Monday, July 11, 2011

bakar PULAMAR terjun Polis Marin

Pengalaman yang aku yakin tidak semua boleh merasainya. wah saja je mengunakan tatabahasa yang agak berlagak..hihihi bergurau je. Aku nak kongsi kegembiraan aku bersama dengan kawan-kawan aku menjalani latihan di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Marin a.k.a PULAMAR kat Tampoi Johor Bahru. Untuk pengetahuan umum, masa dalam latihan itu, aku tak amek gambo pon...just interframe je kat camera kawan-kawan aku....

Banyak yang kami perolehi semasa kami jalani latihan tersebut...eh silap...latihan kami ini lebih kepada lawatan sambil belajar....so, tak semua yang kami dapat belajar....sikit-sikit pon kami rasa bersyukur....
.
Antara latihan yang kami belajar macam latihan kebakaran...hanya beberapa orang sahaja yang berpeluang untuk memakai baju macam kat atas ini...setelah itu, kami dibawa masuk ke dalam rumah asap yang dipenuhi dengan asap....rumah itu seolah-olah sebuah kapal dagang....ibarat macam kapal yang mengalami kebakaran....


latihan seterusnya....terjun....!!!! pengalaman ini paling aku suka...pada mulanya takot..tapi aku kuatkan juga semangat...baca apa yang patot...dan akhirnya aku berjaya juga terjun macam dalam gambar ini.....agak-agak korang tinggi tak...????


lepas selesai terjun sorang demi sorang..kami di kumpulkan untuk membuat satu bulatan...kerjasama amat diperlukan dalam latihan ini,


seterusnya, kami berenang bersama-sama....macam bersiar-siar di lautan yang agak luas.....hihihi..memang seronok aktiviti ini....arahan yang dilakukan oleh ketua amat diperlukan...kalau silap memang akan tersasar hala yang ingin dituju......


Lepas kami puas bersiar-siar, kami naik ke dalam boat macam kat atas ini...uhuh aku tak pasti dipanggil boat atau tak...aku tak tahu...hihihi benda alah itu mampu memuatkan seramai 8 orang....benda alah ini kalau nak jumpa kat dalam kapal....kalau ada kecemasan, memang boat ini yang akan digunakan macam tempat berteduh sebelum bantuan sampai....

selama 4 hari kami menjalani latihan di PULAMAR memang banyak benda yang menarik kami dapat....lepas kami setel menjalani latihan disana kami juga berpeluang untuk menyaksikan Majlis Pertauliahan Inspektor Suksis 2011....di UTM Skudai Johor. Sangat berbangga aku melihat senior aku da berjaya menjadi Inspektor...dan Insyallah aku pula akan ditauliahkan pada tahun depan...tahun ini kat Johor...tahun depan kat Sarawak....yahoooo...dapat juga naik flight....!!! hihihihi

Saturday, June 25, 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak 2011

Manisnya Sepah ini....haaaaa~~~~~ mesti korang semua da tahu siapa JUARA MAHARAJA LAWAK 2011, mesti lah Sepah...!!! syukur sangat-sangat...aku minat dengan Sepah stat dorang kat Raja Lawak lagi...memang dorang konsisten je setiap minggu...tapi lepas dorang da bergelar Raja Lawak aku kurang berminat da...

Stat dorang masuk Maharaja Lawak aku tak respect pon dorang dapat buat terbaik..tapi aku tengok dorang kat Minggu pertama Maharaja Lawak aku berkata wow..!!!! hebat jgk dorang ni....lawak dorang original.....dari seminggu ke seminggu memang dorang mampu buat aku terhibur dan bergelak sakan...awal-awal masa Maharaja Lawak aku masih kat UKM lagi..memang akan download kat you tube je la....tak de astro Warna kat bilik aku...hihihihi...aku akan selalu ulang-ulang video yang aku download tu...persembahan Sepah terutama sekali aku akan ulang-ulang tengok....feberet aku masa awal-awal ML Sepah, Nabil, Jozan, Jambu...tapi stat ML buat kt Penang..wow ternyata Sepah je yang best..yang lain tuh kurang...kat Kuantan pulak semuanya ok je...Jozan paling meletup...tapi Sepah sentiasa ok...xde yang tak lawak.....dan kat JB..Sepah telah membuatkan aku ketawe dari mula cameraman fokus kat Jep..memang sebijik muka dia...gaya dia dengan Ustazah Bahyah....

