Monday, November 29, 2010

jejaka idaman




Oh sayang
engkaulah jejaka idaman
akulah yang menanti
menyayangi

semua orang ada citarasa nak memiliki jejaka idaman yang tersendiri....
tak tahu lah sama ada impian itu tercapai atau tidak

katakan tidak pada rokok...
katakan lah.....!!!!!!


iklan ini memang sesuai tok diketengahkan dalam tajuk ini
kerana

ciri jejaka idaman aku

1. tak merokok


jom kita cuci mata tengok ciri-ciri personaliti yang aku idam-idamkan

contoh pertama

ciri yang aku minati : tinggi daripada aku


contoh kedua

ciri yang aku minati : baby face


contoh ketiga

ciri yang aku minati : selalu smart


contoh keempat

ciri yang aku minati : badan tough


contoh kelima

ciri yang aku minati : senyuman yang manis


Oh sayang...
Engkaulah jejaka idaman

Akulah yang paling menanti

Ku pasti...


saya telah temuinya
anda bagaimana....???


_ _ _ _ aku tetap sayang kamu _ _ _ _ _
.....iEiD....

Sunday, November 28, 2010

Tamparan wanita ke lelaki lagi hebat...??



Apa reaksi lelaki kalau kena tamparan wanita....???


*pow!*

adoiii!!

*debik*

ufff..!!

*piangg!!*

urkssss!!


Aku bukannya selemah yang kau sangka
Aku tak rela diseksa, haa!
Beranikah lagi bersemuka
Rasakan kuasa, tamparan wanita



BAYANGKAN pulak apa reaksi wanita kalau kena tamparan lelaki...??


tampar pipi kiri, pipi kanan pun aku nak tampar jugak...!!! Boleh, sayang...???


agaknya terus berikrar


saya janji tak akan buat lagi


Setiap kali kau marahi diriku ini
Tergugur jantungku tergaman membisu
Setiap kali kau kasariku tak mengerti
Kau berjanji tidak kau ulangi lagi


BAYANGKAN kalau ada orang jadi batu api...macam mana pulak??


jangan percaya pada dia....!!!!
dia suka cakap tak serupa bikin


BAYANGKAN kalau lah dia merayu


tolonglah percaya pada saya..saya janji tak akan buat lagi...


agaknya orang lelaki terus percaya

bak kata orang : lelaki mudah cair dengan pujuk rayu perempuan


baiklah..., saya hormat awak....tangan saya tak jadi nak tampar awak...tapi
saya bagi tabik spring...!!!


perempuan itu agaknya terus berubah wajah....dan terus cakap


ok, la tu....!!! dengan hati yang gembira.
saya tak akan buat lagi tok hari ini,
esok lom tahu lagi...


Aku perlu berdiri tanpamu
Berani berdiri kerana benar



tak baik tampar lelaki
tak baik jugak lelaki tampar wanita

.....iEiD....

Saturday, November 27, 2010

Kahwin Muda




KALAU sudah jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti boleh berlaku.
Begitu juga dengan soal perkahwinan. Pasti agak ‘tidak pelik’ di zaman moden ini bila menyaksikan pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda remaja.

_ _ _ _ _sejarah mungkin akan berulang lagi _ _ _ _

ZAMAN dulu, sekitar 50-an dan 60-an, berkahwin pada usia muda bukan satu keganjilan. Ramai berkahwin muda, malah ada sesetengahnya, terutama anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia masih terlalu mentah…15, 16 tahun...

Banyak alasannya mengapa mereka berkahwin muda.

antaranya

  • desakan ibu bapa

Lambat kahwin, takut anak gadis dikatakan tidak laku. Bimbang juga anak gadis terlalu bebas sehingga melakukan perbuatan yang tidak wajar.

  • peluang pelajaran tidak meluas bagi anak gadis di zaman dulu

Buat apa belajar tinggi-tinggi, itu pendapat orang tua dulu-dulu..ke ceruk dapur juga akhirnya dan ada juga yang mengatakan kerana `orang dulu’ cepat matang. Pendek kata, kalau anak gadis tu, sudah pandai masak, pandai jaga adik-adik – senang cerita, pandai menguruskan rumah tangga, ah..dah sampailah masanya.

Kahwin muda

bermaksud berkahwin pada usia yang muda.

Berapa lingkungan umur yang kita boleh katakan sebagai muda?

Iyalah, takkan 50 tahun pun kita masih katakan muda melainkan berkahwin dengan isteri muda. Itupun isteri dia yang muda, dia tetap jugak dah berumur. Namun, ada yang berkata, “ape ade pada umur?”. Muda itu subjektif. Kalau dah diri rasa muda walaupun kulit dah berkedut sejuta, muda tetap muda sebab ianya lahir dari dalam diri yang sentiasa terasa muda. Betul ke.....?

kalau perempuan dapat jodoh lebih muda setahun dari dia, macam mana pulak ek..??
hihi mungkin agak sensitif tok dibicarakan...(terasa nih)


Apa kebaikan kahwin muda..???

membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW
Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti


Elak mendekati zina
ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?

Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial
yela, sape nak marah kalau kite ‘berkepit-mepit’ ngn isteri sendiri, suke hati kami la..lalalalala

Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima
iyela, dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer..

Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’
tak perlu lagi risau awek akan dikebas orang..hikss

Apa pulak keburukan kahwin muda?

Rumahtangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan
lagi teruk kalau kes kahwin "terpakse" adoi...

Rasa diri masih bujang
ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..


kesimpulan
tak salah berumahtangga diawal usia
jika ongkos da penuh dipoket
jika ilmu zahir dan batin penuh didada

usah berlengah lagi..ayuh pergi kursus kahwin dulu yerk..
baru boleh booking Tok Kadi
...!!!!!

bagi mereka yang belum bertemu jodoh
jom amalkan doa ini


Ya...Allah..jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

.....iEiD....

Pergi takkan kembali


bila nanti aku pergi jangan panggil aku lagi
bila nanti aku pergi tak akan ada cerita kita lagi

setiap insan pasti merasa
saat perpisahan yang terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa


sekujur badan berselimut putih rebah bersemadi sendiri

selamat tinggal pada semua berpisah kita selamanya

pergi tak akan kembali
tataplah buat terakhir kali

masa pergi tak akan kembali
bila terlepas amat dikesali


mengharap kasih anak dan isteri apa mungkin pahala yang dikirim


YA ALLAH SUDAHKANLAH HIDUP KAMI DENGAN HUSNUL KHATIMAH, KAMI MOHON KEREDHAANMU, TERIMALAH AMAL IBADAT KAMI. HANYA PADAMU KAMI MOHON. AMIN

perginya tak kembali
patah yang tak pernah tumbuh
hilangya berganti tapi tak serupa yang asali

tanggal 26 November 2010 bersamaan 19 Zulhijjah 1431H
telah perginya En Khamis bin Mohamad
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dalam golongan orang-orang yang beriman



rebutlah peluang sebelum mati
sementara hidup kita berbudi

berpandukan Al-Quran iman sejati

dunia akhirat bahagia pasti

.....iEiD....

Thursday, November 25, 2010

Perlukah Kita Kecewa...???



KECEWA

setiap orang berpeluang merasai kebahagian..bahagia apabila dicintai oleh seseorang dan bahagia bersama orang yang mencintai kita

bagaimana pulak dengan orang yang tengah merasai kekecewaan???
adakah mereka kecewa dengan orang yang mencintainya??

tidak semestinya....!!!!!

banyak faktor kita merasai KEKECEWAAN

antaranya

kecewa dalam hidup

kecewa tak dapat jawap time exam

kecewa tak lulus test JPJ

kecewa bangun lewat nak pergi sekolah/kerja

kecewa terlepas bas nak pergi sekolah,
kecewa ke? mungkin tak..coz ada alasan dengan mak tak payah pergi sekolah coz terlepas bas...



gaya orang yang tengah kecewa tak dapat jawap time exam...


kalau menangis keluar air mata darah sekalipun tak dapat nak mengubati kekecewaan yang dialami

langkah yang terbaik
  • latih minda melupakan kenangan pahit
tekad untuk melupakan segala kekecewaan dan bulatkan azam untuk meneruskan kehidupan demi masa depan
  • buang sikap risau
ada 2 kesan daripada sikap risau
1 menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa korang minta
2 kesihatan akan terjejas dari segi mental dan fizikal
  • belajar rajin bersyukur
ucap syukur pada Allah atas segala yang telah dipinjamkan kepada kita diatas muka bumi ini..dimulakan dengan BISMILLAH, diakhiri dengan ALHAMDULILAH
  • belajar menjadi pemaaf
sikap pemaaf dapat membersihkan hati dan perasaan negatif serta emosi-emosi negatif (takot, sedih, kecewa)
  • ketawa, ketawa dan terus ketawa
ketawa bukanlah dibuat-buat, tetapi biar ketawa yang benar-benar membuatkan anda girang, menonton filem jenaka macam ADNAN SEMPIT...
  • ubah fikiran
kita tak boleh mengubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung, tapi kita boleh mengubah fikiran kita agar mempositifkan sesuatu perkara yang telah berlaku terhadap kita
  • hati mesti "keras"
maksud kekerasan hati adalah kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati yang terbuka.



izinkan daku bertanya kenapa kau perlu kecewa
dalam dunia luas terbuka pasti masih ada cinta yang membawa bahagia

.....iEiD....