Saturday, January 1, 2011

target 2011



"kadangkala kita tidak sedar, gambar bukanlah gambaran sebenar,
melainkan kita sendiri yang melakarnya
mengikut apa yang kita sukai dan apa yang kita impikan"
(Siti Kelembai,2010)


kata-kata diatas
membuatkan aku nak post sesuatu tok dikongsikan bersama dengan korang semua
sempena tahun 2011 yang baru sahaja tiba ini
jom kita ramai-ramai
merancang perjalanan hidup kita dengan sebaik-baiknya sepanjang tahun ini
supaya dihujung tahun ini kita dapat menghasilkan gambaran yang indah
bukan macam perpatah yang ada mengatakan
"indah khabar dari rupa"
hah yang itu kita tak mahu

kata orang kalau nak balik kampung,
periksa kereta dulu....cek tayar,angin cukup tak tu.... minyak hitam ada lagi ke tak....wyper berfungsi ke tak, pintu boleh tutup dengan rapat ke tak...air con elok lagi ke tak...radio ley on lagi ke tak....
radio hot fm hangat lagi ke tak macam biase....??
hah yang itu aku tak tahu

makna kat sini..
kita buat persediaan yang rapi agar perjalanan untuk balik ke kampung
berjalan dengan lancar....
sama jugak macam perjalanan hidup kita,
kita kene rancang sebaik-baiknya agar kita tidak mensia-siakan
saki-baki umur kita yang semakin lanjut ini
tambahan lagi,
kita mesti ada objektif
sebagai panduan kehidupan kita sepanjang tahun ini
serta
kita kena ada misi dan visi
sebagai cara untuk memudahkan kita mencapai objektif tersebut


sama juga macam perkahwinan
"bahtera perkahwinan"

pasangan suami isteri melayari bahtera perkahwinan mereka
siapa nakhodanya...?? mestilah si suami
dia yang bertanggunjawab mengendalikan haluan rumahtangganya bersama isteri yang berperanan sebagai pembantu dalam urusan rumahtangga tatkala ombak kehidupan membadai mereka. andai mereka gagal menghadapinya, kehidupan perkahwinannya akan bertukar menjadi pelayaran yang sukar sebelum sampai ke pelabuhan

_ _ _ _kepada sidia _ _ _ _ _
sekiranya kamu sudah bersedia mengharungi liku-liku kehidupan dalam dunia perkahwinan
barulah kamu masuk meminang saya....
.....iEiD....

4 comments:

  1. ceh....nak kawin la tue..! hahahahaa

    ReplyDelete
  2. semua orang nak kawen kot..hahaha...:)

    ReplyDelete
  3. mmg la..
    tp gayanya mcm nak kawen cpat je..
    heheehe

    ReplyDelete
  4. kalau jodoh da sampai....pe salahnya..hahahah

    ReplyDelete