Thursday, May 26, 2011

Video Player kepada MP3

aku sekarang tengah geledah internet ini, almaklumlah kalau asik tengok facebook, bosan jugak, nak skype tak sape sudi skype dengan aku..hihihihi

aku ada jumpa satu yang menarik, aku rasa korang semuanya da mahir kot pasal ini, bukan nak buat magic, tapi boleh dikatakan adik-beradik dengan magic jugaklah...

aku kagum sangat aku berjaya melakukannya, hihihihi..nak tahu apa magicnya...??

video player kepada mp3

bak kata pepatah
dari mata turun ke telinga

bahasa yang lebih mudah

daripada menonton


kepada mendengar


nak tahu bagaimana caranya..??
klik disini
selamat mencuba


Tuesday, May 24, 2011

Jenis-jenis cemburu

CEMBURU SELALU
24 jam sentiasa berwasangka memikirkan pergerakan kapel korang. padahal pergerakan kapel korang sentiasa dipantau

CEMBURU BERBULU
yang ini pulak perasaan pantang tengok orang lain lebih sikit, mulalah rasa jaki bercampur dengki marasuk ke dalam jiwa. nak kata sebagai sakit mental pon boleh

CEMBURU MELULU
boleh jugak disamakan dengan cemburu buta, yakni tanpa usul periksa terus pergi belasah kapel yang dirasa telah melakukan onar di belakang korang

CEMBURU DAHULU
perasaan cemburu yang da sejuk, biasanya berlaku kepada kapel yang da berkahwin selama 20 tahun. kes da boringlah tuh

CEMBURU BERLALU

faktor yang menyebabkan hilangnya rasa cemburu 100%...disebabkan kapel korang tu da meninggal dunia.


korang da fahamkan jenis-jenis cemburu...
so cube kategorikan jenis cemburu apa dalam situasi kat atas
selamat meramal, jangan mengamalkan...

"ramalan aku menyatakan bahawa anak dia cemburu..........."

Sukarelawan SUKMA 2011


Pada 21 Mei 2011 berlangsungnya Perhimpunan Sukerelawan SUKMA kali ke-14, bertempat di Bukit Jalil. ramai yang telah memohon untuk menjadi sukarelawan, termasuklah aku...hihihi dan akhirnya aku diterima untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawan SUKMA pada kali ini. Ramai juga kawan-kawan aku menyertai sukarelawan ini. Semua gambar-gambar kat bawah ini semuanya ada muka-muka kawan aku. Gambar-gambar ini aku cilok kat Laman Web Rasmi Majlis Sukan Negara Malaysia.


situasi : semasa pendaftaran
nama kawan : miza (budak SUKSIS)


situasi : sukarelawan berbaris
nama kawan : anis pakai tudung putih (budak SUKSIS juga)


situasi : sukarelawan berikrar,
situasi inilah masuk buletin utama
nama kawan : anis dgn gee, gee belakang anis (budak SUKSIS juga)


situasi : sukarelawan bersemangat
nama kawan : Felly, perempuan freehair (budak SUKSIS)


situasi: ada gambar aku, tapi tak berapa terang sangat,
semangat tak aku..??
nama kawan : pakai tudung pink, (Solehah) bukan selendang pink

kalau korang ada beli paper 22 Mei 2011, Berita Harian, di ruangan Sukan ada jugak gambar sukarelawan. tapi muka aku tak nampak, coz aku terlindung dengan budak depan aku tuh, saja je dia nak berdiri, padahal nampak je muka dia tuh...

akhir sekali
sukarelawan.....!!!!!!
1 Hati 1 Jiwa 1 Malaysia

Monday, May 23, 2011

DSLR aku

cuti yang panjang ini, aku tak tahu nak buat apa, ada pulak mood aku nak buat video, video ini aku da upload kat facebook,
tajuk video itu Filem Pendek | Percutian Famili.


