Begitu juga dengan soal perkahwinan. Pasti agak ‘tidak pelik’ di zaman moden ini bila menyaksikan pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda remaja.
_ _ _ _ _sejarah mungkin akan berulang lagi _ _ _ _
ZAMAN dulu, sekitar 50-an dan 60-an, berkahwin pada usia muda bukan satu keganjilan. Ramai berkahwin muda, malah ada sesetengahnya, terutama anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia masih terlalu mentah…15, 16 tahun...
Banyak alasannya mengapa mereka berkahwin muda.
antaranya
- desakan ibu bapa
Lambat kahwin, takut anak gadis dikatakan tidak laku. Bimbang juga anak gadis terlalu bebas sehingga melakukan perbuatan yang tidak wajar.
- peluang pelajaran tidak meluas bagi anak gadis di zaman dulu
Buat apa belajar tinggi-tinggi, itu pendapat orang tua dulu-dulu..ke ceruk dapur juga akhirnya dan ada juga yang mengatakan kerana `orang dulu’ cepat matang. Pendek kata, kalau anak gadis tu, sudah pandai masak, pandai jaga adik-adik – senang cerita, pandai menguruskan rumah tangga, ah..dah sampailah masanya.
Kahwin muda
bermaksud berkahwin pada usia yang muda.
Berapa lingkungan umur yang kita boleh katakan sebagai muda?
Iyalah, takkan 50 tahun pun kita masih katakan muda melainkan berkahwin dengan isteri muda. Itupun isteri dia yang muda, dia tetap jugak dah berumur. Namun, ada yang berkata, “ape ade pada umur?”. Muda itu subjektif. Kalau dah diri rasa muda walaupun kulit dah berkedut sejuta, muda tetap muda sebab ianya lahir dari dalam diri yang sentiasa terasa muda. Betul ke.....?
hihi mungkin agak sensitif tok dibicarakan...(terasa nih)
Apa kebaikan kahwin muda..???
Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti
Elak mendekati zina
ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?
Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial
yela, sape nak marah kalau kite ‘berkepit-mepit’ ngn isteri sendiri, suke hati kami la..lalalalala
Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima
iyela, dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer..
Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’
tak perlu lagi risau awek akan dikebas orang..hikss
Apa pulak keburukan kahwin muda?
lagi teruk kalau kes kahwin "terpakse" adoi...
Rasa diri masih bujang
ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..
kesimpulan
tak salah berumahtangga diawal usia
jika ongkos da penuh dipoket
jika ilmu zahir dan batin penuh didada
usah berlengah lagi..ayuh pergi kursus kahwin dulu yerk..
baru boleh booking Tok Kadi...!!!!!
bagi mereka yang belum bertemu jodoh
jom amalkan doa ini
Ya...Allah..jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu
NK KAHWN AWL XP TERPAKSA 2GU AGAR SI DIA
ReplyDeleteMEMPUNYAI KERJAYA YG TETAP..........................EMMMMM SEDIH NYA ANY CMEN UNTK TENANGKAN ZU....