Tuesday, January 4, 2011

hangat macam biasa


terharu muka aku masuk paper..
metro lagi tu...............
hahahahahaha
tajuk paper tu... tulis
"pid mencari pengganti bapa untuk anaknya"

tajuk je......isi dalam paper itu takde kaitan pon dgn tajuknya
tapi agak kureng cikit disitu

aku dapat gambo ini dari wall facebook aku
tuan yang buat bende alah ni yang tag sendiri kat aku
kalau korang nak try
klik ini
http://apps.facebook.com/newclip/

aku tahu dia cume nak gurau-gurau je dgn aku
uhuhu tapi aku rase gile malu siot....
macam aku ini murah sangat
nak mintak simpati kat orang lain...

tapi, padan jugak gambo aku tu dgn tajuk paper tu kan...???
sebenarnya aku ada objektif kenapa aku post entri ini
objektif aku itu boleh dibahagi kpd 2 bahagian:

pertama, objektif umum
dan
kedua, objektif khusus

Objektif Umum

aku nak bagitahu kat korang bahawa
paper ini tidak dicetak kat paper metro seluruh negara,
tak payah lah korang search metro online pulak yer.....

Objektif Khusus
pulak
1. aku nak tegaskan disini aku belum berkahwin lagi,
insyallah 4 atau 5 tahun lagi kot...jgnlah risau, pasti aku jemput korang

2.menerangkan bahawa anak dalam gambo itu bukan anak aku,
tetapi anak saudara aku

3.mengelakkan gosip ini agar tidak menular diseluruh negara,
supaya sidia tidak fikir yang bukan-bukan tentang diri aku

aku merasakan aku sudah menjernihkan segala kontroversi
yang melanda diri aku ini

secara

ringkas, tepat dan padat

Firman Allah S.W.T
"Fitnah itu lebih dahsyat dosanya daripada membunuh"
.....iEiD....


Monday, January 3, 2011

hari pertama disekolah


Aku anak lelaki sulung dalam famili aku…..

aku nak cerita pengalaman mase 1st day aku sekolah

Korang bace la…memang pengalaman ini tak akan aku lupakan

Hari ini 1st day aku sekolah,

Dari malam tadi da aku excited gile nak pergi sekolah

papa aku da beli semua brg2 sekolah aku sejak aku dalam perot mama aku lagi…

Baju sekolah ,beg,kasut,stokin semua sekali la…hihihihi

Time shoping tu aku tendang perot mama aku tanda aku nak beg Ben10,

situasi : malam sebelum ke sekolah


lepas aku tengok kartun kegemaran aku, BEN 10

aku terus salam mama and papa aku and say good night

lepas itu aku masuk bilik tidur….

Sebelum aku tido..aku tengok balik, brg2 sekolah yang mama and papa aku beli tempoh hari tu…

Aku belek-belek….bukannya apa, takot ada bende yang tak cukup lagi….

Sambil itu aku berkata

kotak pensil ada, buku sekolah ada, blackberry ada, lap top ada,

Apa lagi ek…?? Hah playstation…….!!! PS3 jangan lupa, kalau bosan dengar cikgu membebel boleh main game jap”

Lepas itu aku terus tido….

Keesokan harinya……

kringgggrrrrrr!!!!!! Bunyi jam lonceng…aku tengok jam da pukul 5.30 pagi…alamak aku da terlambat nak ke sekolah ini……bagi korang 5.30 pg tu masih awal lagi, tp bagi aku, tak..aku kene bermake up biar nampak cute…..aku kene ambil masa 2 jam baru aku ciap make up…..tak kan perempuan je nak kelihatan cantik……tanpa aku membuang masa aku pergi ke toilett, dalam 5 saat aku da ciap mandi….basuh yang wajib aje….sejuk beb nak mandi pagi-pagi buta…..

lepas siap bekpes begedil 2 ketul, dgn set kombo kentang goreng dan tak lupa susu kambing 1 cawan

Mama aku hantar aku naik kereta BMW 7 SERIES, sambil pasang radio hot fm…

Mama aku tak sangka aku da besar….lalu berkata

“da sekolah da anak mama ini, belajar rajin-rajin tw kat sekolah, jangan nakal-nakal”

Time mama aku ckp cmtu, terus keudara lagu alif satar

"please,please,please…. kamu jangan nakal…"

Aku mampu mengangguk-anggukan kepala dan melemparkan senyuman sinis…coz mama aku nyanyi sekali lagu tu…..Sambil ajak aku menari bersama…..dia ingat…rancangan mari menari ke ape…???!!!

