Tuesday, February 15, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 H


hari ini....12 Rabiul Awal 1432 H bersamaan 15 Feb 2011
suatu ketika dahulu
hari ini.....12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571

tarikh ini haruslah kita ingat dan korang semua mesti da tahu kan
tarikh lahir junjungan besar Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w
dan pada hari ini kita sebagai umat Nabi haruslah menyambutnya
tak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk menyambutnya
bukan macam nak menyambut menantu segala bagai
hanya memperbanyakkan selewat sudah mencukupi

banyak kelebihan sekiranya kita berselawat ke atas junjungan nabi kita iaitu
Nabi Muhammad s.a.w

pertama
Rasullah SAW pernah bersabda
barang siapa yang berselawat ke atasku sekali
nescaya Allah akan turun rahmat ke atasnya 10 kali ganda.

kedua
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan hanya mengamalkan selawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardhu

ketiga
jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari. Insyallah akan dipermudahkan untuk bertemu jodoh sama ada lelaki/wanita

keempat
sesiapa yang mengamalkan selawat 3 kali setiap kali selesai solat 5 waktu
akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

kelima
sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan oleh Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi


صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

selamat menyambut maulidur rasul kepada semua umat islam
"memantap ukhuwah memperkasa ummah"
-1 Malaysia 1 Ummah-

kalau nak banyak lagi info tentang kelebihan berselewat
rajin-rajin ler klik link kat bawah ini

lain-lain kelebihan berselawat


.....iEiD....

Wednesday, February 9, 2011

demam tanda hujan,rindu,mimpi

balik aje UKM romate aku demam...sian kat dia..suara dia da lain...
pergi aje toilet terserempak dengan jiran aku..ok dia pon demam....
jiran yang lain datang bilik...ok dia pon demam.......
last-last hari ini aku pulak demam........

banyak faktor kenapa aku demam

2 hari berlalu ini aku tolong kawan aku masak
hahaha
tak tolong mana pon...juz tolong apa yang patot....
dia buat bisnes
TAPAW DELIVERY
like la page ini
aku tak bohong.... sedap dia masak....
so aku pon tahu la sikit-sikit macam mana dia masak
time tgk dia masak itu...rasa hati tak sabar nak masakkan tok bakal suami aku
hahahaha
malam tadi aku mimpi famili dia pulak
uhuhuhuhuhu

adakah disebabkan aku mimpi famili dia aku demam...?????

faktor lain aku demam

cuaca tak menentu
kejap-kejap panas
da tu tetibe aje hujan
time kat rumah lagi badan aku rase tak sedap
kejap-kejap bersin
bukan sbb aku resdung
tapi tu la aku tak tahu nak cite macam mana

faktor lain pulak aku demam

semalam aku haus sangat
aku lupa nak beli air mineral
so aku amek jalan aku gali tanah nak dapatkan air
aku melawak je
aku amek air kat water coller
1 botol jgk aku abiskan
lepas je selesai aku minum
aku rase tekak ini cam ade benda je
so malam tadi aku da batuk-batuk

fatktor utama aku demam

_ _ _ _aku rindu kat si dia_ _ _ _ _

kesimpulannya
aku demam sebab hujan,rindu,mimpi
tak caya baca ini
hujan kau ingatkan aku tentang satu rindu di masa lalu saat mimpi masih indah bersamamu



Monday, February 7, 2011

cinta ku busuk

agak da sebulan jugak aku sekolah, agak ramai jugak awek-awek kat dalam kelas aku ini, nak tahu siapa yang aku minat? hah aku nak cite la ni..
ce dengar..ce dengar

kelas aku ada 20 orang,
10 lelaki, 10 perempuan, eh silap-silap,
8 lelaki 2 pon dan 10 perempuan.
sebenarnya da lama aku perhatikan sorang minah ini..hidung dia mancung beb....sampai pipi aku tersorong-sorong tengok dia kalau dia lalu depan aku....

nak dijadikan cerita...cikgu aku bagikan kumpulan..ikut yang mana paling nsem dan paling cun 1 kumpulan....sebenarnya ade kes puak-puak dalam kelas aku...so cikgu tak nak la budak lelaki bergaul dgn budak lelaki je...tak nak la jugak budak perempuan bergaul dgn budak perempuan aje....dak 2 pon dan tu la yg ngadu kat cikgu hal puak-puak ini...lantak la yang pntg aku suke sbb aku 1 kumpulan dgn minah beb...terus senyum aku time tu....sampai cikgu aku tanya
"kenapa awak senyum-senyum ini...?"
aku pon jawap
"senyum itu sedekahkan cikgu...?"

