Sunday, March 20, 2011

tak sangka dalam diam

tak sangka dalam diam, aku menyembunyikan hasrat hati memiliki dirimu
pernah suatu ketika ramai kenalan ku ingin memiliki dirimu
pada mulanya diriku tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap dirimu
namun akhirnya aku sudah terpikat pada dirimu
wahai.............!!!!!!!

D3100
impian aku...
hahaha...kenapa aku suka D3100??


1. record full 1080p HD videos

2.gambar menakjubkan dalam setiap situasi

3.full HD filem untuk seluruh keluarga

D3100 ini boleh amek gambar..boleh juga rakam buat video

aku suka amek gambar orang, aku lagi suka orang amek gambar aku dengan kualiti yang cantik, dan suke rekod setiap yang berlaku,

maknanya kat sini, aku suke rakamkan saat-saat yang manis dengan pergerakan dan juga dengan gambar mati.

aku nak cerita sikit pengalaman aku memegang camera DSLR ini, aku amek punyer amek gambar...time tu konvo adik aku, wow aku dapat rasai nikmat dan kepuasan time aku dpt amek gambar yang cantik-cantik...hahahaha....perasan je tu....uhuhu
lepas tu, time aku pegang camera DSLR tu...ada sorang kawan adik aku ini,
dia kenal juga aku, coz satu kampung,

dia tanya aku
"sekarang kat mana?"
aku jawap
"kat bangi, study lagi,"
dia boleh perli aku,
"owh ingatkan jadi camerawoman sekarang...."

wow itu adakah itu galakan atau hanya memerli aku???

_ _ _ _insyallah aku akan capai impian aku itu_ _ _ _
.....iEiD....

Friday, March 18, 2011

betapa excitednya aku

sepandai-pandai tupai melompat,
akhirnya jatuh ke tanah juga

perpatah kat atas tak de kene mengena pon...
dengan entry aku ini
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

aku nak kongsi kekecewaan aku kat korang
hmm aku baru je balik johor,
kalau aku tahu hal ini dari awal, aku tak akan balik ukm buat masa sekarang ini
hmm aku teramat sangat kecewa...
aku punyer excited nak balik UKM semata-mata nak kejar cita-cita aku
hahaha poyo abis.....

hmm apa yang boleh aku buat, hanya bersabar je...
setiap yang berlaku ada hikmahnya, tapi aku rase ngalat sangat-sangat
kerana apa......????
kerana aku belum puas melepaskan rindu dengan famili,
time cuti sekolah pulak tu
hmm aku pon belum puas main dengan anak sedare aku
ish kalau aku tahu, aku tak balik awal-awal.....
geramnya aku...........!!!!

faktor kenapa aku geram sangat................????
nak tahu kenapa..............??????

exam nak dekat, excited la aku nak pegi kelas, taknak la ponteng, tapi tu la lecturer pulak yang ponteng, lepas tu, tak nak pulak bagitahu awal-awal tak de kelas.................

ok aku huraikan dgn lebih lanjut

isnin: aku mula balik ke UKM, mmg tak de kelas
selasa: aku ade kelas pukul 12tgh hari,excited ini nak ke kelas, sampai je...hahaha kelas batal, lecturer pegi china, tak balik lagi, ok fine,
ptg ade jugak kelas, situasi yang sama, sampai je kelas, hahaha kelas batal.....
rabu: sebaik ada kelas....itu pon ptg...
kamis: kelas pagi-pagi bute, sanggup siap awal-awal, coz excited nak pegi kelas, belum sampai kat bilik kuliah, tapi da sampai kat faculty hahaha situasi yang sama.......
jumaat: up sikit la, gham-gham je masuk dalam kuliah tu, hahaha kelas hari ini dibatalkan, lecturer pegi kuching.....
kalau sehari je kelas batal takpe la jugak, ini seminggu tak xde kelas, 1 hari je ade kelas, itu pon stat petang kelas....

niat dihati nak je sembelih kambing sekor, buat kenduri kesyukuran...
tapi xnak buat, coz aku tak tahu dari awal kelas batal.......
kalau aku tahu, baru aku buat..................

hipotesis yang aku dapat untuk minggu ini
kalau nak kelas batal....perlu excited datang ke kelas.....

.....iEiD....

Thursday, March 17, 2011

adakah aku kuat menghadapinya...???