Aku da sampai ke sekolah

Mama aku tak boleh tunggu lama-lama, dia kene mengajar kat sekolah lain…..

mama aku cikgu, so aku anak cikgu…

Time aku melangkah keluar dari kereta mama aku tu, aku melihat ramai yang sedang melihat aku terutama sekali budak-budak perempuan, aku berase hairan, adakah aku ini comel sangat….???

Aku pon buat dek je la..lalu aku berjalan dengan menyusun langkah aku dgn penuh confident, lagi berlagak…..gaya macam YB menang pilihanraya adun je…..sambil melambai-lambaikan tangan tanda sokongan pada anti-peperangan.

aku dapat merasakan, setiap langkah aku itu diperhatikan oleh semua orang.... seolah-oleh dorang menghormati aku, siap bagi laluan kat aku tu….aku terus terfikir, tak akan aku naik kereta BMW 7 SERIES orang semua tengok aku macam ini…?? Tak akan dorang hairan sangat, lain lah kalau aku naik kereta kebal ke helipkopter nuri ke…patot la dorang tengok aku macam ni..kot-kot aku anak bush ke kan…..agaknya dorang pk aku anak shahir kot..iyela….pergi sekolah naik kereta BMW….hahahaha

Aku mule memikirkan apa yang tak kene dengan aku ni…??

Aku merabe-rabe badan aku,

Dari atas sampai la ke bawah aku rabe….. sambil aku rabe-rabe badan aku tu, aku berkata dalam hati

“rambut aku sikat, gigi aku da gosok, muka da cantik berbedak, baju aku pakai, mama aku ciap gosokkan lagi baju aku pakai tu…….hah seluar pon aku pakai….."

tapi time aku tengok seluar aku tu, aku terus tersentap……lalu menjerit…….

alamak……………!!!!!!!!!!!!!

Aku pakai suar tight…..lupa nak tukar dgn seluar sekolah…...nampak bende yang tak sepatutnya nampak……malu gila aku time tu lagi-lagi dgn budak perempuan…..

.....iEiD....

Sunday, January 2, 2011

tindakan yang bijak



hujung minggu datang lagi.....
kalau tak ada perancangan nak buat pape...
memang diri akan rase bosan sangat-sangat..
itu sebab kite kena rancang perjalanan kita pada hujung minggu ini
dari azali lagi...

tips-tips yang mudah boleh diambil
untuk mengatasi kebosanan yang melanda time hujung minggu


tips pertama:
SMS kat semua kawan-kawan dengan menaip
TAHNIAH! 50 SMS PERCUMA telah dikreditkan ke akaun anda.
Tertakluk pd Terma & Syarat.
...hiburkan hati aku kalau nak 50 SMS PERCUMA itu...
aku tengah bosan giler ni tw



tips kedua:
kalau ada adik/anak saudara yang masih sekolah lagi....pergi ambil buku-buku ABC dorang
sambil-sambil itu korang boleh bantu dorang kalau dorang tak tahu nak buat
korang boleh jugak maki-hamun dorang

"wei bodoh la ko ni nak eja indonesia kalah main bola sepak pon salah"

ingat...!!!!!

"bangsa membaca, bangsa yang berjaya"

tips ketiga:
kalau kamu duduk kat hostel/rumah sewa
cari kawan-kawan kamu yang sedang sibuk kat depan lap top
samada ngah buat assignment/sibuk 0nline
bagitahu kat dia

"nak pinjam lap top sekejap boleh tak? emergency ni.., lap top aku ngah dalam wad icu servis kat workshop...sebulan sekali kene cuci...biar keyboard tak penuh habuk..."

kalau kawan cakap ok.....korang pergilah main game kat lap top dia sampai korang rase puas,
sampai minggu depan pon takpe
kalau kawan kamu nak mintak balik lap top tu
korang cakap je macam ini

"peduli apa, nape baik hati sangat nak bagi aku pinjam tadi...?"

kalau kene penampor jgn salahkan aku pulak......
ada aku kisah......???!!!

tips keempat:
kalau kamu duduk kat rumah samada ngah semester break/school break
korang jenguk2 la ke dapur tgk mak ngah masak....
tak kira la laki ke perempuan

buat la baik dgn mak, bodek cikit....
kot-kot dapat duit belanje banyak cikit bulan ni
sambil-sambil itu
borak-borak la dengan mak

"mak tengah buat apa tu...?"


"tengah ternak ikan ini, napa yer...?"


"owh, boleh saya tolong....?"


"kamu nak tolong apa...?"