......banyak jugak komen dan respon kat situ....

aku rakam setiap pergerakan dengan menggunakan camera DSLR D3100. ini kali pertama aku rakam video menggunakan DSLR..selalunya aku guna handycam...susah juga aku nak edit...coz ini kali pertama katakan.....rasanya aku da lama tak edit video....agaknya itu salah satu sebab aku susah nak edit video...hampir setengah hari juga aku habiskan masa menghasilkan video itu.

nak tahu dari mana aku dapat idea nak hasilkan video tuh..??

pertama
aku suka tengok video yang telah dihasilkan oleh CST Production

kedua
aku suka tengok diari akademi fantasia 9

coz team produksi dari CST dan diari AF9 tuh menggunakan DSLR, tapi lagi canggih lah berbanding dengan DSLR aku tuh....apa-apa pon aku memang teringin sangat nak hasilkan video semacam CST buat tuh...hihihi...

kalau korang nak tengok hasil video aku tuh singgah la ke facebook aku tuh....
kalau ada masa..komenlah video tuh

.....saya budak baru belajar....




pengaruh televisyen

teringat masa aku kecil-kecil dulu, rancangan televisyen tak banyak yang ada...tak macam sekarang, rancangan realiti tv da berlambak...macam cendawan tumbuh....drama TV jangan cerita lah...., setiap masa ada je drama melayu...da nama melayu...layu je tengok...tapi filem melayu kita sekarang da semakin maju....sampai ke ITALY dah........entah betul entah tidak....betul kot...."tengok muka dah tahu..tak mungkir janji punyer orang~~~~"

sekarang ini budak-budak U tengah bercuti....oleh demikian, aku kat rumah mengisi masa yang lapang dengan menonton TV..hihihi drama melayu ada jugak yang aku layan....bosan jugak duduk rumah ini, sampai ada satu masa tuh aku on TV...tak ada cerita.....aku layan jugak UPIN-IPIN...hihihi...

nasib baik sekarang ini musim MAHARAJA LAWAK...tak la bosan sangat kat rumah ini...so setiap malam sabtu....a.k.a jumaat punyer malam tuh.....aku excited sangat nak tengok TV....masa untuk berkumpul 1 famili duduk depan TV...baru la wujudnya 1 hati, 1 jiwa...1 malaysia....MAHARAJA LAWAK ini ada dekat chanel 132 a.k.a ASTRO WARNA...chanel ini merupakan pakej MUSTIKA....

pakej MUSTIKA ini ada banyak lagi chanel...ada 1 chanel ini dia suka tayang cerita melayu yang lama-lama...tak la lama sangat...dalam era 90-an dulu.......cerita ini aku suka sangat tengok...kerana aku dulu membesar dengan cerita yang macam gitu la...contoh ceritanya bertajuk "tak kisahlah beb" cerita ini dibarisi dengan pelakon-pelakon yang pernah popular suatu ketika dahulu, macam Rosyam Nor, Faizal Husein, Melissa Saila....
kat mana aku tengok..?? dulu abang aku...suka rakam cerita-cerita yang best....salah satunya cerita "tak kisahlah beb" rakam pakai tape...dulu mana ada CD lagi...banyak lagi cerita yang aku suka tengok...macam cerita omputeh aku tak ingat tajuknya...tapi kat cerita tuh ada bear comel....banyak sangat bearnya....tuh yang aku dengan adik aku tengah berusaha cari kat internet cerita tuh....kalau aku ingat tajuknya...insyallah aku dapat tengok balik....harap-harap aku dapat cari.....


sekarang aku tengah layan drama melayu...tajuknya NORA ELENA...seronok ceritanya...ada jalan cerita yang menarik untuk ditonton...hihihih ok...nak sambung tonton......hihihihihihihi

orang perempuan ini kena kahwin
dengan orang yang sayangkan kita
,

bukan kita yang sayang dia lebih
daripada kita sayang dia