Tuesday, March 15, 2011

ada aku kisah


ada sorang mat gitar yang berkaliber sedang buat show,time tunggu turn nak buat show, datang sorang mamat ni, dia bagitahu la dengan mat gitar ni, nenek ko masuk hospital, mat gitar tanpa menukar bajunya dia terus bergegas ke hospital, nampak lampu isyarat, dia langgar, tibe-tibe polis trafik kejar dia, mat gitar kene tahan dengan polis trafik, polis tu tanya kat mat gitar tu

polis : awak nampak lampu merah tu??
mat gitar : nampak tok...
polis : da tu kenapa awak langgar??
mat gitar : sebab saya tak nampak tok....

senang-senang je mat gitar dapat double saman
~~~ada aku kisah~~~


sampai je kat hospital, kat wad nenek dia tu, doktor cakap kamu pergi main jauh-jauh dulu, pergi makan ke, dia pon pergi la makan kat cafe hospital tu, dia beli la nasi lemak 50 sen, tengah makan-makan tu, dia tengok nasi lemak dia ada lalat, dia panggil pokcik yang jual nasi lemak tu, dia tanya la kenapa nasi lemak ini ada lalat, pokcik tu jawap la,
lar....... nasi lemak 50 sen takkan nak letak ayam....
ada aku kisah~~~

nasi lemak 50 sen
.....iEiD....

dalam panggung pon boleh jadi...


banyak cara orang lelaki nak takel orang perempuankan?? betul tak?? aku nak cerita sedikit la macam mana orang lelaki takel orang perempuan, situasinya dekat dalam panggung, booking tiket duduk seat kat tengah-tengah, pelakon yang terlibat, 2 orang perempuan, bernama mona dan minah, dan seorang lelaki, bernama kamal, minah duduk sebelah mona, mona pulak duduk sebelah kamal,
dalam 15 minit cerita bermula, time tu ada babak kat waterfall,
tibe-tibe kamal bagitahu kat mona,

kamal : air terjun ini kat endau rompin,
mona : owh yeker????

kamal menganggukkan kepalanya berapa kali yang dia suka la....
lepas setengah jam berlalu, babak cerita itu macam romantik sikit la,
kamal terus tanya sesuatu kat mona

kamal : awak asal dari mana?
mona dengan terkejut lalu terus menjawap
mona: saya orang sini-sini je
kamal: owh....nama siapa? nama saya kamal adli,
mona : owh, nama saya mona fendi
kamal : eh, macam pernah saya dengar nama tu,
awak datang dengan siapa ini? saya datang sorang je ni,
mona: owh saya tak tanya pun, hihihi saya datang dengan kawan saya.
kamal : owh....
lepas itu tengah babak cemas, so mereka sambung tengok cerita

lepas satu jam kat dalam panggung dengan suasana yang sejuk teramat la sangat, tibe-tibe kamal mintak no telefon kat mona
mona dengan megahnya memberi.......tahu yang dia da bertunang, padahal mona belum bertunang lagi.....
kamal terus meminta maaf kat mona coz kamal tak tahu pun orang yang dia usha da berpunya

moral dalam cerita ini
cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar,
kalau rabun ayam, tak usah tengok wayang...

.....iEiD....






Wednesday, March 9, 2011

Port Dickson yang kami pilih


adik aku konvo, sempat jugak aku dgn famili sepupu gerak jalan-jalan makan angin kat PD
so kitrg sempat singgah ke Teluk Kemang jalan-jalan kat tepi pantai, tapi tu la waktu malam la...hihihihi tak ramai orang...matahari xde....tapi muke still burn...hahaha

famili aku dtg pagi² selase tu....kol 3 pagi lebih gerak dari Johor, kol 6 lebih da sampai kat hotel yang kami duduk tok 1 malam je....uhuh gile cepatkan famili aku sampai??? hihihi abg ipar aku yg bawa dorang ke PD, hihihihi

ok aku saje je nak kecoh-kecoh kat korang yang aku pergi tepi pantai malam-malam
seumur ladang aku tak pernah jalan-jalan kat tepi pantai malam-malam
pukol 12 lebih jugak kot sampai kt hotel....puas jugak la jalan-jalan, tapi rase terkilan tak dapat mandi...hahaha gerun kot nak mandi laut malam-malam, ade buaye darat aku dgr cite...hahahha

sedikit je yang aku dapat kongsi dgn korang
gambar yang lain macam tak sesuai tok ditayang.......
.....iEiD....

orang lain yg konvo aku yg excited


straight to point je
jangan nak berkias-kias...
jangan nak berdolak dalih lagi
aku sekarang ini nak cite kat korang
hari itu aku pergi raikan konvo adik aku
aku ada sorang je adik..adik perempuan aku

dapat je dengar adik aku nak konvo
aku yang gile² excited
apa-apa yg berlaku
aku nak jugak pergi raikan konvo dia tu
dan alhamdulilah Allah merahmati aku
chewah......

kenapa aku cakap macam itu???

1. konvo adik aku hari selase, time waktu sekolah, so aku terpakse korbankan kelas aku demi nak raikan kejayaan dan kecemerlangan adik aku tu, dan tidak disangka-sangkakan, kelas aku hari selase batal....peh mmg hati aku lega sangat-sangat

2. tempat adik aku konvo tu kat port dickson, so aku dari bangi naik train terus ke seremban, time kat seremban aku naik bas pulak ke Port Dickson, aku dengan tak pernah ke PD naik bas..aku naik jugak bas...hihi demi adik aku konvo....uhuhuh aku tak kisah yg pntg dapat raikan konvo adik aku tu...dan time tu mudah sangat tok aku sampai ke PD...

3. aku suke merakam detik-detik bersama dgn ahli keluarga aku, dan dgn sape-sape je la..uhuh senang cite, aku suke amek gambo...hihihi, dgn muke tak malu, aku pinjam camera romate aku uhuh bukan setakat camera biase beb tapi DSLR...uhuhu aku bersyukur aku dapat romate yg supporting macam dia...memberi kepercayaan pada aku tok bagi aku pinjam DSLR dia...uhuhu

dan paling best sangat
aku dapat hidupkan suasana time adik aku konvo....
keceriaan, kegembiraan dapat dibuktikan dengan riak wajah semua orang yang datang meraikan konvo itu.....hihihihi
tak percaya???

cube tengok gambo kat bawah ni
sekarang percaya tak???

.....iEiD....

Tuesday, March 1, 2011

Isteri Idaman


kriteria isteri idaman adalah

1. seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan pandai menguruskan rumah tangga adalah hal yang paling penting.

2. seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuatkan si suami tertawa dan menghiburkan di kala duka juga penting

3. seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan boleh dipercayai sangat penting

4. seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan si suami secara zahir dan batin juga amat penting

5. tapi yang paling penting adalah keempat- empat isteri yang disebutkan di atas tidak saling mengenali antara satu sama lain.
hahahahaha
memang siot kriteria di atas....

.....iEiD....