setiap pertemuan ada perpisahan
setiap yang terjadi ada hikmahnya

banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini, tapi aku amek itu semua sebagai sempadan je...hmm bohong kalau aku tak ambil hati dalam setiap yang berlaku, tapi aku ambil dan buang jauh-jauh, makneyer aku tak pernah fikir itu semua sebagai penghalang untuk aku teruskan kehidupan....ada jugak orang ambil tindakan bodoh kalau da tension sangat dgn cara mogok tak nak makan 3hari, menangis sorang-sorang, meraung kuat-kuat, lagi-lagi kalau duduk sorang-sorang, hahaha itu keje bodoh je bagi aku....hmm tapi tak dinafikan la lain orang lain caranya, maaf la bagi mereka yang terase hati pada aku, tapi bagi aku banyak lagi cara nak atasi tension ni,contoh nya....macam tindakan yang aku lakukan ini, aku namakan tindakan secara intelektual, aku ni bukan la alim sangat, lepas je aku buat tindakan itu aku dapat rasai nikmatnya, tapi dengan syarat korang kene buat dengan hati yang ikhlas, kalau korang tol-tol tension korang pegi amek wuduk, solat hajat, solat taubat, da tu mohon keampunan dan mohon jugak kuatkan iman, tabahkan hati menghadapi dugaan, bermuhasabah diri, insyallah ALLAH akan buka jalan untuk kite menyelesaikan masalah ini, memang menakjukan lepas aku buat bende tu. ingat lagi time-time dulu, esoknya de paper pagi pulak tu, malam tu aku tol-tol tak dapat nak fokus dengar cite ini, cite tu, aku buat tindakan intelektual tu, dan aku dapat semangat dari si dia, aku yakin Allah sayang akan hambanya, dia hadirkan seseorang untuk aku mendapat semangat biar dapat jawap exam esoknya, pada mulanya, aku tak bagitahu masalah aku pada si dia, namun dengan kuasa ALLAH si dia dapat merasai sesuatu yang tak kene pada aku, dan dia hadir menjadi pakar runding aku tanpa bergaji..hahahaha....rindu suasana masa itu..eh, rindu time dia hadir dalam diri aku, bukan time masalah aku itu hadir.....hihihihi....apa-apa pun...i miss

.....iEiD....

_ _ _ _aku tak pernah lupakan kamu, tapi faham situasi kamu_ _ _ _ _

Tuesday, March 15, 2011

pidato:kalau aku kaya

mood entri ini adalah mood berpidato, baca entri ini dengan nada yang semangat
selamat berpidato.....

assalammualaikumwarahmatulallahhiwabarokatu
yang dihormati pihak juri yang bijaksana lagi bestari,
tuan-tuan dan puan-puan, tajuk pidato saya pada kali ini adalah berkaitan dengan
kalau aku kaya,

acap kali, acap kali,acap kali, kita baca kisah mat-mat rempit didada-dada akhbar.....oleh itu, sekiranya saya kaya, saya berjanji... saya berjanji.... akan membina lebuhraya sepanjang 7 km khas buat mat-mat rempit berlumba sesama sendiri, untuk mengelakkan gejala ini berlarutan, dengan itu, sekiranya saya kaya, saya berjanji juga akan memberi kemudahan kepada mat-mat rempit dikiri dan kanan lebuhraya tersebut saya wujudkan tanah perkuburan,

sehubungan dengan itu, sekiranya saya kaya, saya jugak akan pamerkan poster-poster untuk mempromosikan kedai-kedai keranda dan kain-kain kapan sepanjang lebuhraya tersebut, tuan-tuan dan puan-puan, sebelum perlumbaan, sebelum perlumbaan, saya juga akan mengupah gadis-gadis litar atau gadis-gadis payung membawa batu nisan mengikut keluaran syarikat yang menaja setiap kali adanya perlumbaan tersebut.

tuan-tuan dan puan-puan,

kalau saya kaya,saya tak akan perbodoh-bodohkan dan tidak akan memperkotak-katikkan orang bawahan saya, kerana apa??? kerana saya pernah kena tuan-tuan dan puan-puan sekalian, semasa itu saya berada di airport, saya pergi ke balai pelepasan, saya memberi tiket saya kepada pramugari yang sedang bertugas, dan dia bertanya kepada saya "encik kelas apa??" dengan confidentnya saya menjawap, "saya kelas sastera" selepas saya menjawap, saya melihat ke belakang, ada yang tertonggeng-tonggeng, tergolek-golek, mentertawakan saya.

.....iEiD....

ada aku kisah


ada sorang mat gitar yang berkaliber sedang buat show,time tunggu turn nak buat show, datang sorang mamat ni, dia bagitahu la dengan mat gitar ni, nenek ko masuk hospital, mat gitar tanpa menukar bajunya dia terus bergegas ke hospital, nampak lampu isyarat, dia langgar, tibe-tibe polis trafik kejar dia, mat gitar kene tahan dengan polis trafik, polis tu tanya kat mat gitar tu

polis : awak nampak lampu merah tu??
mat gitar : nampak tok...
polis : da tu kenapa awak langgar??
mat gitar : sebab saya tak nampak tok....

senang-senang je mat gitar dapat double saman
~~~ada aku kisah~~~


sampai je kat hospital, kat wad nenek dia tu, doktor cakap kamu pergi main jauh-jauh dulu, pergi makan ke, dia pon pergi la makan kat cafe hospital tu, dia beli la nasi lemak 50 sen, tengah makan-makan tu, dia tengok nasi lemak dia ada lalat, dia panggil pokcik yang jual nasi lemak tu, dia tanya la kenapa nasi lemak ini ada lalat, pokcik tu jawap la,
lar....... nasi lemak 50 sen takkan nak letak ayam....
ada aku kisah~~~

nasi lemak 50 sen
.....iEiD....