Bertempat di dataran Felda Air Tawar 5 berlangsungnya Karnival Jom ke Felda anjuran PUGFM bersama Astro. Karnival ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 22 April 2011 hingga 24 April 2011. Banyak aktiviti yang telah diadakan bertujuan untuk menaikkan semangat kerjasama dan mengeratkan lagi siraturrahim sesama islam. Pelbagai acara telah di susun oleh pihak PUGFM. Pada pagi sabtu telah berlangsungnya pertandingan mewarna pelbagai peringkat umur kanak-kanak. Pelajar dari sekolah Tadika Kemas turut menghantar pelajar-pelajarnya ke pertandingan tersebut. Manakala pada sabtu petang berlangsungnya sukaneka yang disertai oleh pelbagai peringkat umur dari umur kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa. Pertandingan yang diadakan seperti rebut kerusi, tiup belon, isi air ke dalam botol dan bawa bola pingpong telah memeriahkan lagi suasana pada petang tersebut. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan siraturrahim dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan kanak-kanak mahupun dalam kalangan orang dewasa. Berikut disertakan gambar-gambar yang sempat dirakam semasa pertandingan diadakan.
wow.. x dopek nk balik r pid :)
ReplyDeleteesok da 1st paper, kalau balik, konferm esok jawap pekse ke laot ;p
ade pe je kat karnival nie??nmpk cm best semacam je
ReplyDeleteejem takpe-takpe..biase-biase je karnival ini....
ReplyDeleteazira..uhuhuh ade gerai makan, gerai barang-barang..hihihi biase-biase je kat sini...jum de rezeki dtg air tawar 5...hihihi...
ReplyDelete