Friday, December 31, 2010

Semua Nak Baru

sempena beberapa jam saje lagi nak ke tahun baru 2011
aku nak kecoh kat korang tentang azam baru aku tok kali ini

sebelum itu aku nak bagitahu kat korang
"setiap apa yang kite inginkan didunia ini
tidak semestinya akan ditunaikan"


tetapi dengan syarat....
kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian tersebut

perpatah ada mengatakan
"melentur buluh biarlah dari rebungnya"
kalau da keras buluh itu patahkan saje
kerana perpatah jugak ada mengatakan
"patah tumbuh hilang berganti"

peribahasa di atas tidak ada kene mengena yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia

kite terus sahaja kepada objektif kita
iaitu
.....senarai azam aku tok tahun baru ini....

nama pon tahun baru
Semua Nak Baru

semester baru,tahun baru,harapan baru,azam baru..
cuma sidia saja masih tetap dalam hati aku..tiada yang lama tiada yang baru..
_ _ _ _ _chewah_ _ _ _

azam pertama :
cemerlang dalam pelajaran
sukses adalah sebuah perjalanan, bukan tujuan akhir

azam kedua :
kurangkan bercakap lebihkan bertindak
cara memulakan sesuatu adalah berhenti berbicara dan mulakan bertindak

azam ketiga :
berfikiran lebih matang
fikiran adalah ibarat parasut, hanya berfungsi ketika terbuka

azam keempat :
buat baik pada mereka yang buat jahat pada aku
mereka yang dapat memberi tanpa mengingat, dan menerima tanpa melupakan akan diberkati

azam kelima :
berjaya dalam percintaan
dalam kehidupan ini kita tidak dapat selalu melakukan hal yang besar,
tetapi kita dapat melakukan hal yang kecil dengan cinta yang besar



selamat menyambut tahun baru
semoga kita semua lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan
dan mengambil segala keburukan dan kebaikan yang lepas sebagai satu rujukan dan pembimbing kita untuk lebih maju ke hadapan


"jika anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki,
anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan"
.....iEiD....

No comments:

Post a Comment