Tidak disangka-sangka tetapi aku mengharap.....kini Sepah digelarkan sebagai Maharaja Lawak 2011....aku ingatkan Jozan..tapi malam tadi di pusingan pertama memang ternyata Sepah yang paling menonjol.....aku ada bagi komen kat facebook....kalau Sepah tak menang malam ni aku nak boikot Maharaja Lawak....hihih ternyata pilihan aku dan pendapat aku tepat....hihihi, tapi aku bagi peluang juga kat Jozan time pusingan kedua...
hmm bagi pendapat aku...Jozan best..cume tak mampu nak tandingi Sepah dengan munculnya Dafi....pernah jugak aku cakap dengan famili aku...kan best kalau Dafi datang time final Maharaja Lawak....dan ternyata pandangan aku didengar oleh Sepah..hahaha perasan je....stat nama Dafi disebut-sebut masa mingu ke-5 kan..??
ala dafi~~dafi~~
"tak sengaja lewat datang rumahmu~~~~"
baek punyer~~~

Gambar ini aku amek tepat-tepat masa Ac Mizal mengumumkan
Juara Maharaja Lawak 2011 adalah..........
Sepah.....!!!!!!!


Sekalung tahniah buat Sepah yang sudah bergelar Maharaja Lawak 2011 dengan memperolehi peratus undian sebanyak....

Sepah- 37%
Jozan - 30%
Nabil - 20%
Jambu- 12%





Tuesday, June 21, 2011

tertarik untuk menulis

Selepas drama Nora Elena..kini Dewa Cinta pulak yang menjadi sajian aku sekeluarga untuk drama yang wajib kami tonton..walaupun waktu yang ditayangkan tidak sesuai..tapi maghrib tak akan di tinggalkan....

drama ini not bad jugak lah...walaupun fasha sandha yang berlakon....aku tak amek kira pasal itu....aku tengok fasha da makin matang sikit la...aku suka cara dia menjawap soalan wartawan masa melodi tempoh hari...tersusun kata-kata dia....tak tahu la kalau dia da practise 2 bulan nak jawap soalan tu....

patah balik kat cerita ini....Dewa Cinta ada timbulkan isu umur...uhuh cukup sensitif aku dengan umur...hahaha...hero dia lebih muda daripada heroinnya....agak menarik bukan...??? tapi aku rase heroinnya adalah akak kepada heronya...uhuh adakah suatu hari nanti aku hanya menjadi kakak sahaja kepada dia...agak tak berapa nak faham disitu kan...????? tak pe la biar aku sahaja yang faham...hihihihi

kalau nak tahu dengan lebih mendalam sinopsis cerita ini...klik je kat bawah ini

see ya....

Saturday, June 18, 2011

Manisnya Kurma Ini VS Semanis Kurma

habis madu sepah tak habis-habis....!!!! paling berkesan lawak sepah malam tadi...hampir nak putus urat pankreas aku ketawe coz tengok gelagat sepah lagi-lagi Jeff....haaaaaaaa tanjat boboy...!!!

sebelum aku tido malam tadi aku online kejap...pastu aku bukak facebook, pegi kat page Guatv Dot Com, tengok-tengok je kat wall tu da de link tok persembahan sepah malam tadi tuh...aku tengok la lagi..terus dapat idea nak buat sesuatu....last-last aku berjaya hasilkan....

inilah hasilnya....


lepas tu aku post kat facebook......niat nak terus post kat blog...tapi da lewat sangat...tak larat nak susun ayat.....tapi aku terharu hasil kerja aku dihargai....
kalau nak baca komen-komen yang aku dapat, rajin-rajin la jengah kat wall facebook aku


kalau tak puas nak tengok gambar-gambar tu ni dia gambarnya.....
sejibik tak..????

ustaz : ling...
ustazah : iyer....????
ustaz : lupa ker nama program kita...???
ustazah : owh program kita....1....2....3...
MANISNYA KURMA INI...


papepon puas hati dengan sambutan orang johor yang begitu supporting malam tadi...semua orang johor memang gempak beb...rugi kalau tak melamar orang johor....hihihihi
untuk pengetahuan umum, Semanis Kurma merupakan program peberet aku
itu saje nak bagitahu...

see ya....!!!!


Wednesday, June 15, 2011

kata sinonim

Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi di Malaysia, kalau di peringkat sekolah "SPM" bahasa melayu tak lulus tak boleh dapat sijil SPM, kalau diperingkat pasar, kalau cakap bahasa baku kene diketawakan, kalau di peringkat KL Gangster penggunaan abang long, ayahanda wajib digunakan, kalau tak digunakan padah jadinya....,



contoh kata sinonim dalam kehidupan seharianku :

1. aku sudah mula berbaju kurung di dalam rumah tanda aku nak berkurung saja di rumah

2. selepas aku menghantar anak saudaraku ke tadika KEMAS, aku mengemas rumah di rumahku

3.aku sudah masak dengan perangai dia yang suka dengki-mendengki, nak je aku masak perangai dia buat lomak cili api kalau tak de lauk kat rumah aku nih...

4. cuti semesterku bermula bulan Mei, aku merindui BULANku.... tak perasan pulak bermulanya bila...hihihi

walaupun ejaannya sama tetapi maksudnya berbeza,
walaupun rambut sama warna tetapi hati berbeza....