orang-orang yang soleh. Maka kami (Allah) gembirakan dia dengan
(mendapat) anak yang penyantun. Tatkala sampai (umur) sianak boleh
berusaha, berkata Ibrahim: “Hai anakku! Sesungguhnya aku melihat
dalam tidur (mimpi) bahawasanya aku akan menyembelih engkau,
oleh sebab itu lihatlah (fikirlah) apa pendapatmu?” (Sianak yakni Nabi
Ismail) menjawab: “Wahai bapaku! Buatlah apa yang diperintahkan
kepadamu, nanti engkau akan mendapati aku - insyaAllah daripada
golongan orang-orang yang sabar.”
(Al-Soffat: 100-102)
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijjah 1431
p/s : Orang yang berkorban itu akan dikurniakan kebajikan (hasanah) sebanyak bulu binatang yang dikorbankan
pengorbanan demi kebaikan semua pihak, mendatangkan kebaikan yang mutlak... iEiD
No comments:
Post a Comment