Tuesday, February 1, 2011

hujan turun doa mustajab


semua orang tahu..kota tinggi dilanda banjir,
tapi dgr berita dah semakin surut,
banjir dikaitkan dengan hujan yang tak nak benti-benti
hujan diturunkan bukan saja-saja je...
Allah turunkan hujan disebabkan Allah mahu turunkan rahmat

menurut sumber :
doa yang mustajab adalah ketika hujan sedang turun

Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasullah S.W.A bersabda

ertinya : 2 doa yang tidak pernah ditolak adalah
1. doa ketika waktu azan
dan
2. doa ketika waktu hujan

Imam An-Nawawi berkata :
bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak adalah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya pada curahan hujan pertama di awal musim

walau bagaimanapun,
kita perlu beringat bahawa doa tanpa ikhtiar atau usaha tidak mendatangkan hasil

kesimpulannya,
Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza.
Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapat kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan.



ada jugak waktu lain yang mustajab apabila kita berdoa
antaranya
dan
tips menarik




No comments:

Post a Comment