Friday, March 25, 2011

aku nak jadi polis trafik

hari ini aku pergi ke IPD Kajang (Ibu Pejabat Daerah Kajang) untuk meyertai sambutan Hari Polis, aku dapat arahan pukul 5.45pg da kene turun untuk berkumpul, aku punyer la ikot arahan, pukul 5.15pg aku da bangun, malam tadi da la tido pukul 1 lebih, coz aku tak berapa sihat sangat, tak selesa nak tido, last-last tido jugak la kan....hmm pukul 5.45pg aku turun...hmm sampai-sampai je belum ramai yang dtg...yang ade tu pun anggota yang pergi ke PULAPOL. so pukul 6 pg dorang da gerak....hmm pukul 6.10 pg tak de jugak orang...aku dengan kak tika, pergi la solat subuh kat surau cafe(tempat berkumpul)..da pukul 6.40 pg...ish, tak de jugak orang....6.50 pg baru ade orang turun nak berkumpul.....kami yang turun awal..punyerla panas hati...tapi kami cool je la.....

sampai je kat IPD Kajang, kami diarahkan untuk berbaris sebelah dengan anggota polis trafik...peh punyer smart baju dorang....masa dalam perbarisan tu, terlintas dalam hati, kalau dapat pakai uniform polis trafik ni...best rasenye....berangan jugak nak jadi sebahagian daripada mereka...pakai uniform polis trafik, da tu bawa motor besar tu...peh mmg ramai la yang nak buat kesalahan, mana taknyer.....kalau dorang buat kesalahan, aku tahan, aku bagi saman, mase aku tulis saman tu, boleh la dorang ngurat aku...hahahahaha perasan je lebih....

aku nak bagitahu rahsia...aku de lesen kereta...tapi lesen moto aku tak de....hahahahah macam mana nak bawa motor tu....????

angan-angan pasti jadi kenyataan
dan lihat la hasilnya...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



edit yang tak berapa nak jadi

.....iEiD....

Thursday, March 24, 2011

stress punca aku kuat makan

aku nak tidur sebenarnya ni...tapi memandangkan aku tengah tunggu romate aku balik dari kedai makan, hihihih aku kene sengkang mata supaya jangan tidur.....
sebab kenapa aku tunggu romate aku???
aku tunggu dia bawa makanan...hihihi

sejak akhir-akhir ini semangat makan aku membuak-buak
semangat belajar aku sekarang pulak yang semakin merundum
biasalah ikot pasaran dunia....
kadang-kadang naik, kadang turun
tapi memang realitinya aku kuat makan...
korang bagi pe je...aku akan makan punyer.....
tapi ade time mood tak nak makan aku datang
ntah la...kadang-kadang aku pon tak faham dgn diri aku ni
kadang-kadang kuat makan, kadang-kadang tak

_____________________________________________________

kepala aku sekarang tengah pening sangat-sangat
seumur hidup aku, aku tak pernah rasa pening macam ini

pening segala masalah melanda dalam diri
bukan masalah kecik, tapi besar jugak la
tengok la badan yang bawa masalah tu
hah macam tu la saiz masalah aku

kata orang, kuat mana pon kita lari, kita jangan lari dari masalah
kita kene hadapinya dengan berfikiran waras

aku jenis yang malas nak amek port, biarlah orang buat apa kat aku,
yang penting aku tak bersalah
tapi kalau semua orang da percaya kat sebelah pihak je, memang susah jugak nak hadapinya.

nak biarkan, takot berlarutan, maknaye tak akan selesai kalau tak de penyelesaian, ntah lah..kadang-kadang aku kuat hadapi semua dugaan, namun aku manusia lemah....walaupun ada kawan-kawan..tapi kalau keseorangan keluar jugak rase kesedihan itu

dahulunya : susah senang hadapi bersama
tapi
sekarang : kalau kita susah lagi dia suka

.....iEiD....


Wednesday, March 23, 2011

saya pelajar cemerlang

saya pelajar cemerlang
kononya
teringat masa aku form 5
aku tak de perasaan nak amek result
coz aku da tahu aku lulus semua dengan cemerlang
hahahah berlagak la pulakkan???
korang kene terbalikkan

uhuhu apa-apa pon subjek peberet aku aku dapat A...hihihihi

tapi saat paling aku suke mase result stpm keluar..
memang penuh debaran...
cikgu umumkan 10 orang yang cemerlang
dari pointer yang gempak kepada yang lebih gempak

masa tu aku ade geng la...
termasuk aku 4 orang dalam geng tu
3 orang kawan aku da disebut nama
wei aku sebagai kawan, aku sangat-sangat gembira nama dorang disebut....
tinggal 5 orang lagi je ni cikgu kene sebut
peh dengan hati yang hampa, ish teruk ke result aku ni?????
tak de ke nama aku???
uhuh tangan semakin sejuk....
segala perasaan aku ada masa tu
last-last aku dengar
NUR FARIDAH BINTI A.ZABIL
hahahaha...aku dengan rase bersyukur sangat-sangat.......
aku diantara 10 pelajar yang disebut masa itu....

lepas je bukak result aku tu, pak usu aku call...tanya result dapat berapa
uhuh dan saat itu baru aku dapat rasa betapa puas jika seseorang itu berusaha dengan gigih dan tekun demi mengejar masa depan....


eja:jana:pika:pid:nab:ail
budak-budak pandai dalam kelas
aku rindu korang
.....iEiD....