"tolong tengok.."


korang kene terus lari... takot nanti kene baling dengan senduk kayu.....
padan muka korang

tips kelima:
kalau korang tengok bapak korang ada kat depan rumah tengah basuh kereta
tak akan kamu dudok conggok tengok bapak korang basuh kete??
korang pergi la jadi hero/heroin cikit..pergi tolong bapak kamu itu......cian dia.....
bapak korang bukan muda sangat pon...
korang pergi la kedepan cikit pergi tahan kereta-kereta yang lalu depan rumah kamu itu
tanya dorang

"abg, nak basuh kereta tak...? bapak saya tengah basuh kereta itu..
banyak lagi sabun, membazir kalau dibuang"

tolong jugak namanya itu kan???
tolong bapak cari duit poket
"menyelam sambil minun air"
kalau tertelan buku 5 jangan nak salahkan aku

.....iEiD....

Saturday, January 1, 2011

target 2011



"kadangkala kita tidak sedar, gambar bukanlah gambaran sebenar,
melainkan kita sendiri yang melakarnya
mengikut apa yang kita sukai dan apa yang kita impikan"
(Siti Kelembai,2010)


kata-kata diatas
membuatkan aku nak post sesuatu tok dikongsikan bersama dengan korang semua
sempena tahun 2011 yang baru sahaja tiba ini
jom kita ramai-ramai
merancang perjalanan hidup kita dengan sebaik-baiknya sepanjang tahun ini
supaya dihujung tahun ini kita dapat menghasilkan gambaran yang indah
bukan macam perpatah yang ada mengatakan
"indah khabar dari rupa"
hah yang itu kita tak mahu

kata orang kalau nak balik kampung,
periksa kereta dulu....cek tayar,angin cukup tak tu.... minyak hitam ada lagi ke tak....wyper berfungsi ke tak, pintu boleh tutup dengan rapat ke tak...air con elok lagi ke tak...radio ley on lagi ke tak....
radio hot fm hangat lagi ke tak macam biase....??
hah yang itu aku tak tahu

makna kat sini..
kita buat persediaan yang rapi agar perjalanan untuk balik ke kampung
berjalan dengan lancar....
sama jugak macam perjalanan hidup kita,
kita kene rancang sebaik-baiknya agar kita tidak mensia-siakan
saki-baki umur kita yang semakin lanjut ini
tambahan lagi,
kita mesti ada objektif
sebagai panduan kehidupan kita sepanjang tahun ini
serta
kita kena ada misi dan visi
sebagai cara untuk memudahkan kita mencapai objektif tersebut


sama juga macam perkahwinan
"bahtera perkahwinan"

pasangan suami isteri melayari bahtera perkahwinan mereka
siapa nakhodanya...?? mestilah si suami
dia yang bertanggunjawab mengendalikan haluan rumahtangganya bersama isteri yang berperanan sebagai pembantu dalam urusan rumahtangga tatkala ombak kehidupan membadai mereka. andai mereka gagal menghadapinya, kehidupan perkahwinannya akan bertukar menjadi pelayaran yang sukar sebelum sampai ke pelabuhan

_ _ _ _kepada sidia _ _ _ _ _
sekiranya kamu sudah bersedia mengharungi liku-liku kehidupan dalam dunia perkahwinan
barulah kamu masuk meminang saya....
.....iEiD....

satuhari ditahunbaru

2010 telah melabuhkan tirainya
banyak kenangan manis dan pahit telah aku lalui sepanjang tahun lalu



ok..kisah lalu jangan dikenang
kita perlu terus pandang ke hadapan....
dan mengejar perkara yang tidak sempat kita capai pada tahun lalu

saban tahun umur kita semakin meningkat, nafsu pun semakin meningkat..
nafsu nak kejar cita-cita ler....bukan nafsu ehem2 tu...

ok sambung yang tadi....
nafsu aku nak kejar cita-cita semakin membuak-buak dalam jiwa aku ini......
orang kata semangat baru datang kembali......
adakah cita-cita aku akan tercapai...?
hah yang ini kita tak tahu.....

dalam sibuk aku kejar cita-cita aku...aku ter usha blog

http://cstproduction.blogspot.com/

wah gempak gile video-video yang dorang buat beb
lepas aku abis usha blog tu....aku buat kesimpulan
bahawa
dorang macam tahu-tahu jer aku nak kejar balik cita-cita aku
yang tak sempat aku nak capai pada tahun lalu...

korang nak tahu apa cita-cita aku tu...???

Berikut dipersembahkan kepada rakyat jelata.
Wedding Highlight yang bertemakan raja-raja purbakala.
Bertempat diperkarangan Budaya Taman Pertanian Shah Alam.



lepas korang tengok video ini korang dapat simpulkan sesuatu
iaitu
aku bercita-cita nak ada koleksi simpanan video perkahwinan aku sendiri bersama sidia
adakah pada tahun ini...??
_ _ _ _ _ hah yang itu kita tak tahu _ _ _ _

.....iEiD....