Saturday, June 18, 2011

Manisnya Kurma Ini VS Semanis Kurma

habis madu sepah tak habis-habis....!!!! paling berkesan lawak sepah malam tadi...hampir nak putus urat pankreas aku ketawe coz tengok gelagat sepah lagi-lagi Jeff....haaaaaaaa tanjat boboy...!!!

sebelum aku tido malam tadi aku online kejap...pastu aku bukak facebook, pegi kat page Guatv Dot Com, tengok-tengok je kat wall tu da de link tok persembahan sepah malam tadi tuh...aku tengok la lagi..terus dapat idea nak buat sesuatu....last-last aku berjaya hasilkan....

inilah hasilnya....


lepas tu aku post kat facebook......niat nak terus post kat blog...tapi da lewat sangat...tak larat nak susun ayat.....tapi aku terharu hasil kerja aku dihargai....
kalau nak baca komen-komen yang aku dapat, rajin-rajin la jengah kat wall facebook aku


kalau tak puas nak tengok gambar-gambar tu ni dia gambarnya.....
sejibik tak..????

ustaz : ling...
ustazah : iyer....????
ustaz : lupa ker nama program kita...???
ustazah : owh program kita....1....2....3...
MANISNYA KURMA INI...


papepon puas hati dengan sambutan orang johor yang begitu supporting malam tadi...semua orang johor memang gempak beb...rugi kalau tak melamar orang johor....hihihihi
untuk pengetahuan umum, Semanis Kurma merupakan program peberet aku
itu saje nak bagitahu...

see ya....!!!!


Wednesday, June 15, 2011

kata sinonim

Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi di Malaysia, kalau di peringkat sekolah "SPM" bahasa melayu tak lulus tak boleh dapat sijil SPM, kalau diperingkat pasar, kalau cakap bahasa baku kene diketawakan, kalau di peringkat KL Gangster penggunaan abang long, ayahanda wajib digunakan, kalau tak digunakan padah jadinya....,



contoh kata sinonim dalam kehidupan seharianku :

1. aku sudah mula berbaju kurung di dalam rumah tanda aku nak berkurung saja di rumah

2. selepas aku menghantar anak saudaraku ke tadika KEMAS, aku mengemas rumah di rumahku

3.aku sudah masak dengan perangai dia yang suka dengki-mendengki, nak je aku masak perangai dia buat lomak cili api kalau tak de lauk kat rumah aku nih...

4. cuti semesterku bermula bulan Mei, aku merindui BULANku.... tak perasan pulak bermulanya bila...hihihi

walaupun ejaannya sama tetapi maksudnya berbeza,
walaupun rambut sama warna tetapi hati berbeza....

Tuesday, June 7, 2011

Perubahan Sedikit

selepas 7 hari menjadi sukarelawan, hari ini dalam sejarah baru pertama kali aku tengok perlawanan sukan malaysia, agak kesian bagi aku, selama ini rutin harian aku sama jer...

apa,bila,bagaimana aku dapat saksikan sukan tersebut..???? ini yang nak bagitahu ini

1. sukan apa aku tengok..??
answer : polo air


2.bila aku tengook..?
answer : lepas perot aku kenyang

3.bagaimana aku boleh tengok..?
answer : aku ikot kawan aku pergi tengok....naik kereta SUKMA

seronok aku pergi tengok dorang main polo air, polo air ini macam bola tampar jugak la tapi bezanya cuma dalam air je la...time aku tengok tu, Melaka VS Perak, dan Melaka menang besar time tu, game ini ade 4 period, setiap period ada 8 minit, so tok game ini Perak makin tertekan, coz da tertinggal jauh sangat, mula la dorang main kasar, sampai team Melaka pon main kasar...hihihi aku memang kagum tengok team Melaka main, memang best....

aku jage game mendayung, stat 9 jun sampai 11 jun, so nak tahu best ke tak sukan tuh....nantikan cerita aku selanjutnya....

akhir sekali untuk part ini, aku berjaya mengubah rutin harian aku yang selama ini makan tidur, makan tidur sahaja....

Monday, June 6, 2011

1,2,3,4 dan 5 perkara best hari ini



5 perkara yang best hari ini

1.dapat join perbarisan bagi kontijen Sukarelawan Sukan Malaysia 2011

2.dapat tengok Datuk Lee Chong Wei lebih dekat, semasa beliau berlari 1 stadium untuk upacara larian obor

3.dapat tengok bunga api tadi, dapat jugak beramah mesra dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan

4.dapat bergambar dengan maskot Sukan Malaysia 2011

5.paling gembira dapat keluar dari UKM....hihihihi
perasmian buat kat Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur

tak tahu apakah perkara yang akan aku buat pada keesokan hari...adakah sama dengan rutin harian aku sepanjang menjadi Sukarelawan SUKMA 2011..??
sama-sama tunggu dan lihat

Sunday, June 5, 2011

Rutin Harian bergelar Sukarelawan SUKMA 2011


.5 perkara yang wajib aku laksanakan sepanjang minggu ini.
minggu depan insyallah akan berubah, aku akan pastikan...!!!!

1. bangun pagi, gosok gigi, cuci muka..mandi sekali

2. siap-siap pakai baju free, pakai tag yang dibagi, turun cafe makan free

3.lepas makan free, goyang kaki, agak bosan tengok tv, borak sekali

4.perot kenyang suka hati, balik bilik tidur lagi sekali

5.petang sikit turun cafe makan lagi sekali

agak-agak korang aku sekarang ini tengah seronok ke tak...???