aku ada can la ni nak rapat-rapat dgn dia.....seronok gile hati aku time tu....
mulanya macam ini
aku : minah-minah nak pinjam pemadam.....
dia dgr je aku ckp cmtu..terus dia bagi, tanpa berkata apa-apa pun, ish budak ini tak ada gigi ke nak ckp...????!!! aku rilex lagi time tu...cool beb....gentlemen la katekan.....aku mintak lagi sesuatu..kali ini aku pnjang cikit bercakap..kot-kot dia ada idea nak bercakap.....
aku : minah-minah nak pembaris.....nak buat perbarisan kat luar..nak ukur setiap orang jaraknya 1 inci setengah....
yes kali ini menjadi....dia bercakap beb
minah : nah...
dia jawap sambil tutup mulut dan terus bagi pembaris itu kat aku.....
peh lembut seh suare dia......pemalu pulak tuh....tak pe-tak pe aku suke....
aku fikirkan lagi apa aku nak cakap kat dia lagi ini....biar dia dapat berborak dgn aku.....
hah....aku ada idea......
aku : minah-minah....nak........................
belum sempat aku cakap..dia da bagi 1 kotak pensil barbie dia tu kat aku....
aku : eh..bukan-bukan.....nak minah.....
lepas aku cakap cam tu...dia terus lepas kan tangan dia kat mulut itu..dan terus pergi depan aku..betol-betol muka dia mengadap kat aku.....dan berkata
minah : yeker kamu nak kat saya....???
peh bau mulut dia macam longkang......serik aku nak borak dgn dia lagi...

patut la sebulan aku perhatikan dia, dia susah nak keluarkan suara.....kalau cikgu tanya barulah dia bercakap, tapi...mesti dia tutup mulut baru jawap......

Friday, February 4, 2011

bila da excited sangat

cuti ni ada yang best, ada yang tak best
sebenarnya
gile excited aku nak kuar jalan-jalan
bukannya apa..aku da janji dgn sepupu dan adik aku nak kuar,
mula-mula mak aku tak bagi kitorang kuar
tapi adik aku nak setelkan hal konvo dia
dia kene bank in bayar sgl bagai tok konvo dia itu
alasan yang kukuh kitaorang dapat kuar
lepas kitrg setel hal bank in ni kitrg terus grk ke JB

aku excited sangat nak tgk cite yang tgh famous kat cinema
sampai je kat JB kitrg terus bocking tiket
da dpt tiket terus beli popcorn
no bilik kitrg bilik yang ke 4, tgk kat skrin no 4 belum bernyala lagi,
cerita ktrg tgk tu stat pukul 12.50 tgh hari
aku tgk jam kat tangan da nak dekat stat da cite ni
so aku terus tunjukkan tiket kat abg jaga pintu tu,
dia geleng-gelengkan kepala tanda bilik ini belum bukak lagi

ok fine bengang jugak aku time tu
aku tgk jam nak dekat stat....
sabar je la.....
kitrg tunggu je tepi tu....
tergerak jgk dalam hati kejap lagi kot bukak

time kitrg beli tiket tadi tgk tempat duduk full gile,
wow bangga aku sbg rakyat malaysia coz filem melayu da makin ramai yang nak tgk kt cinema
tapi kitrg hairan kenapa belum ramai lagi yang beratur nak masuk ni
padahal stat cite kol 12.50tgh hari
sambil kitrg tunggu pintu terbukak
da setengah jgk la air ktrg minum ni,
popcorn da makin suku kitrg kebas makan
lama beb tunggu kat situ..mata kitrg fokus tajam kat abg jage pintu tu....
kalau no 4 da bernyala kitrg terus serbu je
excited beb...lama kelamaan
kitrg mula bosan...so aku amek nset konon-konon nak posing maut dulu la sebelum masuk wayang
tgk-tgk je jam kat nset tu menunjukkan pukul 12 tgh hari
gggghhhrrrrr....
rupe-rupenye aku tgk jam time tu 11.50 tgh hari bukan 12.50 tgh hari
malu gile time tu.....
agaknya abg jage pintu tu cakap dalam hati

"jakun sangat budak ini nak tengok wayang, tak sabar langsung"

lepas tgk wayang kitrg makan



eh, yang ini minum je..
diet itu penting........

makan itu pasti

.....iEiD....

Tuesday, February 1, 2011

hujan turun doa mustajab


semua orang tahu..kota tinggi dilanda banjir,
tapi dgr berita dah semakin surut,
banjir dikaitkan dengan hujan yang tak nak benti-benti
hujan diturunkan bukan saja-saja je...
Allah turunkan hujan disebabkan Allah mahu turunkan rahmat

menurut sumber :
doa yang mustajab adalah ketika hujan sedang turun

Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasullah S.W.A bersabda

ertinya : 2 doa yang tidak pernah ditolak adalah
1. doa ketika waktu azan
dan
2. doa ketika waktu hujan

Imam An-Nawawi berkata :
bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak adalah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya pada curahan hujan pertama di awal musim

walau bagaimanapun,
kita perlu beringat bahawa doa tanpa ikhtiar atau usaha tidak mendatangkan hasil

kesimpulannya,
Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza.
Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapat kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan.



ada jugak waktu lain yang mustajab apabila kita berdoa
antaranya
dan
tips menarik