Tuesday, March 15, 2011

pidato:kalau aku kaya

mood entri ini adalah mood berpidato, baca entri ini dengan nada yang semangat
selamat berpidato.....

assalammualaikumwarahmatulallahhiwabarokatu
yang dihormati pihak juri yang bijaksana lagi bestari,
tuan-tuan dan puan-puan, tajuk pidato saya pada kali ini adalah berkaitan dengan
kalau aku kaya,

acap kali, acap kali,acap kali, kita baca kisah mat-mat rempit didada-dada akhbar.....oleh itu, sekiranya saya kaya, saya berjanji... saya berjanji.... akan membina lebuhraya sepanjang 7 km khas buat mat-mat rempit berlumba sesama sendiri, untuk mengelakkan gejala ini berlarutan, dengan itu, sekiranya saya kaya, saya berjanji juga akan memberi kemudahan kepada mat-mat rempit dikiri dan kanan lebuhraya tersebut saya wujudkan tanah perkuburan,

sehubungan dengan itu, sekiranya saya kaya, saya jugak akan pamerkan poster-poster untuk mempromosikan kedai-kedai keranda dan kain-kain kapan sepanjang lebuhraya tersebut, tuan-tuan dan puan-puan, sebelum perlumbaan, sebelum perlumbaan, saya juga akan mengupah gadis-gadis litar atau gadis-gadis payung membawa batu nisan mengikut keluaran syarikat yang menaja setiap kali adanya perlumbaan tersebut.

tuan-tuan dan puan-puan,

kalau saya kaya,saya tak akan perbodoh-bodohkan dan tidak akan memperkotak-katikkan orang bawahan saya, kerana apa??? kerana saya pernah kena tuan-tuan dan puan-puan sekalian, semasa itu saya berada di airport, saya pergi ke balai pelepasan, saya memberi tiket saya kepada pramugari yang sedang bertugas, dan dia bertanya kepada saya "encik kelas apa??" dengan confidentnya saya menjawap, "saya kelas sastera" selepas saya menjawap, saya melihat ke belakang, ada yang tertonggeng-tonggeng, tergolek-golek, mentertawakan saya.

.....iEiD....

2 comments: