Tuesday, January 11, 2011

Perempuan/Lelaki suka menipu?

aku terbace kat metro tadi...

LONDON: Satu kaji selidik mendedahkan bahawa perempuan kini lebih suka berbohong daripada lelaki.

Seorang daripada lima peserta kaji selidik berkata, dia pasti akan menjalin hubungan dengan lelaki lain jika jatuh cinta dengannya.


Secara perbandingan hanya sembilan peratus yakin mereka akan berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.

Kaji selidik yang dilakukan ke atas 3,000 orang itu buat kali pertama mendedahkan perempuan bukan kekasih yang setia. Kaji selidik itu juga mendapati perempuan berusia 35 hingga 40 yang lebih banyak menipu. Kebanyakan mereka tidak mempunyai anak dan akan berlaku curang semata-mata untuk hamil.


Bagaimanapun, hanya 15 peratus lelaki akan memaafkan isteri ataupun teman wanita yang menipu berbanding dengan 12 peratus saja wanita yang akan menerima kembali pasangan yang curang. Hampir suku daripada perempuan bujang berkata, mereka akan menimbangkan untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang berkahwin atau sudah mempunyai hubungan istimewa.

Bagaimana dengan lelaki yang suka menipu pulak...? yang mana terase itu....paham-paham je la..mana ada orang yang suka ditipu......orang yang menipu memang suka tipu orang

terus terang aje la...senang citer.....

mood

keliru....hairan....kdg-kdg fed up jugak tgk perangai dia...dah malas nak taip panjang-panjang



No comments:

Post a Comment