Tuesday, February 15, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 H


hari ini....12 Rabiul Awal 1432 H bersamaan 15 Feb 2011
suatu ketika dahulu
hari ini.....12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571

tarikh ini haruslah kita ingat dan korang semua mesti da tahu kan
tarikh lahir junjungan besar Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w
dan pada hari ini kita sebagai umat Nabi haruslah menyambutnya
tak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk menyambutnya
bukan macam nak menyambut menantu segala bagai
hanya memperbanyakkan selewat sudah mencukupi

banyak kelebihan sekiranya kita berselawat ke atas junjungan nabi kita iaitu
Nabi Muhammad s.a.w

pertama
Rasullah SAW pernah bersabda
barang siapa yang berselawat ke atasku sekali
nescaya Allah akan turun rahmat ke atasnya 10 kali ganda.

kedua
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan hanya mengamalkan selawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardhu

ketiga
jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari. Insyallah akan dipermudahkan untuk bertemu jodoh sama ada lelaki/wanita

keempat
sesiapa yang mengamalkan selawat 3 kali setiap kali selesai solat 5 waktu
akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

kelima
sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan oleh Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi


صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

selamat menyambut maulidur rasul kepada semua umat islam
"memantap ukhuwah memperkasa ummah"
-1 Malaysia 1 Ummah-

kalau nak banyak lagi info tentang kelebihan berselewat
rajin-rajin ler klik link kat bawah ini

lain-lain kelebihan berselawat


.....iEiD....

2 comments:

  1. alhamdulillah..post ni sgt berguna...thanks pid :)

    ReplyDelete
  2. same3....alhamdulilah.....kongsi ilmu pe yang kita tahu dituntut oleh Allah...hihihihi

    ReplyDelete