Sunday, March 20, 2011

tak sangka dalam diam

tak sangka dalam diam, aku menyembunyikan hasrat hati memiliki dirimu
pernah suatu ketika ramai kenalan ku ingin memiliki dirimu
pada mulanya diriku tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap dirimu
namun akhirnya aku sudah terpikat pada dirimu
wahai.............!!!!!!!

D3100
impian aku...
hahaha...kenapa aku suka D3100??


1. record full 1080p HD videos

2.gambar menakjubkan dalam setiap situasi

3.full HD filem untuk seluruh keluarga

D3100 ini boleh amek gambar..boleh juga rakam buat video

aku suka amek gambar orang, aku lagi suka orang amek gambar aku dengan kualiti yang cantik, dan suke rekod setiap yang berlaku,

maknanya kat sini, aku suke rakamkan saat-saat yang manis dengan pergerakan dan juga dengan gambar mati.

aku nak cerita sikit pengalaman aku memegang camera DSLR ini, aku amek punyer amek gambar...time tu konvo adik aku, wow aku dapat rasai nikmat dan kepuasan time aku dpt amek gambar yang cantik-cantik...hahahaha....perasan je tu....uhuhu
lepas tu, time aku pegang camera DSLR tu...ada sorang kawan adik aku ini,
dia kenal juga aku, coz satu kampung,

dia tanya aku
"sekarang kat mana?"
aku jawap
"kat bangi, study lagi,"
dia boleh perli aku,
"owh ingatkan jadi camerawoman sekarang...."

wow itu adakah itu galakan atau hanya memerli aku???

_ _ _ _insyallah aku akan capai impian aku itu_ _ _ _
.....iEiD....

Friday, March 18, 2011

betapa excitednya aku

sepandai-pandai tupai melompat,
akhirnya jatuh ke tanah juga

perpatah kat atas tak de kene mengena pon...
dengan entry aku ini
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

aku nak kongsi kekecewaan aku kat korang
hmm aku baru je balik johor,
kalau aku tahu hal ini dari awal, aku tak akan balik ukm buat masa sekarang ini
hmm aku teramat sangat kecewa...
aku punyer excited nak balik UKM semata-mata nak kejar cita-cita aku
hahaha poyo abis.....

hmm apa yang boleh aku buat, hanya bersabar je...
setiap yang berlaku ada hikmahnya, tapi aku rase ngalat sangat-sangat
kerana apa......????
kerana aku belum puas melepaskan rindu dengan famili,
time cuti sekolah pulak tu
hmm aku pon belum puas main dengan anak sedare aku
ish kalau aku tahu, aku tak balik awal-awal.....
geramnya aku...........!!!!

faktor kenapa aku geram sangat................????
nak tahu kenapa..............??????

exam nak dekat, excited la aku nak pegi kelas, taknak la ponteng, tapi tu la lecturer pulak yang ponteng, lepas tu, tak nak pulak bagitahu awal-awal tak de kelas.................

ok aku huraikan dgn lebih lanjut

isnin: aku mula balik ke UKM, mmg tak de kelas
selasa: aku ade kelas pukul 12tgh hari,excited ini nak ke kelas, sampai je...hahaha kelas batal, lecturer pegi china, tak balik lagi, ok fine,
ptg ade jugak kelas, situasi yang sama, sampai je kelas, hahaha kelas batal.....
rabu: sebaik ada kelas....itu pon ptg...
kamis: kelas pagi-pagi bute, sanggup siap awal-awal, coz excited nak pegi kelas, belum sampai kat bilik kuliah, tapi da sampai kat faculty hahaha situasi yang sama.......
jumaat: up sikit la, gham-gham je masuk dalam kuliah tu, hahaha kelas hari ini dibatalkan, lecturer pegi kuching.....
kalau sehari je kelas batal takpe la jugak, ini seminggu tak xde kelas, 1 hari je ade kelas, itu pon stat petang kelas....

niat dihati nak je sembelih kambing sekor, buat kenduri kesyukuran...
tapi xnak buat, coz aku tak tahu dari awal kelas batal.......
kalau aku tahu, baru aku buat..................

hipotesis yang aku dapat untuk minggu ini
kalau nak kelas batal....perlu excited datang ke kelas.....

.....iEiD....