Monday, January 31, 2011

kota yang tinggi,tinggi lagi harapan aku


perasaan aku kini bercampur baur beb,
kenapa aku merasa seperti itu????!!!!!!

walaupun aku da selamat sampai ke rumah aku,
coz UKM bagi cuti seminggu tp aku upkan sikit 11 hari aku cuti...
syyhhh~~~~~~ jgn bagi tahu UKM pulak yer.......
tapi aku tak boleh nak jalan kemana-mana
kehulur ke hilir aku tak boleh nak keluar
aku hanya boleh jalan dalam rumah je...
kehulur kehilir jgk la namanya itu kan..???!!
uhuhu sedapkan hati je tu.....

aku dok diam-diam je dalam rumah
wei niat aku cuti ni nak jumpa sepupu aku..kuar dgn dia...
tapi sebaiklah anak sedare aku de jgk dok sini..boleh layan dorang.......
hilangkan rasa kecewa yang teramat sangat ini

faktor kenapa aku tak boleh kemana-mana
hah jum tengok gambar ini









akhir kata :
kota yang tinggi jangan sangka tak banjir

.....iEiD....

Friday, January 28, 2011

dapat hadiah dari buah hati

28 januari datang lagi.....
hari ini besday aku....
thanks mama lahirkan aku 5 tahun yang lepas
hari ini banyak kejutan yang aku dapat
aku epy sangat-sangat

aku bangun pagi tadi dengan semangat yang tak pernah aku rasa sepanjang aku sekolah ini,
aku tak tahu kenapa, aku bangun dengan mudahnya, selalunya, papa aku kene simbahkan air sebaldi barulah aku sedar, kalau tak, memang payah aku nak bangun pagi....
bukannya apa, stay up beb tiap-tiap malam sampai 2 pagi, stay up main game..hahaha

lepas da siap mandi, adik aku pakaikan aku baju melayu, wah da macam anak raja, tapi aku berkata dalam hati
"ish, dahsyat....., napa adik aku rajin sangat pakaikan aku baju.., ish dahsyat...."

kalau aku la jadi dia..aku tido aje..tak kuasa aku nak bangun pagi-pagi, lagi-lagi time hujan macam ini, gile sejuk beb...!!!

hari ini lebih hairan yang aku rasa, napa aku hairan?????
papa and mama aku yang hantar aku ke sekolah, selalunya papa aku hantar aku pakai moto ex5 je...tapi tadi, papa aku siap hantar aku pakai kete BMW 7 series, entah kete siapa yang di pinjam.

sesudah sampai aku kat sekolah......., aku berasa hairan buat ketiga kalinya, selalunya kawan-kawan aku buat tak nampak aku je kalau aku sampai sekolah.....tapi pas saje aku turun dari kereta, 1 lagi perkara yang lebih hairan aku rasa, iaitu aku disambut baik oleh semua orang, gile hairan..ish dahsyat......!!!! dorang mimpi aku ke malam tadi, sampai peluk aku segala bagai ni...??!!!

kring......!!!!!!!! lonceng berbunyi.....da waktu rehat.....
3 minit kemudian lonceng da berbunyi, bermakna da 3 kali aku tambah mee goreng,
1 minit 1 pinggan mee goreng.....hahaha
tibe-tibe aku dengar suara sumbang menyanyi.....
"hepi besday to u,
hepi besday to u
hepi besday to aku
hepi besday to u.........."

........wah dorang buat kejutan tok aku la.........
.................aku dapat hadiah dari buah hati aku.................

.........aku suka besday aku tahun ini.........

.....iEiD....







Tuesday, January 25, 2011

esok rabu, lusa kamis..balik...!!!!


tiket sudah beli
tak sabar aku nak balik kampung aku belah mentua,
eh buat-buat silap pulak, balik kampung aku,
rase da lama tak balik
aku excited sangat-sangat nak balik
ada banyak sebab kenapa aku jadi macam kaum jakun nak balik kampung

pertamanya..
aku nak jumpa dgn famili aku..rase rindu sangat-sangat kat dorang,
aku nak jumpa anak sedare aku yang baru tu...
target hari sabtu ini dapat pergi jumpa aiyadh.....

keduanya
aku nak kuar jalan-jalan dengan adik aku,
sepupu aku, dan akak aku...gile excited sangat-sangat da ni.....
nak pergi tgk wayang..da tu adik aku nak shopping..aku bukan kaki shopping..
tapi aku suka layan orang yang nak shopping

ketiganya
aku da gian sangat da ni...
nak tengok tb.....da lame tak tgk tb..nak tgk cite-cite cam cecite-cecite
hahahaha saje je merepek......

keempatnya
hah???!!! nak jumpe ehem-ehem?
uhuhu si dia bukan orang johor.....
uhuhuhuhu no komen.......
mungkin kami tak akan kuar bersama lagi lepas ni.......
tapi itu bukan alasan tok tak bersama lagi....skype kan boleh, ha3
aku hormat pendirian dia.....
aku tak pernah benci dia.....

kelimanya
rase kurang best duduk kolej buat masa ini
tak best macam sem lepas.....masing-masing da ade life sendiri
so aku tak de hak la nak halang life masing-masing, itu pasal la aku nak balik sangat, saje je beli tiket awal....tak sabar nak balik.........

.....iEiD....



Monday, January 24, 2011

hari paling malang

lepas aku balik sekolah, aku terus bukak kasut, tak bukak stokin pun.....,
aku terus panggil adik aku,
"dik, tolong abang bukakkan stokin abang ni, abang penat pegi sekolah ini..."
adik aku jawap
"adik busy ni, bukaklah sendiri..."
aku tersentap, lalu berkata dalam hati
"ish, budak ini buat apa la tu, sampai busy sangat.."
rupenya busy tengah makan
malang betul nasib aku

aku tak peduli siapa-siapa, aku kuatkan kipas bagi angin kus-kus masuk dalam badan aku, sebab panas giler hari ini, aku terus baring bawah kipas, sambil tu aku bukak citer Ben-10 katun peberet aku, dalam syok-syok aku tengok cite, tibe-tibe datang lembaga hitam datang menghampiri aku, jantung aku mule rase kencang, rupa-rupanya mak sedare aku ler...dia datang nak dengki aku tengok citer la tu...suke sangat tengok amemekak eh silap-silap amerika next top model dia tu...aiseymen kacau la mak cik aku ni, nak tengok Ben-10 pon tak boleh......
malang betul nasib aku

aku terus bukak zip, ish zip beg sekolah aku ler...bukan zip seluar, aku nak cek homework kalau-kalau ada...., sambil aku bukak zip tu, aku berkata dalam hati
"buku dolah tak de keje, buku siah aku da siapkan time rehat tadi,
buku ayu................., hah ade-ade homework"
buku ayu i mean bahasa melayu, buku dollah dgn buku siah korang paham-paham la sendiri...

aiseymen kene buat pembetulan 1000kali cinta..?? eh 1000 kali????!!!!! aduh....,
cikgu bahasa melayu aku ini suka sebut ayat da tu suruh kiteorang eja, maknanya suruh kiteorang tulis kat dalam buku, suruh tulis 10 kali da tu hantar, kacang goreng aje bagi aku.
nak dijadikan cerita, semalam cikgu aku sebut la satu ayat ini, lepas kiteorang siapkan, selalunya kene hantar, tapi cikgu cakap
"saya nak bagi lagi satu ayat, kamu dengarnya, lepas itu kamu tulis, paham murid-murid...?"
aku pon jawap dalam hati
"faham ciku eh, faham cikgu"
aku pon tulis apa yang cikgu cakapkan itu, lepas da siap kitorang boleh balik.
keesokkan harinya maknanya pagi tadi la, cikgu pulangkan buku aku tu, cikgu da siap tanda, cikgu ciap sign ala artis gitu~~dan bagi pesanan kat aku
"sila buat pembetulan 1000X"
mak dato' rahim rajali...banyaknya.....!!!!!
aku jumpa cikgu
"kenapa saya kena buat pembetulan banyak sangat ini cikgu...?"
cikgu pon jawap
kamu ini, lain yang saya sebut, lain yang kamu tulis,
saya suruh kamu tulis
'buaya tidak sama dengan biawak'
yang kamu tulis
'saya nak kahwin dengan awak'


memang mampus aku kena buat pembetulan
malang betul nasib aku
.....iEiD....


khas buat kau yang bernama lawan

aku adalah aku,
aku bukannya ko atau siapa-siapa pon melainkan diri aku,
aku tetap aku,

kadang-kadang aku tak tahu apa diri aku mahukan, dan aku lagi la tak tahu apa yang ko nak dari aku, yang aku tahu aku ikhlas berkawan dengan ko, walaupun istilah ada mengatakan, setiap pertemuan ada perpisahan, walaupun berpisah aku nak sangat kite tetap berkawan macam dulu-dulu

aku tak tahu apa motif ko berkawan dengan aku, yang aku tahu, aku berkawan dengan ko untuk merapatkan siraturrahim, kita sesama islam, satu bangsa lagi, ko nak ke jatuhkan bangsa ko sendiri? orang melayu memang tak akan hilang perasaan hasad dengkinya, dengki mahu jatuhkan bangsanya sendiri. sedangakan orang cina tak nak jatuhkan bangsa dia sendiri walaupun mereka perlu bersaing nak dapatkan pelanggan.

masihkah engkau ingat,
pernah suatu masa kite berduka, kite bersuka,
pernah satu masa ko mengatakan kepada aku,
bahawa
"aku da aggap ko macam adik beradik aku sendiri",
tapi kini...? nampak aku pon, buat tak nampak jer..lagilah nak tegur aku,
haram~~~
kalau aku tegur ko sekalipun, ko buat muke tak ikhlas.....hampeh aje aku tgk ko
tobat aku tak kuasa nak tegur ko lagi.

aku tak tahu apa punca hubungan kite renggang, tibe-tibe aje ko wujudkan pergolakan, terus kita tak seperti dulu, aku bukan nak sangat menagih kasih sayang ko seperti dulu, tapi tak usahlah kite menjadi seperti kebudak-budakkan nak tarik muke segala bagai.
masing-masing da besar, tak perlu ko mengajar orang lain menipu segala bagai,
aku tahu ko penuh dengan muslihat, sekarang misi ko nak wujudkan pengaruh yang kuat tok menaikkan nama ko...tak usahlah buat sesuatu perkara tanpa hati yang ikhlas..Allah tak meredhai.

"propa"
istilah yang sering aku dengar dari mulut ko...ko suke menyatakan itu kepada orang lain, tapi kini ko sebenarnya yang propa.

Allah maha adil...
aku yakin Allah maha adil lagi maha mengasihani, Allah selalu ditempat orang yang teraniaya.
ko sendiri dah melihatnya, apa yang berlaku ke atas diri ko.
selagi bumi dipijak selagi itu langit aku junjung
ubahlah perangai ko itu, jangan suka mengatakan orang tapi diri sendiri buat benda yang sama, harap muke je mature tapi kepala otak tak pernah nak mature.
fikirlah la kalau perangai ko tak pernah nak berubah, 2,3 tahun lagi ko da keje, masih perangai macam ini, aku berani jamin, hidup ko tak akan ada kawan yang akan melekat.

.....iEiD....